Friday, April 16, 2010

Politik & Agama, Mana Penting??

Di Malaysia ini, ada macam-macam parti politik. Ada yang datang dari pihak kerajaan, ada juga dari pihak pembangkang, tidak kurang juga yang bebas. Tapi bila dikira-kira, berapa banyak parti antara mereka yang memperjuangkan Islam ataupun agama-agama lain?? Yakni, sebuah parti yang mentadbir negara dengan penuh berwibawa, memperjuangkan hak rakyat dan dalam masa yang sama nilai-nilai agama tidak diletak tepi. Dimanakah parti itu?? Sudah wujud?? Bakal wujud?? Ataupun takkan wujud??

Tapi itu semua tak penting. Apa yang penting sekarang, mana satukah yang lebih utama untuk kita bawa ke hari Akhirat kelak?? Tidakkah kita takut, jika amalan kita di dunia ini yang sentiasa sibuk dengan berpolitik sehingga lupa dan lalai akan tanggungjawab kita pada tuhan. Terutamanya bagi umat Islam. Kalaupun negara ini negara Islam, jika pemimpinnya tak bersandar pada ajaran Islam, buat apa??

Setakat sembahyang lima waktu sehari semalam pun ada yang lubang, payahlah nak buktikan bahawa mereka tu pemimpin Islam yang berjaya. Siang malam, pagi petang dok cocet-cocet pasal politik. Kutuk orang tu, kutuk orang nih, janji kat orang tu, janji kat orang ni, tapi diri sendiri tak betul. Ape ke he nye Yob?

Satu jawapan bonus bagi orang UMNO, kenapa orang PAS cukup tak suka kat orang UMNO ?? = Sebab orang PAS tengok UMNO nih suka sangat memandang rendah pada ulama'-ulama' dan tok guru-tok guru agama nih. Asalkan pakai serban je, UMNO nih pandang dah senget. Pantang kena tegur atau ceramah sikit, dah melenting. Sebab tu lah PAS meluat sangat dengan orang UMNO nih. Amalan agama tak cukup tapi sombong tak boleh nak kena tegur.

Bagi orang PAS pulak, kenapa agak-agaknya UMNO nih tak suka kat PAS? Sebab bagi UMNO, orang PAS nih berlagak pandai agama sedangkan perangai sama je dengan semua orang. Kat dalam ceramah agama, bercerita pasal agama cukup pandai, tapi bila masuk 'time' politik, mulalah kutuk-kutuk, perlekeh-perlekeh, caci-caci. Ni ke orang kuat agama?? Itu kata orang UMNO lah.

Tak percaya, tepuk dada tanya selera.

>>>>>

""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: