Apabila bercerai nyawa dari badan, maka berpisahlah segala urusan duniawi dan bermulalah urusan baru dalam dunia yang lain.
Justeru, roh yang akan berada di alam baqa' akan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia, termasuklah, kekasih, suami, isteri, anak, saudara-mara, jiran tetangga, rakan taulan dan sahabat handai.
Maka, berpesanlah mereka kepada manusia sekeliling : -
1- Sewaktu Jenazah Hendak Di Lurut Pakaian
" Wahai saudaraku, lurutkanlah pakaianku dengan perlahan kerana sekarang ini ku sedang beristirehat daripada seretan Malaikat Maut ".
2- Sewaktu Jenazah Hendak Dimandikan
" Wahai saudaraku, siramlah tubuhku dengan air yang tidak panas juga tidak dingin kerana tubuhku kini sedang terbakar oleh sebab keluarnya roh dari tubuhku".
3- Sewaktu Jenazah Sedang Dimandikan
" Wahai saudaraku, janganlah kau gosok tubuhku terlalu kuat kerana tubuhku sedang luka oleh keluarnya roh dari tubuhku".
4- Sewaktu Jenazah Hendak Dikafankan
" Wahai saudaraku, janganlah kau ikat tubuhku terlalu kuat dan janganlah kau menutup mukaku terlalu cepat kerana ku ingin melihat wajahku, wajah kekasihku, suami-isteriku, anak-anakku dan sekelian saudaraku buat kali yang terakhir".
5- Sewaktu Jenazah Hendak Dibawa Ke Perkuburan
" Wahai saudaraku, janganlah kau usung jenazahku terlalu pantas kerana ku ingin mendengar suara-suara sekelian saudaraku, suami-isteriku dan anak-anakku buat kali yang terakhir kerana ku tidak akan kembali lagi ke dunia ini buat selama-lamanya.
6- Sewaktu Jenazah Dimasukkan Kedalam Liang
" Wahai saudaraku, ku akan meninggalkan suami/isteriku menjadi balu dan anak-anakku menjadi yatim buat selama-lamanya. Maka janganlah kau sakiti dan menyakitinya. Dan janganlah kau lalai dengan dunia sebagaimana ia melalaikanku semasa hayatku. Dan janganlah kau terus mengejar dunia itu sehingga kau lupa tentang dunia yang sedang ku masuki ini. Dan janganlah kau lupa untuk mendoakanku kerana hanya itu yang menjadi makananku di alam ini".
>> Sumber PEDOMAN, METRO AHAD....
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment