Friday, January 22, 2010

Ibu Dihalau Anak Sendiri


Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.


Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

2 comments:

hilbert said...

Salam bro, kejadian ini sangat memalukan... malang sekali anak yang begitu derhaka... gantung saja anak seperti itu di atas pokok kelapa sawit, biar hari-hari kena jolok budak indon diladang...

Unknown said...

saya setuju... anak beliau ibarat kacang lupakan kulit dimana selama anak beliau kecil sehingga dewasa dijaga penuh kasih sayang tetapi apabila dewasa, disunting jejaka idaman terus membuang ibunya.. malang sekali... saya doakan agar beliau kuat semangat menempuh hidup dihari tua...