Tuesday, April 6, 2010

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Kerajaan Gugur Tuduhan Liwat Datuk Seri Anwar

Logo Ahli-Ahli Parlimen Se-dunia


Semalam telah berlangsung satu mesyuarat Ahli-Ahli Parlimen Sedunia dan seramai 145 ahli mesyuarat bersetuju agar tuduhan liwat terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digugur. Mereka mengandaikan tuduhan terkini oleh Saiful Bukhari adalah palsu dan ancaman terhadap karier politik DSAI.

Berikut adalah keratan dari Suara KeAdiLan :-

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.


Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.


Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.


"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.


"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.


Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.


IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.


Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.


IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.


Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.



Bagi saya, mereka tiada hak mencampuri urusan badan kehakiman negara Malaysia yang berdaulat ini. Kita sudah merdeka selama 53 tahun dan mempunyai sistem pentadbiran yang utuh. Jika desakan tersebut ada asas sekalipun, biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya. Saya sebagai pemerhati belia amat meluat dengan tindakan mereka yang seakan pembuat keputusan untuk Malaysia sedangkan Malaysia mempunyai sistem perundangan yang sistematik dan utuh. Mengapa perlu ada desakan sedemikian?

Tindakan mereka seolah memberi satu imuniti kepada DSAI supaya beliau mendapat pembelaan atas sesuatu yang beliau lakukan tanpa penilaian satu badan yang dipanggil mahkamah atau badan kehakiman. Jika demikian hal nya, kita mansuhkan sahaja badan kehakiman negara dan biar IPU membuat keputusan.

Dalam kes ini, saya melihat saudara Saiful sebagai mangsa yang begitu kecil melawan pemangsa yang sangat mega. Apakah salahnya kita ikuti perkembangan kes tersebut dari masa ke semasa dan biar mahkamah buat keputusan yang tuntas tanpa ada tekanan dari mana-mana pihak.

Pihak IPU khuatir pertuduhan kali ini serupa dengan "konspirasi" 1998 dahulu. Sedangkan pihak mahkamah telah membuktikan pertuduhan 1998 adalah benar mengikut perundangan. Jika dahulu terdapat ramai saksi dan mangsa, kini hanya saudara Saiful seorang sahaja. Siapalah beliau jika dibandingkan dengan insan kerdil tersebut. Maka buktikan kepada umum jika anda tidak gentar dengan tuduhan si insan kerdil berkenaan dengan bersemuka dengan segala pertuduhan dan pertahankan diri anda seadilnya. Jika anda terus meminta pihak luar campur tangan, maka umum melihat anda sebagai penakut.......

Buktikan anda adalah hero pembangkang. Bukan dengan bantuan asing untuk membersihkan nama anda tetapi dengan kenyataan pertahanan dari diri anda sendiri. Usia Saiful baru setahun jagung jika dibandingkan dengan anda yang sudah matang lagi ranum..... Buktikan ANWAR tidak bersalah (jika anda benar-benar tidak salah)..

MALAYSIA BOLEH........ DAULAT TUANKU......

""EpOoL De DrAgONiZeR""

2 comments:

hilbert said...

Salam Epol,

memang pun pemimpin negara luar tiada hak sedikitpun untuk masuk campur tentang hal ehwal serta urusan dalaman negara kita, tetapi semua itu berlaku adalah disebabkan pihak pakatan pembangkang sendiri yang sanggup menggadai maruah dan kedaulatan negara kepada pihak asing semata-mata untuk menyelamatkan anwar.

Unknown said...

itu tak steady la... buat ape nk guna orang asing bela kita atas ape yg kita dh buat... Kalau dah pandai berak, pandai la basuh sendiri.. Takkan la nak suruh orang lain pertahankan yang anda tak berak sedangkan anda memang berak.. Dah tu tuduh pulak orang lain yang berak... Buruk perangai tuh... Saya ni baru nak mengundi tahun 2012 nanti.. Tahun pertama mengundi.. Kalau macam ni la sikap pembangkang, macam mana orang muda macam kita ni nak percaya pada parti mereka???