Dalam sesebuah negara, pasti ada kerajaan yang memerintah. Dalam masa yang sama, pasti wujud pembangkang dalam pentadbiran negara.
Tadi, saya borak dengan bos, bercerita pasal Anwar Ibrahim. Kalau nak tau, bos saya ni pro agama & politik. Jadi seronok jugak la borak dengan dia pasal benda-benda ni. Saya tanya dia isu liwat yang melibatkan YB Permatang Pauh tersebut.
Dia jawab dengan ringkas, "saya tak percaya tuduhan tu. Kalau ye pun nak saya percaya, mungkin 'dia' yang mengaku. Atau ada Ulama' Islam yang betul-betul 100% bersih dari politik bagitau semua orang yang tuduhan tu betul, tu baru lah saya terkejut dan terpaksa percaya. Ini baru buat akuan sumpah pegang Al-Qur'an sikit, dah ramai orang percaya. Salah tu. Kau tak boleh percaya bulat-bulat. Sebab kau tak kenal siapa Saiful tu! Mungkin dia tipu dengan sumpah tu, atau mungkin betul la... Saya tak tau bab tu".
Bagi saya, kengkadang ada betul jugak apa yang bos saya tu cakap. Sebab dinihari, ramai orang Islam sendiri yang fasik dan jahil tentang Islam. Asalkan nama agama dalam kad pengenalan tu 'Islam', maka orang Islamlah kita ni. Sedangkan penghayatan tentang agama Islam langsung takde. Kita tak boleh begitu dalam menilai sesuatu senang senang je. Jika nak berbicara mengenai Islam, pengetahuan yang mendalam mengenainya harus ada. Begitu jugak kalau kita nak melakukan sesuatu yang berkaitan dengan tauhid dan fiqh, ilmu mesti ada. Bukan main semberono aje.
Sebagai contoh, orang Islam yang takde ilmu, 'Black Metal' - Suka-suka diorang aje pijak Al-Qur'an, koyak lembaran kitab tu, minum arak. Sedangkan diorang tu orang Islam. Bermakna diorang tu jahil dan tak takut pada pembalasan. Contoh lain, dalam masyarakat, ada orang buat salah, lepas tu dia kena tegur. Kalau dia takde ilmu Islam, mesti dia cakap " suka hati aku lah nak buat ape, ko sibuk buat pe?? Mati nanti, kubur ko tempat lain, kubur aku tempat lain, suka hati aku lah!!!". Agak-agak, kalau lah dia tahu macam mana siksa kubur tu, nak tak dia cakap macam tu? HuH... Takkan nya dia berani...
Macam tu jugaklah mengenai DS Anwar dan Saiful Bukhari ni. Masing-masing punya diri, akal dan fikiran. Bos saya bukanlah nak tuduh Saiful tu menipu. Cuma dia tak rasa konsisten dengan sumpah laknat tu. Sebab bagi dia, sumpah laknat tu hanya sah disisi Allah bilamana Si Buat Sumpah, Si Pengesah Sumpah & Si Saksi Sumpah benar-benar ARIF dan FAHAM secara aqidah, tauhid dan fiqh mengenai sumpah laknat sebagaimana termaktub dalam Al-Qur'an. Kalau setakat baca, nak buat 'aku sumpah' kena pegang Al-Qur'an dan sumpah. Tahu tak kalian bahana yang akan menimpa di Akhirat kelak kalau sumpah tu tak betul? Cukup azab. Tapi kalau orang yang tak beriman, mestilah dia tak kisah pasal benda tu.
Cuma setiap yang berlaku dimuka bumi ni dinihari, Allah tidak akan belas secara terus sebagaimana pada zaman Nabi-Nabi terdahulu. Jadi, siapa benar, siapa salah, susah nak dirungkai... WallahuA'lam...
Isu kalimah Allah sekarang nih dan senyap. Saya cuma nak jelaskan pendapat bos saya mengenai penggunaan kalimah Allah dengan umum. Saya konsisten kerana bos saya mempunyai ilmu yang mendalam mengenai syari'ah Islam. Menurut beliau, jika di negara Arab, orang bukan Islam kerap menggunakan perkataan "Allah" untuk sesuatu perkara. Contohnya, pen orang bukan Islam tersebut jatuh ke lantai. Dia akan menyebut "Masya-Allah" sedangkan dia bukan orang Islam. Itulah yang kita nak kena pelajari dan fahami.
Dalam tauhid, kita ada belajar ALLAH tuhan sekelian alam. 'Alam' disini membawa maksud isi seluruh alam, termasuk tumbuhan, haiwan, manusia, cakerawala, jin, syaitan dan sebagainya. Maka benarlah Allah itu tuhan untuk semua. Satu tuhan untuk semua makhluk. Satu tuhan untuk orang Islam dan juga bukan Islam. Macam 1Malaysia. Cuma yang menjadi haramnya, orang bukan Islam guna perkataan Allah itu untuk merujuk pada tuhan mereka. Mana ada macam ni. Allah itu satu dan tiada sekutu baginya. Bermakna yang punya nama Allah itu hanyalah Allah yang disembah oleh orang Islam.
Dalam syari'ah, Islam membenarkan pemimpin mereka memimpin rakyatnya dengan pilihan agama dan kepercayaan masing-masing. Ambil contoh dalam Malaysia, ada agama Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain. Tuhan untuk orang Islam adalah Allah 'Yang Maha Suci', Dewa Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme untuk Hindu, Tuhan Bapa, Tuhan Jesus dan Roh Kudus bagi Kristian, Sidharta Gautama bagi Buddha, Ten Gurus bagi Sikh dan berbagai-bagai lagi. Misalan jika penganut Kristian mahukan nama Allah yang merujuk pada Jesus ( Nama Allah menggantikan Nama Jesus ) sudah pasti ianya akan mengelirukan agama lain. Sebab dalam Al-Qur'an, banyak ditulis dengan nama Allah. Jika hal ini berlaku, maka orang lain akan mengatakan tuhan orang Islam dan tuhan orang Kristian adalah sama. Konsep ini ternyata salah. Dalam tauhid Islam, Jesus adalah Isa yang merupakan nabi sebelum Nabi Muhammad dan bukannya tuhan. Makanya, jika mereka mengatakan Jesus itu Allah, fahaman mereka salah dan jika dibiarkan akan mengelirukan umat Islam dan masyarakat lain. Mereka boleh menggunakan nama Allah dalam penulisan mereka tetapi hendaklah merujuk kepada tuhan yang Umat Islam sembah dan bukannya Allah yang digantikan nama dengan tuhan mereka.
Begitu juga dengan umat Islam sendiri yang jahil tentang tauhid Allah, makanya mereka pasti melatah dan membuat analisis sendiri tanpa usul periksa dan fahami ilmu terlebih dahulu. Jika kita tanya mereka yang Islam tetapi jahil tentang Islam ini mengenai isu kalimah Allah, sudah pasti mereka membantah dan buat kecoh. Tetapi jika kita mempunyai ilmu mengenai tauhid, sudah pasti isu ini tidak sekecoh dahulu bahkan kita dapat menjawab dengan penuh keilmuan. Tak perlu buat bantahan, berarak, menjerit. Itu tindakan yang memenatkan dan nampak gopoh. Akhirnya siapa yang rugi? Diorang jugak. Cuba sama-sama kita dekatkan diri dengan mereka yang bukan beragama Islam ini, terangkan pada mereka siapa Allah di hati umat Islam dan kedudukan Allah dalam agama Islam. Pastinya mereka akan faham dan membuka mata.
Wasalam...
""EpOoL De DrAgONiZeR""