Showing posts with label overseas. Show all posts
Showing posts with label overseas. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

THE UNDERTAKER KEMBALI 2015 & MENANG DI WRESTLEMANIA 31


Di acara Wrestlemania 31, The Phenom Undertaker menentang Bray Wyatt

Pada 29hb Mac yang lepas, telah berlangsung acara pay-per-view yang cukup dinantikan peminat WWE (World Wrestling Entertainment) setiap tahun iaitu acara Wrestlemania 31.

Selain perlawanan antara Triple H menentang penggusti lagenda Sting, perlawanan yang menjadi tumpuan utama adalah antara The Undertaker menentang Bray Wyatt.

Ini merupakan kemunculan semula The Phenom setelah gagal mengekalkan Streak at Wrestlemania tahun lepas di acara Wrestlemania 30 selepas tewas menentang Brock Lesnar. Dapat dilihat ramai peminat setia The Undertaker amat teruja menanti munculnya wira lagenda mereka dari The Dead Valley.

The Undertaker kembali beraksi di gelanggang Wrestlemania berhadapan dengan penggusti berimej pelik, Bray Wyatt

Bray Wyatt yang ghairah menunggu The Undertaker tersebut memasuki gelanggang kelihatan tersenyum lebar apabila penggusti lagenda tersebut mula menggayakan tangan sambil berdiri di atas tangga.

Pada mulanya, Bray Wyatt cuba menumbuk Undertaker tetapi dihalang dengan gerakan Big Boot oleh Phenom. The Undertaker menumbuk Wyatt ke sudut dan meletakkan dia di atas tiang sudut gelanggang. The Deadman terus melanyak Wyatt dengan gerakan Old School. Bagaimanapun, Wyatt kembali menyerang dengan Shoulder Tackle dan terus menghentam Undertaker hingga jatuh dengan gerakan ClotheslineThe Deadman yang jatuh diluar gelanggang, terus menarik Wyatt keluar dan menumbuknya sebelum mengenakan Leg Drop kepada Wyatt di tepi tali gelanggang.

Undertaker kemudian menolak masuk Wyatt dan mengenakan Snake Eye, tetapi Wyatt menahan dengan sepakan ke muka sebelum menghumban Undertaker ke sudut. Wyatt menggunakan pukulan Half Nelson sebelum menumbuk The Deadman di belakang kepala menyebabkan dia terjatuh ke penjuru sebelum Undertaker memegang Wyatt dengan gerakan Hell's Gate.

Bray Wyatt dengan gerakan labah-labahnya, terkejut melihat The Undertakaer bangkit secara tiba tiba

Bray Wyatt kemudian mematahkan Hell's Gate dan menyerang dengan gerakan Reverse Throw dan kemudian Reverse Senton sebanyak dua kali, dan Bray terus dengan gerakan penyudahnya Sister Abigail sebelum mengejek isyarat pangkah leher Deadman. Namun The Undertaker berjaya menyekat dan mengenakan Chokeslamme kepada Wyatt. Taker kemudian mencacah Tombstone Pilediver tetapi Bray Wyatt menendang pada kiraan dua.

The Undertaker bangkit sejurus sebelum mengenakan Tombstone Pilediver kepada Bray Wyatt

The Undertaker kemudian sekali lagi cuba Tombstone Pilediver yang lain tetapi Bray Wyatt membalas dengan Sister Abigail pada kiraan dua. Kedua-duanya rebah. Sewaktu pengadil  mula kiraan, tiba-tiba Bray Wyatt muncul dengan gerakan labah-labah dan berjalan ke tengah-tengah gelanggang. The Undertaker tidak semena duduk dan Bray terus mencabarnya. Bray kemudian terus menyerang dengan Sister Abigail lagi. The Deadman kemudian menolak Bray ke penjuru, kemudian menarik kembali Wyatt dan terus mencacah Tombstone Pilediver untuk menang.

The Undertaker menumpaskan Bray Wyatt dan kembali dengan rekod 22-1 di Wrestlemania

Kemenangan The Undertaker disambut dengan sorakan gemuruh seluruh Stadium Levi's di Santa Clara. Kemenangan The Deadman itu membuka Streak baru buatnya. Kemenangan tersebut juga menandakan The Undertaker telah kembali dengan semangat baru.

Apakah kejutan The Undertaker selepas ini....???????

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, February 25, 2015

KINGSMAN : THE SECRET SERVICE - TERBAIK



Aku baru je lepas tengok citer Kingsman : The Secret Service kat TGV Wangsa Walk. Aku beli tiket online pukul 19:15, tapi sampai lewat sebab terkejar kejar lepas balik keje.

First first, aku rasa macam biase biase je citer dia. Tapi bila sorang kawan office aku Abg Ilyas recommend suh aku tengok, aku pun gigih la pi tengok.

Serious aku cakap, citer dia langsung tak bosan baq ang. Dari start citer, sampai la habis, takde pun part bosan, seronok je aku ikut flow jalan citer dia. 

Citer dia ni pasal satu organisasi rahsia Kingsman, ala ala James Bond 007 la. Diorang banyak involve untuk selamat kan dunia. Actually dalam Kingsman ni ada beberapa wakil agen seluruh dunia yang dipanggil Lancelot. Lancelot utama dia si Galahad, mentor hero citer nih, Eggsy.

Part paling best sekali, masa Merlin letupkan mikro cip tuh, havoc giler baq ang....siap ada muzik okestra lagi.. #Hahahahaha.

Jom aku share sket sinopsis citer tu :-





Sewaktu misi di Timur Tengah, agen rahsia, Harry Hart, aka "Galahad," gagal menyelamatkan salah seorang rakan agen. Kerana merasa bersalah, beliau sendiri menyampaikan pingat keberanian kepada balu agen tersebut dan anaknya, Gary "Eggsy" Unwin, dan mengatakan jika mereka memerlukan bantuan, mereka hanya perlu menghubungi nombor telefon di belakang pingat dan menyampaikan mesej berkod.

Tujuh belas tahun kemudian, saintis iklim James Arnold diculik oleh penyerang yang tidak dikenali, yang diketuai oleh Gazelle, pembunuh dengan kaki palsu bilah, dan majikannya, seorang jutawan internet Richmond Valentine. Salah seorang rakan Hart, yang digelar "Lancelot" cuba untuk menyelamatkan saintis tersebut, tetapi gagal. Valentine, yang terkenal dengan sifat dermawannya, terus bertemu dengan beberapa ketua negara dan orang kenamaan, sebahagian daripada mereka hilang selepas itu. Beliau juga mengumumkan promosi giveaway kad SIM, dengan memberi akses telefon selular dan internet percuma.

Di London, Eggsy yang kini semakin dewasa menjadi anak muda yang menganggur, hidup dengan ibunya, adik tiri yang masih bayi dan bapa tiri yang sangat teruk. Walaupun dia seorang yang pintar dan berkebolehan, dia meninggalkan latihan Tentera Marin Di -Raja dan hidup tanpa arah tujuan. Selepas ditangkap kerana mencuri kereta, Eggsy menghubungi nombor pada bahagian belakang pingat. Hart yang membantu membebaskannya memberitahu Eggsy tentang kewujudan Kingsmen, sebuah agensi perisikan rahsia yang mana kedua-dua dia dan arwah ayah Eggsy bekerja. Berikutan kematian seorang Lancelot, Kingsmen kini mempunyai kekosongan untuk agen baru, dan Eggsy bersetuju untuk turut serta. Beliau menyertai kumpulan calon-calon lain, termasuk seorang wanita yang bernama Roxy. Latihan diawasi oleh "Merlin" seorang Pegawai Kanan Kingsman. Calon-calon yang gagal dikeluarkan satu demi satu sehingga Eggsy dan Roxy muncul sebagai dua finalis. Walau bagaimanapun, Eggsy gagal ujian terakhir, dan Roxy menjadi Lancelot baru.

Pada masa yang sama, Kingsmen telah menyiasat Valentine berkaitan dengan kehilangan VIP. Hart cuba menjejaki saintis James Arnold dan memaksa beliau mendedahkan rahsia mengenai Valentine. Cip yang diimplan dalam kepala Arnold kemudiannya meletup, membunuh beliau dan mencederakan Hart. Namun itu tidak menghalangnya, Hart kemudian menyamar pula sebagai jutawan terkenal dan mengatur makan malam bersama Valentine, dan menjelaskan pandangan beliau; manusia adalah serupa dengan virus, pemanasan global adalah bersamaan Bumi demam, dan Valentine bercadang untuk melakukan sesuatu tentang masalah itu sebelum virus tersebut membunuh ''Tuan Rumah''.

Hart kemudiannya menjejaki Valentine di sebuah gereja kumpulan kebencian di Kentucky di mana Valentine dan Gazelle sedang menjalankan ujian. Mereka melancarkan isyarat kepada kad SIM, menyebabkan semua orang di dalam gereja, termasuk Hart, menjadi ganas tanpa kawalan. Satu pergaduhan besar meletus dan pembunuhan turut berlaku, namun Hart sahaja yang terselamat, manakala Eggsy, Merlin dan Arthur "Pemimpin Kingsmen" memantau melalui pautan video. Valentine kemudiannya menghampiri Hart, dan memberitahu rancangannya untuk menyiarkan isyarat ke seluruh dunia, dengan menggunakan rangkaian satelit untuk menghapuskan secara besar-besaran seluruh umat manusia, seterusnya menyelamatkan Bumi daripada kerosakan yang lebih teruk. Hanya segelintir yang Valentine telah anggap sebagai layak hidup - iaitu mereka yang berpihak kepadanya dan mereka mendapat mikrocip perlindungan yang tertanam di kepala mereka sahaja akan terlepas. Setelah mendedahkan rancangannya, Valentine membunuh Hart.

Eggsy kembali ke ibu pejabat Kingsmen, di mana dia mendapati bahawa Arthur adalah salah satu rangkaian Valentine. Setelah menggagalkan percubaan Arthur untuk membunuhnya dengan membunuh pemimpin Kingsmen itu, Eggsy bekerjasama dengan Roxy dan Merlin. Roxy menggunakan Belon Udara Ber-Altitud Tinggi ke permukaan stratosfera, untuk memusnahkan satelit rangkaian Valentine dengan peluru berpandu, manakala Eggsy dan Merlin meneruskan serangan ke atas Valentine di Pergunungan Bunker. Roxy meletupkan satelit, manakala Eggsy menentang pasukan keselamatan Valentine, manakala Merlin meletupkan cip keselamatan dan membunuh semua orang yang juga sebahagian daripada rancangan Valentine. Eggsy kemudian berlawan dan mengalahkan Gazelle sebelum membunuh Valentine dan menyelamatkan dunia. Dalam satu kejadian di pertengahan kredit, Eggsy, kini merupakan Kingsman penuh, mendapatkan ibunya dan menawarkan rumah yang lebih bagus dan peluang untuk melepaskan diri daripada bapa tiri beliau yang teruk itu.






EGGSY (Kiri) dengan HART 'GALAHAD' (Kanan)

COLIN FIRTH sebagai HARRY HART 'GALAHAD'

TARON EGERTON sebagai GARY 'EGGSY' UNWIN

SAMUEL L JACKSON sebagai RICHMOND VALENTINE

MICHAEL CAINE sebagai CHESTER KING 'ARTHUR'

MARK STRONG sebagai MERLIN

SOPHIE COOKSON sebagai ROXY

SOFIA BOUTELLA sebagai GAZELLE


Senang citer, korang memang kena tengok ah citer nih.. Confirm korang layan punye..!! Tapi citer nih 18++ tau.. Aku rasa sebab masa dorang gaduh tuh, potong real punya.. #Hahahahahaha.

Adiosssssssss & enjoy korang punya movie...

*** info : wikipedia


+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, February 24, 2015

MH370 DI ANTARTIKA ????????????


Heading south: Satellite data from Flight MH370 showed that the plane made several turns after the last radio call, before finally heading towards Antarctica
MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS)

DOA BUAT MH370

Penerbangan MH370 mungkin telah sengaja diterbangkan secara khusus oleh seseorang dari dalam kokpit.

Pakar bencana penerbangan telah menganalisis data dari satelit penerbangan Malaysia Airlines yang hilang itu, mereka mendapati bahawa pesawat itu terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan.

Pemeriksaan teliti terhadap bukti yang wujud telah mendedahkan bahawa MH370 membuat tiga kali pusingan (air turns back) selepas panggilan radio yang terakhir; yakni pertama pusingan ke kiri, kemudian dua lagi, membawa pesawat ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika.

Menuju ke selatan: Data daripada satelit Penerbangan MH370 menunjukkan bahawa pesawat itu membuat beberapa pusingan selekoh selepas panggilan radio yang terakhir, sebelum akhirnya menuju ke Antartika.

Menurut Malcolm Brenner, pakar terkemuka dunia dalam punca-punca bencana penerbangan, 'mencadangkan' seseorang dari dalam kokpit telah dengan sengaja menerbangkan MH370 keluar dari laluan asal.

'Kemalangan ini telah menarik perhatian dunia, dengan cara yang saya sendiri tidak pernah lihat dalam kerjaya saya selama empat puluh tahun dalam penerbangan,' kata Encik Brenner.

Temubual tersebut dibuat dalam dokumentari baru National Geographic yang akan ditayangkan 8 Mac 2015 di mana Encik Brenner dan satu pasukan pakar cuba untuk menyelesaikan misteri MH370.

Ini berikutan keyakinan penyelaras carian Australia bahawa pesawat tersebut akan ditemui dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menjejaki: Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan
berkata beliau pasti pasukannya akan merungkai misteri dan menjumpai bangkai itu suatu hari nanti.

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang ditetapkan untuk diselesaikan pada akhir Mei ini, menurut Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata beliau berharap pasukannya akan menjumpai bangkai pesawat itu suatu hari nanti, lapor News.com.au.


Tetapi Agensi Bersama Pusat Koordinasi masih mengunci ketat mulut mereka mengenai isu itu, dengan mengatakan pihak China, Kerajaan Malaysia dan Australia akan menilai apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Penerbangan MH370 telah hilang pada 8 Mac 2014 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal.

Tiada kesan pesawat dijumpai sejak itu tetapi Encik Dolan percaya pasukannya telah hampir menemui bangkai pesawat itu.

'Saya tidak bangun setiap hari dan berfikir "inilah harinya". Tetapi saya bangun setiap hari dengan harapan "ia akan jadi harinya", dan mengharap di antara hari ini sehingga Mei akan muncul harinya,' kata Pesuruhjaya Encik Dolan kepada 
News Corp.

'Kedua-duanya menghairankan, dari sudut pandangan kita dimana belum pernah terjadi sebelum ini - bukan sahaja misteri, tetapi juga pada skala yang kita lakukan untuk mencari pesawat'.

'Seperti yang kita dedahkan, kita tidak mempunyai kepastian malah hanya keyakinan bahawa kita akan mencari pesawat yang hilang itu'.

Pencarian MH370 setakat ini seperti sia-sia, dengan lokasi kemalangan pada mulanya dianggap di Laut China Selatan atau Teluk Thailand.

Accident: Relatives of passengers of Malaysia Airlines flight MH370 held placards during a protest demanding to know why the Malaysian government had announced recently that the fate of MH370 was an accident
Kemalangan: Saudara-mara penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 memegang sepanduk semasa protes yang menuntut penjelasan mengapa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan baru-baru ini bahawa nasib MH370 adalah sebuah kemalangan.

Usaha pencarian kemudiannya diarahkan ke bahagian Selatan Lautan Hindi.

Permulaan yang lewat ini bermakna apa-apa kesan bangkai pesawat yang berada di permukaan dasar laut akan tenggelam dan berkemungkinan beberapa serpihan akan muncul di pantai Sumatera Barat di Indonesia.

Setakat ini, mereka telah gagal mengesan mana-mana bahagian pesawat tetapi pakar cuba untuk meramal corak terapung untuk mencari tapak bangkai dengan mempertimbangkan 'bagaimana pesawat itu telah berlanggar di atas air'.

Agensi Bersama Pusat Koordinasi diketuai oleh Australia yang sedang menjalankan penggeledahan itu mengatakan bahawa setakat ini operasi bawah air telah berjalan dengan rapi sejauh 22,000 kilometer persegi dasar laut, menyamai sekitar 36 peratus daripada kawasan carian utama.

Dianggarkan bahawa jika tiada sebarang penangguhan dari kapal bantuan, peralatan atau cuaca, pencarian bawah air akan selesai beberapa waktu pada bulan Mei ini.

Kapal bekalan 'Go Phoenix' kekal di kawasan itu, 2,500km arah barat selatan Perth, Australia Barat, tetapi tiga kapal lain yang terlibat dalam carian di bawah air digantung operasi sementara minggu ini untuk kembali ke pelabuhan di Australia untuk lawatan berjadual.

Walaupun berbulan mencari di kawasan itu, tidak ada sebarang serpihan ditemukan di permukaan ataupun apa-apa petunjuk bahawa pesawat itu berada di dasar laut di rantau tersebut setakat ini.



Tajuk :MALAYSIAN 370: WHAT HAPPENED? Waktu Premier Ahad 8 Mac pada jam 8 malam, National Geographic Channel.






*** Sumber : Daily Mail United Kingdom
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, January 21, 2015

KE KOREA LAH KITA - HARI KELIMA





16 JANUARI 2015


Hari ni hari terakhir kitorang kat Korea. Mood kitorang gloomy je sebab masing masing tak puas jalan jalan kat Korea. So, memang wajib ada second trip ke Korea lepas ni.

7.45 pagi - Kitorang bangun awal sebab nak pastikan takde barang yang tinggal dalam bilik. Lagipun Omar ada baca forecast katanya salji akan turun pagi Jumaat tu. Tapi bila selak je tingkap bilik kitorang, hujan renyai aje yang ada, salji takde. Maybe hujan tu turun sebab sedih kitorang nak balik Malaysia dah. HuHuHuHuHu.

9.30 pagi - Beg semua kitorang bawak turun bawah, ready nak check out dah. Sambil tunggu pekerja guesthouse tu sampai, kitorang lepak sarapan dulu untuk last time-nya kat Korea. Yang tak boleh blah nya, belum pun kitorang sampai Malaysia lagi, dah discuss mana nak pergi lepas tu. HAHAHAHAHA. Havoc sangat perangai.

Bila sampai kje pekerja guesthouse tu, kitorang pun terus check out. So, it's time to say GOODBYE to Seoul Tower Family Guesthouse yang kitorang stay for few days kat sana.

10.20 pagi - Kitorang jalan ke Stesen Sookmyung Women's University untuk last time-nya then ambik tren ke airport. Tapi sebelum kitorang pergi kat AREX Line, Naz nak shopping lagi kat Namdaemun Market (turun kat Stesen Heohyeon). Ada barang lagi yang tak cukup katanya. So, aku ngan Omar pun tunggu Naz kat Stesen Seoul sementara dia pergi shopping tu.

Sambil tunggu Naz habis shopping, aku ngan Omar duduk kat ruang menunggu Line 4. Tetiba pulak Omar gigil kesejukan. Aku pun belikan lah dia air kopi panas kat vending machine. Lebih kurang 35 minit jugak kitorang tunggu Naz.

11.25 pagi - Bila Naz sampai je, kitorang bertiga pun terus jalan ke AREX Line yang bertingkat-tingkat kat bawah tanah tu. Jarak dari Line 4 nak ke AREX Line tu lebih kurang 7 minit jugak berjalan. Naz pulak menyinggah kejap kat Baskin Robbin Seoul Station, usha usha jenis kek yang outlet sana jual. Ye la, Naz kan trainer kat Baskin Robbin Malaysia.

Bila tren sampai je, kitorang terus naik ambik tempat duduk. Perjalanan dari Stesen Seoul ke Incheon International Airport lebih kurang sejam. So ada masa untuk kitorang lelap kejap dalam tren.

AREX Line

1.10 tengahari - Bila tren sampai kat Stesen Incheon International Airport, kitorang terus keluar pergi kat Airport area. Sebabnya Omar masih tak puas hati selagi tak dapat tengok Hello Kitty Cafe. Actually ada satu lagi outlet kafe tu kat Incheon Airport.

Betul betul masa kitorang tengah jalan kat susur dari Stesen AREX ke terminal Airport, aku perasan macam ada salji tengah turun kat luar. Aku pun terus bagitau kat Omar ngan Naz. Diorang punya la tak percaya. Sekali bila dah confirm memang salji yang turun, kitorang pun apa lagi, cepat cepat lari keluar nak main salji. Kesian kitorang. Punya la excited sampai lompat lompat kat luar area airport tu.

Bila dah puas main salji, kitorang pun terus masuk dalam terminal sebab masing masing dah kesejukan. Masa tu kitorang betul betul rasa bertuah at last dapat merasa salji yang ori turun kat tangan ngan muka. HEHEHEHEHE.

Sebelum kitorang check in boarding, kitorang return balik kad T-Money kitorang kat 7-Eleven dalam terminal tu sebab still ada duit. At least boleh la top up sikit duit lebih kitorang masa nak tukar RM balik nanti. HuHuHuHu.

2.40 petang - Kitorang da start beratur nak check-in. Masa tu baru la nampak rupanya memang ramai sangat orang Malaysia datang bercuti kat Seoul. 

Boarding Gate kat Incheon Airport
Settled check-in, kitorang tunggu Omar submit tax refund form pulak kat tax kaunter. Sebabnya dia ada beli minyak wangi yang kena cukai. Cuma kitorang yang traveler ni tak perlu bayar cukai tu, so diorang akan refund balik duit kita.

Bila dah settled bab tax refund Omar, kitorang tiga orang pun terus carik Hello Kitty Cafe tu. Ingatkan dia nak beli la kopi Hello Kitty tu ke, lepak minum situ ke, sekali Omar ngan Naz just ber-selfie je kat situ. Memang hampeh betul la. HUHUHUHUHU.

Hello Kitty Cafe kat dalam Terminal Incheon Airport

Yang best-nya kat Incheon Airport ni, kitorang tak payah susah susah nak jalan kaki untuk sampai ke gate kitorang kat Gate 105. Cuma kena naik Intra Airport Transit je dari main terminal ke sana.

3.10 petang - Sementara nak tunggu Gate Boarding bukak, kitorang isi perut jap kat Lotteria Fast Food area Food Court. Aku order Set Shrimp Burger $WON5,400 (RM16.00) sebab rasanya tu je yang confirm halal aku boleh makan. 

Set Shrimp

4.00 petang - Time untuk kitorang pergi beratur kat depan gate. Masa tu aku betul betul sedih sebab nak tinggalkan Korea. Aku cakap kat Omar, kitorang mesti kena datang lagi kat situ nanti. 

Bila masuk je flight, aku ngan Omar terus carik seat kitorang. Omar ngan Naz awal awal lagi dah makan ubat selsema sebab nak tidur masa 6 jam atas flight tu.

Tepat je 4.30 petang, flight Airbus A330-300 tu pun gerak tinggalkan Incheon International Airport. So, berakhirlah joutney kitorang kat Seoul, Korea.

Bye-Bye Seoul, Korea

10.10 malam (Waktu Malaysia) - Alhamdulillah, flight kitorang selamat mendarat kat Kuala Lumpur International Airport (KLiA2).

Settled je urusan immigration, kitorang terus keluar ambik bas shuttle KLiA2 ~ KL Sentral (RM10).

So, bila dah sampai KL Sentral, takde orang lain yang kitorang susahkan selain Shai untuk ambik kitorang balik Setapak. Thanks Shai.

Bila dah sampai rumah, kitorang pun tutup la buku travel Korea kitorang. Memang BEST sangat. Kitorang ENJOY sangat.



========================================================================
Link :-

Hari Keempat

Hari Ketiga

Hari Kedua 

Hari Pertama

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -

KE KOREA LAH KITA - HARI KEEMPAT





15 JANUARI 2015


7.30 pagi - Kitorang bangun awal hari ni. Omar terus bukak tingkap tengok kot kot ada salji, tapi kesian kitorang sebab takde pun. HUHUHUHU. 5 hari kitorang tunggu salji turun, tapi tak turun turun. Cuma hujan renyai je pagi tu. Angin dia tak payah cakap la, memang sejuk gila. Menggigil kitorang nak mandi. Nasib baik ada water heater.

Bila kitorang dah siap, kitorang terus turun gi dapur nak breakfast. Pagi pagi kat Korea kitorang makan roti Gardenia cecah rendang ready made bawak dari Malaysia memang heaven sangat. Minum pulak air Milo panas time sejuk sejuk tu, lagi la syiok. HEHEHEHE.

8.30 pagi - Settled breakfast, kitorang terus gerak gi stesen subway Sookmyung Women's University. Pagi tu kitorang plan nak pergi balik Namdaemun Market sebab nak beli brooch kat dalam E-Lengdang Building. Kitorang kena pergi E-Lengdang tu waktu siang sebab diorang bukak kedai sampai pukul 5.00 petang je.

9.15 pagi - Sampai kat Stesen Hoehyeon, kitorang terus keluar dari stesen then masuk dalam E-Lengdang tu. Kat situ ada satu Ahjuma yang famous dalam blog Korea Travel jual brooch, so kitorang pun gigih la carik Ahjuma tu, based kat gambar yang Omar capture screen dalam handphone.

Ni la E-Lengdang Building kat Namdaemun Market
Ni antara pilihan brooch yang ada kat situ

10.30 pagi - Settled je memborong brooch, kitorang plan nak ke Hangang River pulak. So kitorang patah balik pergi kat Stesen Heohyeon then turun kat Stesen Dongdaemun History & Culture Park. Dari Line 4, kitorang tukar ke Line 5 then terus ke Stesen Yeouinaru. Sampai je situ, kitorang keluar kat Exit 3, terus nampak Hangang Park ngan Hangang River sebelah kiri. Memang cantik kawasan dia.

Ni la Han River. Tapi siang takde apa apa, malam yang best banyak lampu
Then ada monster kat Han River ni. Diorang punya mitos monster. Bunyik bising gila binatang ni. HEHEHE
Menara 63 Building, menghadap Han River

11.25 pagi - Kitorang ingat nak naik cruise kat Han River, tapi bila fikir-fikir balik view macam kurang best sebab berkabus je. So kitorang cancel plan tu. Nampak pulak Lotteria (restoran fast food ala McDonalds), kitorang pun serbu. Kat situ kitorang order set burger, lepak lepak makan jap habiskan masa.

Dah kenyang, kitorang pun gerak dari situ. Next destination kitorang, Lotte World Theme Park.

12.20 pagi - Kitorang jalan balik ke Stesen Yeouinaru, ambik tren patah balik ke Stesen Dongdaemun History & Culture Park. Bila sampai je, kitorang tak terus keluar tapi tukar pulak dari Line 5 ke Line 2 terus ke Stesen Jamsil.

Bila dah sampai Stesen Jamsil, kitorang tak jumpa jalan keluar. Carik punya carik, rupanya jalan dari stesen tu terus bersambung dengan Lotte Shopping Mall. Kitorang pun keluar ikut Exit 4 terus ke dalam mall. Boleh kata ala ala Sunway Pyramid dengan Sunway Lagoon la.

1.10 petang - Kitorang pun terus carik kaunter tiket. Harga masuk Lotte World tu $WON40,000 (RM124), tapi sebab kitorang ada kupon 20% diskaun dalam buku travel yang kitorang ambik kat Tourist Guide, so kitorang cuma bayar $WON32,000 (RM99.20) je.

Omar ngan Naz punya la excited nak main kat Lotte World tu. Tapi aku........??????????? HAHAHAHA. Aku kalau bab theme park ni kurang sikit, sebab failed bab permainan yang gayat-gayat ni.

Lotte World - Indoor Park
Bungee Drop ni permainan first Omar ngan Naz main

Gyro Drop ni Omar sorang je yang naik. Aku ngan Naz tengok je dari bawah sebab tinggi gila
Gyro Spin ni pun aku tak main sebab pening kepala
Rumah hantu 3D ni aku masuk 2 kali. Tak best sangat pun. First masuk sorang, second tu temankan Naz ngan Omar

7.30 malam - Kitorang still kat situ lagi lepak lepak. Lepas layan permainan outdoor, kitorang masuk indoor pulak. Ada la 2 ~ 3 permainan yang kitorang main kat dalam. Then kitorang dapat tau ada perarakan pride malam tu bertajuk Let's Dream. So kitorang pun tunggu nak tengok. Tapi Naz berpecah kejap dari kitorang sebab nak pergi Hard Rock Cafe carik barang.

Let's Dream Pride kat Indoor Lotte World
Let's Dream Pride
Let's Dream Pride
Istana Dream World - Let's Dream Pride
Tanglung Terbang - Let's Dream Pride

Pride tu habis lebih kurang pukul 8.40 malam. Memang best sangat, tak rasa rugi bayar tiket masuk. So, aku ngan Omar pun keluar dari Lotte World Theme Park tu tunggu Naz balik dari Hard Rock Cafe. Kitorang masing-masing puas hati la hari tu.

9.00 malam - Dari Stesen Jamsil (Line 2), kitorang turun kat Stesen Sadang untuk tukar ke Line 4. So dari situ kitorang terus la pergi Stesen Sookmyung Women's University kat guesthouse kitorang.

Malam tu sebelum kitorang dinner macam biasa kat dapur, kitorang kemas dulu barang-barang kitorang sebab besok dah last day kitorang kat Korea. Sumpah aku betul-betul sedih. Rasa tak puas jalan-jalan kat Korea 4 hari.

Lepas makan, aku termenung sorang sorang dalam bilik sebab esok nak balik Malaysia dah. Rasa macam sekejap sangat. Terfikir jugak nak datang second time. HUHUHUHUHU. Tengok lah kalau ada rezeki, InsyaAllah.




 

=================================================================================

Link :-





========================================================================

KE KOREA LAH KITA - HARI KETIGA








14 JANUARI 2015


9.15 pagi - Hari ni kitorang bangun lambat. Masing masing ter-over tidur. Maybe sebab coffee yang kitorang minum kot kat KFC semalam. Kitorang pun terus cepat cepat mandi & siap siap. Jadi, bila plan nak ke Seoraksan dah cancel, kitorang pun tumpu ke Seoul Tower dengan Ikan Bakar Dongdaemun Market. Lepas tu malam nanti boleh shopping kat Namdaemun Market beli souvenir.

10.30 pagi - Kitorang gerak dari Stesen Sookmyung Women's University (Line 4) terus ke Stesen Myeongdong dan ambik exit 3. Kitorang kena pergi arah Pasific Hotel, then jalan kaki naik bukit ikut tepi lorong kedai untuk sampai ke Stesen Cable Car Namsan. Memang letih.

11.10 pagi - Kitorang sampai jugak kat Stesen Cable Car Namsan tu. Bila masuk je dalam, kitorang tengok harga tiket dah naik. Kalau return-way tiket, harga dia $WON8,000.00, tiket pergi pulak harga dia $WON6,000.00. So kitorang decide beli tiket pergi je, then balik kitorang turun ikut tangga.

Ni gambar kitorang masa kat sana.


Kereta Kabel Namsan



1.30 petang - Habis je kitorang jelajah Namsan Tower yang popular dengan 'Lock of Love' tu, kitorang pun turun balik, tapi ikut tangga je. Tak naik Cable Car. Tinggi kot, lenguh kaki.

2.00 petang - Kitorang gerak balik ke Stesen Myeongdong, then kitorang decide nak ke Cangdeokgung Palace. So kitorang kena berhenti kat Stesen Changmuro, then transfer  ke Line 3. Dari situ, kitorang gerak ke Stesen Jongno 3(Sam)-Ga keluar kat exit 2. Dari stesen tu, kitorang kena jalan kaki dalam 5 minit jugak la ikut tepi jalan Donhwamun-ro.

2.35 petang - Bila sampai je, kitorang pun kena beli tiket $WON3,000.00 untuk masuk. Tiket yang kitorang beli ni untuk kawasan Istana dengan rumah rumah tentera je, tak termasuk tiket Secret Garden.

Istana Cheongdakgung



Singgahsana Maharaja dalam Istana tu








3.40 petang - Dah habis menjelajah kawasan Di-Raja tu, baru la masing masing terasa lapar. So, masa untuk makan Ikan Bakar Dongdaemun. HEHEHEHEHEHE. Lepas kitorang keluar dari palace tu, kitorang jalan balik ke Stesen Jongno 3(Sam)-Ga naik tren then tukar kat Stesen Changmuro ambik Line 4. Dari Line 4, kitorang pergi ke Stesen Dongdaemun untuk ke Dongdaemun Market tu.

4.10 petang - Kitorang berjalan ke arah Dongdaemun Gate, then nampak JW Marriott Hotel. Bangunan Dongdaemun Market tu kat sebelah belakang hotel tu. Dah sampai kat situ, kitorang terus carik kedai Ikan Bakar (berdasarkan map kat tangan yang kitorang dapat dari blog). Bila dah jumpa, apa lagi, shoruuu time.


Set makanan kat kedai Ikan Bakar Dongdaemun tu berharga $WON8,000.00.

Ni la Ahjuma taukeh kedai tu. Suami dia kat sebelah. Dua dua peramah.
5.30 petang - Kedudukan kedai Ikan Bakar tu belakang Dongdaemun Market je. Kitorang yang kekenyangan, slow slow jalan masuk ke Dongdaemun Market tu.  Kebanyakan kedai kat situ jual kain ela, kelengkapan pakaian ngan fabrik. Kebanyakan peniaga meniaga secara borong. So kitorang just tengok tengok je kat dalam tu.
 Lepas tu, kitorang ke seberang jalan, ada satu lagi bangunan market. Dalam tu, kebanyakannya barang makanan dengan fabrik siap pakai. So, kitorang just cuci mata je la jalan jalan, tak beli apa pun.
6.40 petang - Plan kitorang lepas ni nak ke Namdaemun Market sekali lagi. Tapi sebelum tu, si Omar ni nak sangat carik Hello Kitty Café. So kitorang pun pergi ke Stesen Dongdaemun balik ambik Line 1 then kitorang berhenti kat Stesen City Hall. Dari City Hall, kitorang tukar Line 2 pergi ke Stesen Hongik University. Kat situ lah terletaknya Hello Kitty Café.
Bila dah sampai kat area Bandar Hongdae tu, hampir sejam kitorang carik café tu tak jumpa jumpa. Last last bila dah fed-up, aku pun carik orang untuk tanya. Sekali orang tu bagitau, café tu dah tutup sebab renovation. Omar pun kecewa. HAHAHAHAHA. Kesian dia.
 photo hellokittycafeseoulhongdae.jpg
Ni la Hello Kitty Café yang Omar carik, tapi cuma tinggal kenangan je

8.10 malam - Kitorang pun jalan jalan je la kat area Hongdae tu. Kebanyakan kedai kat situ semua jual barang barang stylo macam specs mata, baju, sweater, macam macam lagi la. Tapi harga dia memang mahal. So, macam biasa, just cuci cuci mata je. HEHEHE.

Bandar Hongdae waktu malam
8.30 malam - Kitorang patah balik ke Stesen Hongik University, tapi naik Line AREX terus ke Stesen Seoul. Then kitorang keluar dari Line AREX tu terus ambik Line 4 dari Stesen Seoul ke Stesen Hoeyeon (Namdaemun Market). So kitorang pun terus carik kedai yang boleh kitorang spend untuk shopping.

Antara kedai yang jual souvenir kat Namdaemun Market


Nampak tak Ahjuma kat hujung tu, kat dia la kitorang shopping souvenir. Peramah betul Ahjuma tu, siap tau cakap Bahasa Malaysia, "cannot discount...rugi".

Banyak makanan steamboat ala ala Seoul Garden kat sini. Aku teringin nak makan tapi Omar tak bagi sebab takut tak halal. HUHUHUHU



10.10 malam - Habis je duit kitorang shopping, kitorang terus balik. Perut pun dah lapar, tak sabar nak makan Maggi Asam Laksa yang kitorang bawak dari Malaysia. So, dari Stesen Hoeyeon (Line 4), kitorang cuma kena lalu 2 stesen je nak ke Sookmyung Women's University. Tiba-tiba Omar ada pulak satu idea gila. Kitorang turun kat Stesen Seoul, then jalan kaki je dari situ sampai rumah. Sebab kata dia, dekat je sebenarnya #dekat ke??. So, kitorang pun ikut la idea 'bernas' dia tu.

Bila kitorang keluar dari stesen tu, kitorang kena la pandai pandai carik arah nak ke Jalan Hangang-daero 84-gil tempat guesthouse kitorang tu. Dengan confident-nya kitorang pun jalan la ikut signboard jalanraya. Sekali dah jalan kaki, baru la kitorang tau rupanya jauh jugak. Siap tanya orang kat sana, mintak tunjuk arah nak ke Sookmyung Women's University Station sebab rasa macam dah sesat. HAHAHAHAHAHA. Kelakar gak masa tu.

10.45 malam - Alhamdulillah sampai jugak kitorang kat guesthouse tu. So apa lagi, kitorang cepat cepat salin baju semua, terus 'serang' dapur untuk makan. Maklumlah musim sejuk, cepat lapar. HEHEHEHEHE. Bila dah kenyang, boleh terus tidur. Letih kot seharian berjalan.

So, kitorang akan sambung besok untuk jalan jalan lagi.

 

========================================================================
Link :-

Hari Kelima

Hari Keempat

Hari Kedua 

Hari Pertama

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -