Tuesday, January 26, 2010

Zulkifli vs Khalid

YB Zulkifli Nordin dari Kulim-Bandar Baharu telah membuat laporan polis terhadap YB Khalid Samad dari Shah Alam.

Kenapa eh??

Menurut YB Zul, laporan polis tu dibuat sebab YB Khalid buat kenyataan " pengharaman kalimah allah kepada bukan Islam adalah ketinggalan zaman "...

Huhuhu...

Macam maner nih??? YB Zul dari PKR mempertahan, tapi YB Khalid dari PAS pulak tak pertahan... Haduhai...

Hari ni pulak, kat surat khabar ada tulis, DS Anwar marah kat YB Zul dan mengatakan tindakan beliau tu melampau dan merosakkan hubungan parti..

Kesian kat YB Zul... Tapi tak per YB, PKR marah, PCM ader....

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah Tun Ghazali Shafie



Allahyarham Tun Ghazali Shafie ( 22 Mac 1922 - 24 Januari 2010 ) telah meninggal dunia semalam di kediaman beliau di Subang Jaya.

Beliau merupakan bekas Menteri Dalam Negeri pada era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad dan pernah berkhidmat di bawah empat perdana menteri dengan pelbagai jawatan lain.

AL-FATIHAH buat beliau...

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Merafak Sembah Takziah Ke Atas Keluarga Di-Raja Johor



Tanggal 22 Januari 2010, negara kehilangan seorang pemimpin kesultanan yang tegas tetapi berjiwa rakyat.

Al-Mutawakil-'Alallah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Haj merupakan Sultan Johor yang ke-empat ditabalkan pada 11 Mei 1981 setelah kemangkatan ayahanda paduka.

Almarhum baginda juga merupakan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-lapan dari 26 April 1984 sehingga 25 April 1989.

Setelah kemangkatan baginda, Sultan Johor kini merupakan anakanda sulung baginda, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

AL-FATIHAH....

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, January 22, 2010

Ibu Dihalau Anak Sendiri


Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.


Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.

Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.

Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Oh Khalid Samad..


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini mencadangkan supaya 25 kalimah yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam termasuk Allah di negeri ini dikaji semula kerana ia sudah ketinggalan zaman.


Beliau berkata, larangan tersebut yang terkandung dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sepatutnya diubah suai dan dibahas secara ilmiah.

Menurut Yang Dipertua Pas Shah Alam itu, semasa enakmen tersebut diluluskan tahap kefahaman umat Islam terhadap agama mereka sendiri mungkin masih begitu lemah sehingga perlu dilindungi sedemikian rupa.

''Enakmen itu boleh dikaji semula dari semasa ke semasa dan sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap, tiada sebab ia tidak boleh dikaji semula atau diubah suai.

''Umat Islam kena ingat, kita bertanggungjawab dan berkewajipan untuk menjelaskan risalah Islam kepada semua dan menyeru manusia kepada Allah, bukan menghalang mereka daripada menyebut nama-Nya," kata beliau pada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua pihak di negeri ini berpegang teguh pada pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dilaporkan berkata, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Larangan itu seperti mana yang termaktub Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak tahun 1988.

Di bawah enakmen itu terdapat 25 kalimah yang dilarang pengunaannya oleh orang bukan Islam antaranya ialah Allah, ulama, hadis, ibadah, kiblat, haji, mufti, nabi, fatwa, khalifah, sheikh, imam, dakwah, wahyu dan mubaligh.

Selain kalimah tersebut, terdapat juga 10 perkataan yang turut dilarang digunakan oleh penganut bukan Islam seperti alhamdulillah, insya-Allah, Allahuakbar, Lailahaillallah, Masya-Allah, Astaghfirullah dan Subhanallah.

Sementara itu kata Khalid, enakmen itu juga merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan merupakan hukum yang bersifat 'qatii' atau mutlak yang tidak boleh diubah.

Dalam masa sama, beliau turut mengulangi cadangan supaya pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MAIS digantikan di kalangan mereka yang berpengetahuan agama, bebas dari kefahaman politik selain 'politik Islam'.

Jelas beliau, ramai ulama yang berpengalaman seperti Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din boleh diberi peluang untuk menerajui pentadbiran baru MAIS dan JAIS.

''Cadangan ini saya tujukan kepada sesiapa yang berkenaan dan jika berpeluang akan saya kemukakan kepada Sultan Sharafuddin ketika menghadap baginda kelak," katanya.

Khalid turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Sharafuddin apabila mengheret institusi di bawah naungan baginda ke kancah politik.

Katanya, tuduhan yang dibuat dalam satu laporan polis oleh 16 badan bukan kerajaan (NGO) Shah Alam pada 18 Januari lalu adalah tidak benar.


Sumber UTUSAN (M) SDN. BHD.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 18, 2010

Pesanan Roh Kepada Manusia

Apabila bercerai nyawa dari badan, maka berpisahlah segala urusan duniawi dan bermulalah urusan baru dalam dunia yang lain.

Justeru, roh yang akan berada di alam baqa' akan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia, termasuklah, kekasih, suami, isteri, anak, saudara-mara, jiran tetangga, rakan taulan dan sahabat handai.

Maka, berpesanlah mereka kepada manusia sekeliling : -

 1- Sewaktu Jenazah Hendak Di Lurut Pakaian
      " Wahai saudaraku, lurutkanlah pakaianku dengan perlahan kerana sekarang ini ku sedang beristirehat daripada seretan Malaikat Maut ".

 2- Sewaktu Jenazah Hendak Dimandikan
      " Wahai saudaraku, siramlah tubuhku dengan air yang tidak panas juga tidak dingin kerana tubuhku kini sedang terbakar oleh sebab keluarnya roh dari tubuhku".

 3- Sewaktu Jenazah Sedang Dimandikan
      " Wahai saudaraku, janganlah kau gosok tubuhku terlalu kuat kerana tubuhku sedang luka oleh keluarnya roh dari tubuhku".

 4- Sewaktu Jenazah Hendak Dikafankan
      " Wahai saudaraku, janganlah kau ikat tubuhku terlalu kuat dan janganlah kau menutup mukaku terlalu cepat kerana ku ingin melihat wajahku, wajah kekasihku, suami-isteriku, anak-anakku dan sekelian saudaraku buat kali yang terakhir".

 5- Sewaktu Jenazah Hendak Dibawa Ke Perkuburan
      " Wahai saudaraku, janganlah kau usung jenazahku terlalu pantas kerana ku ingin mendengar suara-suara sekelian saudaraku, suami-isteriku dan anak-anakku buat kali yang terakhir kerana ku tidak akan kembali lagi ke dunia ini buat selama-lamanya.

 6- Sewaktu Jenazah Dimasukkan Kedalam Liang
      " Wahai saudaraku, ku akan meninggalkan suami/isteriku menjadi balu dan anak-anakku menjadi yatim buat selama-lamanya. Maka janganlah kau sakiti dan menyakitinya. Dan janganlah kau lalai dengan dunia sebagaimana ia melalaikanku semasa hayatku. Dan janganlah kau terus mengejar dunia itu sehingga kau lupa tentang dunia yang sedang ku masuki ini. Dan janganlah kau lupa untuk mendoakanku kerana hanya itu yang menjadi makananku di alam ini".

>> Sumber PEDOMAN, METRO AHAD....

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, January 8, 2010

Isu Kalimah Tuhan Ku ALLAH

Isu penggunaan kalimah ALLAH yang dibenarkan untuk diguna oleh akhbar " The Harold Katholik " juga untuk bukan islam mengundang berbagai respon positif mahupun negatif masyarakat Malaysia.

Bagi saya sebagai orang islam, sudah pasti tidak bersetuju apabila nama tuhan ku Yang SATU digunakan secara berleluasa oleh bukan Islam tanpa pengawasan. Perkara tersebut boleh menyebabkan kesucian nama ALLAH yang disanjung dan dijunjung oleh umat islam seluruh dunia tercemar.

Sehinggakan baru-baru ini, YB Datuk Dr. Haron Din menyatakan pendirian beliau bahawa penggunaan nama ALLAH oleh bukan islam adalah ditegah.

 >> http://www.youtube.com/watch?v=9r9Vp-wPwpE << Link tersebut merupakan kata-kata kesalan Datuk Dr. Haron Din mengenai isu kalimah ALLAH yang dibenar oleh mahkamah untuk digunakan oleh bukan islam.

Tetapi mengapa lain pula isunya dari pandangan Datuk Seri Anwar? Beliau menyatakan bahawa bukan islam di Malaysia boleh menggunakan kalimah ALLAH bilamana dan bilamasa mereka mahukan.

Adakah percanggahan ini tidak mengelirukan??

Bagi saya, memang tidak bersetuju 100% kerana boleh mengubah kesucian Islam itu sendiri.

" الله اکبر "

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 4, 2010

Selamat Pulang Dari Langkawi

AL-HamduLiLLah bersyukur saya ke hadrat ILLahi atas limpah rahmat-Nya, selamat saya sampai ke tanah tempat tinggal saya pagi tadi.

Perjalanan pulang bermula dari Langkawi pada jam 6.00 petang menaiki feri LABUAN EXPRESS TUJUH, perjalanan atas laut memakan masa lebih satu jam dan tersangkut di Jeti Kuala Perlis kerana paras air yang cetek, saya selamat menjejakkan kaki ke jeti pada jam 7.50 malam.

Kemudian, saya berjalan menuju ke stesyen bas yang terletak tidak jauh dari jeti untuk menunggu bas. Saya berada di stesyen bas selama lebih satu jam lagi sehingga bas tiba pada jam 9.00 malam.

Perjalanan bersama SANI EXSPRESS, tempat duduk dinombor 10 & 11 tingkat atas, kami memulakan perjalanan dari Kuala Perlis pada jam 9.15 malam menuju ke Kuala Lumpur. Tepat jam 7.30, saya tiba di Stesen Klang Sentral.

AL_HAMDULILLAH...

""EpOoL De DrAgONiZeR""