Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, May 10, 2018

MALAYSIA Dapat Perdana Menteri Baru Ke-7

Alhamdulillah, TAHNIAH buat Tun Dr Mahathir Bin Mohamed di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 yang baru.

Sejarah baru telah tercipta kerana buat pertama kalinya Tun Dr Mahathir menaiki tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan sebagai Perdana Menteri sebanyak 2 kali. Sejarah buat politik tanahair juga tercipta setelah menyaksikan buat pertama kalinya selama lebih 60 tahun parti UMNO (BN) jatuh tersungkur & menjadi parti pembangkang di Parlimen Malaysia. Selain itu, Tun Dr Mahathir juga mencipta sejarah dunia setelah menjadi Perdana Menteri Paling Tua di Dunia dengan usia beliau mencecah 93 tahun yang mana rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh Bekas Perdana Menteri India ke-4 Morarji Ranchhodji Desai yang umur 81 tahun ketika menjawat jawatan tersebut pada 1974.

Istiadat perlantikan tersebut telah selamat berlangsung di Istana Negara Malaysia & diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mohamed V.

Namun jika disorot sejenak, terdapat beberapa teori yang sebelum ini sering menjadi bualan & mainan kata-kata namun setelah PRU14 berakhir, telah terbukti teori tersebut kini menjadi kenyataan :-

1) Perdana Menteri Malaysia dibawah UMNO(BN) menggunakan teori R.A.H.M.A.N :-

    R - Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra)
    A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak Husin)
    H - Hussien (Tun Hussien Onn)
    M - Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamed)
    A - Abdullah (Tun Abdullah Badawi)
    N - Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)

    **Dengan jatuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib pada PRU14, maka beliau menjadi penutup kepada teori R.A.H.M.A.N. dibawah pucuk pimpinan UMNO(BN).

2) 10 tahun lepas, bekas Perdana Menteri Ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu masih di dalam Parti UMNO (BN) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menjelang Tahun 2020, UMNO/BN bakal tumbang disebabkan rakyat & pengundi sudah mula muak dengan pentadbiran parti. Kini kata-kata itu menjadi kenyataan.

3) Lebih 10 tahun lepas juga, Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pernah mendoakan agar umur Tun Dr Mahathir dipanjangkan Allah agar dapat melihat saat-saat UMNO/BN itu jatuh. Tanpa disangka-sangka, Allah memakbulkan doa tersebut malah kejatuhan tersebut di atas tangan Tun Dr Mahathir sendiri, dengan sebuah pakatan campuran yang dinamakan Pakatan Harapan.

Apapun, penulis merasa cukup bangga dengan peralihan pucuk pimpinan baru ini, menjadikan pengundi & politik di Malaysia ini semakin matang dan bertambah sihat.

MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Saturday, April 18, 2015

DULU TUN MAHATHIR PUN DI KRITIK, TAPI BELIAU TAK LAYAN

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat
 
Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj disifatkan kerap juga menegur dan mengkritik kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal pentadbirannya khususnya ketika berdepan dengan beberapa isu termasuk krisis Perlembagaan, krisis Raja-Raja dan hakim, namun beliau tidak ambil pusing.
Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama
 
Demikian kata Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek sambil menegaskan, walaupun Dr Mahathir menerima teguran itu namun beliau tidak melayan kritikan tersebut.
Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Bin Sidek
 
Tunku Abdul Rahman biasa tegur Mahathir, dan Mahathir terima sahaja tetapi dia tidak layan walaupun ada orang hendak cabar Mahathir, dia terima saja. Zaman Tunku jadi Perdana Menteri, Mahathir yang tegur walaupun beliau di bawahnya, zaman Tun Razak pun begitu juga, ada orang tegur dia.
 
Setiap perdana menteri, ada saja orang tegur, budaya ini baik dan bagus, walaupun teguran itu mendapat sokongan banyak pihak namun ia tidak sampai hendak menjatuhkan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian mengulas teguran Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini berikutan beberapa persoalan termasuk soal pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta pencapaian buruk BN pada PRU12 dan PRU13 lalu.
 
Mengulas lanjut, Abdul Halim juga mengingatkan Dr Mahathir supaya tidak melanggar batas-batas perundangan dalam membuat teguran terbuka itu kerana ia didakwa telah mengganggu pentadbiran Najib termasuk menjejaskan keharmonian negara.
 
Sekarang zaman Najib, Dr Mahathir tegur lagi, sebab dia ada idea, ini suatu amalan yang sihat, bekas perdana menteri itu memberi pandangan tetapi tidak sepatutnya mengganggu pentadbiran negara yang boleh menjatuhkan ketua pentadbiran sekarang.
 
Sebenarnya apa yang Dr Mahathir buat ini ialah bersalahan dengan Akta Hasutan, perbuatannya itu boleh menimbulkan huru-hara negara, jadi oleh sebab hormatnya pemerintahan sekarang (Najib) terhadap beliau, maka tiada tindakan diambil oleh pihak polis untuk merekodkan kenyataan daripada Dr Mahathir dan penyokong-penyokong beliau,” ujarnya. 
 
Abdul Halim juga berkata, tindakan masih belum diambil susulan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar didakwa masih belum merujuk perkara itu kepada Perdana Menteri sebelum langkah seterusnya diambil.
 
Pada masa sekarang belum lagi (ambil tindakan tegas), kita lihat KPN belum hendak bertindak lagi, kena ingat keutamaan sebagai bekas Perdana Menteri, biasanya KPN akan merujuk kepada Perdana Menteri dahulu sebab dia pengerusi Majlis Keselamatan Negara.
Kalau ia menggugat keselamatan dan ketenteraman negara, maka tindakan boleh diambil,” katanya lagi.
 
 
 
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, April 8, 2015

TUN M BANTAI DATUK SERI NAJIB


Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui semasa beliau menjadi perdana menteri negara pernah kehilangan wang, tetapi rakyat dan dunia tahu puncanya.

Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui, begitu juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya, juga diketahui,” katanya.

Menurutnya, Maminco rugi akibat tindakan London Metal Exchange yang memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam itu kepada pembeli.

Asalnya ia bertujuan menyelamat penjual yang tidak ada timah, dan sebagai pembeli, Malaysia turut mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata, kejatuhan nilai Ringgit juga menjadi salah satu faktor negara mengalami kerugian besar.

Pada tahun 1998, ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis berjaya diselamatkan apabila Ringgit pulih,” katanya menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman blognya www.chedet.com.

Dr Mahathir berkata, setiap satu Ringgit jatuh nilai mata wang, kerajaan rugi berbilion Ringgit.

Hari ini nilai Ringgit jatuh 70 sen.

Kejatuhan 70 sen pun merugikan berbilion Ringgit juga,” katanya.

Beliau berkata, untung dan rugi biasa dalam perniagaan.

Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana,” katanya.

Mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), katanya, tiada sebarang jawapan munasabah diterima berkenaan hutang RM42 bilion.

Kenapa bayar komisyen lebih 10 peratus kepada Goldman Sachs hanya kerana syarikat itu menjual bon atau membuat pinjaman bagi kerajaan?

Kenapa faedah 5.9 peratus dikenakan kerana ia kadar yang tinggi?” katanya.

Dr Mahathir berkata, peranan Jho Low dalam 1MDB juga menjadi persoalan.

Siapa dia yang diberikan kepercayaan mengendali wang 1MDB berbilion-bilion ringgit?” katanya.

Dr Mahathir berkata, Salleh Said Kruak ada membandingkan Jho Low dan kritikannya berhubung penglibatan ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan dalam Petronas.

Saya lihat tiada apa-apa persamaan Jho Low dengan Tun Daim Zainuddin yang dilantik sebagai menteri kewangan,” katanya.

Menurutnya, pembelian bangunan dan pelaburan dalam filem The Wolf of Wall Street oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga menjadi persoalan.

Dari mana datangnya dana ratusan juta ringgit itu,” katanya.

Beliau berkata, isu 1MDB juga tidak mempunyai persamaan dengan syarikat Temasek Singapura.

Temasek tidak kehilangan wang tetapi wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang,” katanya.

Beliau berkata, balapan kuda 100 ekar yang dibeli Ananda Krishnan di Jalan Ampang dan dijual sebahagiannya kepada Petronas sebelum bertindak memajukan bersama-sama juga menjadi persoalan.

Dia sebenarnya boleh membangunkan tanah itu sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Petronas boleh membuat duit dengan projek tersebut.

Akhirnya Ananda Khishnan menjual menara yang dibina pada tanah itu kepada Petronas. Apa masalah dengan projek itu?” katanya.

Menurutnya, 1MDB bukannya lebihan dana milik kerajaan namun syarikat itu diberi pinjaman berbilion ringgit.

Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini 1MDB hanya mempunyai sebidang tanah yang dibeli murah daripada kerajaan.

Ia adalah satu-satunya aset dimiliki syarikat itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sehingga tanah itu dijual, 1MDB tidak menggunakan wang pinjaman RM42 bilion untuk membayarnya walaupun faedah.

Tanah itu telah dinilai semula dan mempunyai harga yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, tujuan beliau mengemukakan beberapa soalan terhadap Najib adalah bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan.

Beliau berkata, salah seorang pembaca portal online bertanyakan kenapa Najib dipilih menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Pada masa itu Najib nampak bersih, namun sekarang timbul syak wasangka di kalangan orang ramai kerana gagal menjawab persoalan,” katanya.


Dr Mahathir berkata, perintah untuk membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Omar dan Cik Inspektor Azilah Hadri juga menjadi persoalan.

Saya hanya tanya siapa yang keluarkan perintah itu,” katanya .

Menurutnya, terdapat beberapa pihak persoalkan kenapa isu ini dibangkitkan selepas lapan tahun.

Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini, iaitu nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh,” katanya.

Beliau berkata, amatlah tidak adil jika pelaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan terhadap mereka.

Sirul dan Azilah adalah anggota polis berpangkat rendah yang hanya menurut perintah,” katanya.

Mengenai komen bahawa tidak adil untuknya meminta Najib meletakkan jawatan kerana beliau dipilih melalui proses demokrasi, Dr Mahathir mengingatkan bahawa Abdullah juga melalui proses pemilihan.

Najib memainkan peranan penting agar Tun Abdullah berundur,” katanya.

Menurutnya, perdana menteri perlu dilihat bersih dan dapat menerangkan serta menjawab persoalan yang dikemukakan agar negara berjaya ditadbir dengan baik.

Najib tidak dapat menjawab dan tidak memberi jawapan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa usaha untuk mengalihkan perhatian daripada soalan yang dikemukakannya dengan menuduhnya menyebelahi pembangkang.

Jika berkata sesuatu serupa dengan pembangkang menjadi pembangkang, maka Najib juga menjadi pembangkang lebih daripada saya kerana dia bersetuju memansuhkan undang-undang pencegahan jenayah ISA dan mengabaikan Dasar Ekonomi Baru
,.

Dr Mahathir berkata, Najib juga mahu memansuhkan Akta Hasutan sebagaimana dituntut pembangkang.

Jika begitu, Najib pembangkanglah?” katanya.

Menurutnya, perbezaan pendapat hanyalah melibatkan dirinya dengan pemimpin, bukan parti.

Saya mengkritik pemimpin semata-mata mahu melihat kemenangan parti.

Parti tidak akan menang sekiranya Najib sebagai pemimpin dan saya masih ahli Umno,” katanya.

Beliau berkata, beliau mempunyai harapan tinggi apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan daripada Abdullah.

Tetapi dia lebih teruk daripada Tun Abdullah kerana mengalami kehilangan kerusi yang banyak di Selangor,” katanya.

Dr Mahathir berkata, populariti Najib semakin menurun berbanding sejak dia mengetuai BN pada 2013.

Lagipun terdapat banyak skandal yang dia ada,” katanya.

Menurutnya, kedudukan BN di Sabah dan Sarawak kini tidak lagi selamat.

Adakah tidak masuk akal sekiranya meramalkan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2018?,” katanya.

Mengenai anak beliau, Dr Mahathir berkata, jika beliau mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang politik, beliau boleh berbuat demikian ketika menjadi perdana menteri.

Sekiranya berjaya, ia adalah usaha mereka sendiri. Jika ada yang tidak suka, mereka tidak akan mendapatkan sokongan ini,” katanya.

Dr Mahathir menyangkal dakwaan bahawa beliau menuduh Najib melakukan jenayah.

Menurutnya, dakwaan tuduhan itu hanya boleh ditentukan sekiranya polis membuat siasatan.

Saya tidak tuduh Najib melakukan apa-apa jenayah,” katanya.




********* sumber SiNAR HARiAN*********

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, February 28, 2015

KOPERAL SIRUL AZHAR UMAR - KAMBING HITAM - KEMATIAN ALTANTUYA SHAARIBU



Mendiang Altantuya Shaaribuu

Kes pembunuhan Altantuya Shaaribu kembali hangat diperbincangkan apabila salah seorang tertuduh yang telah dijatuhi hukuman mati, Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Australia, mengeluarkan kenyataan kepada pihak media untuk membongkar rahsia di sebalik pembunuhan tersebut.

Sirul telah bertindak melarikan diri ke Australia beberapa bulan sebelum Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu memutuskan hukuman mati ke atasnya bersama seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya.

Koperal Sirul Azhar Umar

Dalam pendedahannya dari Australia, Sirul mengaku membunuh model dari Mongolia itu, tetapi menegaskan yang dia melakukannya atas arahan pihak tertentu dan menyifatkan dirinya sebagai kambing hitam. Pendedahan terbaru Sirul ini menarik perhatian yang cukup besar sehingga pihak media bergegas meminta komen dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pernah dikaitkan dengan kes tersebut. Najib yang enggan mengulas lanjut hanya menyifatkan apa yang dikatakan oleh Sirul sebagai 'mengarut'. Jawapan ini terus memanaskan lagi suasana dan telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi terhadap kes berprofil tinggi ini.

Walaupun Malaysia telah dikhabarkan memohon ekstradisi ke atas Sirul, Kerajaan Australia bagaimanapun sehingga kini masih tidak mahu melepaskan pesalah terbabit kerana undang-undang negara kanggaroo tersebut membenarkan orang-orang yang dihukum mati untuk berlindung di negaranya. Di samping misteri bagaimana Sirul boleh bolos ke Australia jika tiada bantuan serta perancangan yang rapi dan teliti, Kerajaan Malaysia dilihat tersepit dengan perjanjian ekstradisi yang ditandatanganinya sendiri.

#Masih Menunggu Update Terbaru Mengenai Sirul di Australia.......






***sumber : My Khilafah ( BIL:SN418 )
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, February 12, 2015

AL-FATIHAH : TUAN GURU DATUK SERI HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, setelah menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di kediamannya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.

Bapa kepada 10 orang anak itu meninggalkan seorang balu, Datin Seri Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.

Anaknya, Nik Mohammad Abduh, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ayahnya meninggal dunia di sisi semua ahli keluarga mereka.

"Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir. Kita akan mengadakan solat jenazah  pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok," katanya kepada media.

Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan untuk ayahanda.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Sementara itu, seramai lebih 2,000 orang mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tersebut.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham.


AL-FATIHAH, SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ALLAHYARHAM TUAN GURU BERSAMA DENGAN MEREKA YANG MMENERIMA RAHMAT-NYA........AMEEEEEEEEEEEEEEN.












**sumber : Berita Harian

Thursday, September 18, 2014

TAHALUL SIYASI MESTI DITELITI SEMULA

TIMBALAN MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA, DATUK HARON DIN

Dewan Ulama Pas diminta meneliti semula tahaluf siyasi atau kerjasama dalam pakatan pembangkang sama ada perlu diteruskan atau tidak.

Ketika membuat gesaan itu Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, langkah tersebut perlu dilakukan memandangkan setiap hari ada sahaja fitnah dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan semua ahli parti berkenaan.

Sambil menyifatkan Pas berhadapan dengan suasana politik yang gawat, Haron berkata, meninggalkan pakatan pembangkang adalah jalan terakhir jika usaha memulihkan keadaan gagal dilakukan.

"Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama dengan syarat dan rukun dipenuhi. Ulama yang sebagai benteng mempertahankan tahaluf, demi kebaikan Islam dan jemaah serta bukan untuk kebaikan individu.
"Kalau syarat tahaluf telah dilanggar, rukun diroboh, ulama mesti merenung balik, kalau perlu diteruskan, teruskan. Kalau syarat dan rukun dirobohkan, ulama mesti memperbaiki dan kalau tak boleh juga, ambillah contoh dalam perkahwinan, maka talak walaupun talak amat dibenci dalam perkahwinan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di Kulaijaya 17hb semalam.
Tegas Haron, ahli Pas yang memperjuangkan reda Allah, sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah," tegasnya sambil meminta semua ahli untuk bersangka baik dan menganggap fitnah yang disebarkan sebagai pembohongan yang nyata.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pemimpin Majlis Syura Ulama tidak mudah melatah apabila diserang melalui internet dan individu yang tidak memahami perjuangan Pas.

"Barisan ulama Pas jangan mudah melatah, tidak menyerang balas kerana perbuatan Itu bukan cara ulama, sebaliknya mereka perlu berlapang dada, bermuhasabah diri dan memberi nasihat yang ikhlas," katanya.
Haron juga kesal kerana bukan sahaja keputusan Majlis Syura Ulama biarpun dibuat sebulat suara diperlekehkan malah beliau dikecam apabila menerima lawatan menteri ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Beliau turut meminta semua ahli Pas supaya patuh dan taat kepada pemimpin selagi mereka tidak disuruh untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

"Inilah punca masalah yang berlaku sekarang apabila ketaatan terhadap pemimpin itu dipertikaikan. Kita faham dalam konteks syura kehidupan berjemaah. Syura bukan ciptaan kita, bukan ciptaan Pas, syura adalah urusan pemerintahan, urusan bermesyuarat," tegasnya.
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, October 20, 2011

BUDAYA KOTOR MENGUTUK DALAM POLITIK!!

Mengulas mengenai tajuk artikel, saya merasa terpanggil untuk membangkit isu ini. Akhir-akhir ini, lambakan video kutuk-mengutuk sesama parti politik di laman sesawang popular semakin menjadi-jadi.

Hal ini tampak remeh malah sesetengahnya mengatakan tidak perlu untuk dijeritkan isu sebegini. Cuma saya agak kesal kerana kemudahan yang disediakan oleh laman media video tersebut telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak tahu menilai sensitiviti agama dan budaya.

Berkata mengenai video kotor berunsurkan kutuk-mengutuk, saya highlighted dua video disini. Video pertama merupakan video rakaman Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib sewaktu sidang Perhimpunan Agong UMNO 2009 yang lalu. Manakala video kedua pula adalah video ceramah perdana yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PKR, YB Saudara Azmin Ali.

Sejujurnya, saya tergelak tatkala menonton video berkenaan oleh kekreatifan si pengepos yang mengedit perbahasan kedua-dua ahli politik tersebut, dengan menjadikan kata-kata yang keluar dari mulut mereka merupakan kata-kata kesat. 

Waima 10 kali pun saya menonton video-video berkenaan, saya pasti akan tersenyum menahan ketawa dengan 'kelancangan' kata-kata kedua-dua pemimpin itu.

Mari kita lihat video yang telah disunting oleh pemuat naik tersebut beserta dialognya :



"YAB DATUK SERI MOHD NAJIB DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009"


"Saudara-saudari, pujangga mengatakan pucuk pimpinan UMNO telah melancarkan perang melalui tragedi 13 Mei 1969. Bukankah kepimpinan UMNO memang ternyata, parti inilah yang dilihat sebagai sebuah parti yang berterusan berada dalam penafian.".
"Pandai!... UMNO juga akan menjadi *BANGAN, pemimpin UMNO kini initis dan ter*BABI dari dakapan rakyat. UMNO adalah parti *BABI! Insaflah..".
"UMNO itu parti yang lahir dari semangat mem*BABI!. Insaflah.. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang *BABI!. Insaflah.. Saudara semua adalah *BABI!. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada dalam barisan hadapan *BABI!.".
"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi *BABI! kepada era kestabilan *BABI! dan seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong *BABI!. Insaflah.. Generasi muda kepimpinan juga mesti menjadi pemuka pada penggunaan teknologi sebagai senjata politik. Barulah kita boleh mengakui sebagai parti yang mewakili bisikan *BABI!.".
"Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih *BABI!. Telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan *BABI! oleh lebih ramai *BABI!. Inilah jalan *BABI! yang dapat membendung masalah *BABI! dan politik *BABI!.".
"Apabila rakyat sudah berpaut dengan *politik wang, barulah UMNO akan kembali menjadi perkasa.".
"Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli UMNO menjiwai kelazatan *politik wang dan *salah guna kuasa. Dalam hal ini, janganlah kerana marahkan nyamuk *wang dibakar.".
"Suka saya menyeru *politik wang dan UMNO tidak dapat dipisahkan. Bagai *BABI! dengan tebing.".
----------------- ----------------- + ----------------- ----------------- 

Video ucapan YAB perdana menteri itu telah ditukar setiap rangkap kata-kata dan diselitkan dengan perkataan yang mencarut, dimana, pada pandangan saya hal ini bakal mencetuskan kekeliruan yang besar dan persepsi buruk oleh rakyat terhadap keperibadian pemimpin tersebut. 

Meskipun ramai sedia maklum bahawa video itu merupakan video *edit dan hanya berniat gurauan, bagaimana dengan mereka yang berfikiran kolot ataupun kurang matang dalam teknologi? Sudah pasti mereka mengganggap ucapan perdana menteri itu adalah benar dan bertujuan menghina. Inilah yang perlu umum tekankan!!.

Mengulas video di atas, yang telah diubahsuai oleh Malaysianews (melihat transisi awal video) dan dimuat naik oleh nafahmi87 pada Mac 29, 2009, saya merasakan bahawa ia merupakan satu tindakan nakal penyokong pembangkang mahu menyakat penyokong UMNO. Hasilnya, beribu-ribu komen dihantar terhadap video berkenaan, sama ada menyokong juga yang membantah dengan kata-kata kesat.

Dua tahun berlalu, sejak video berkenaan dimuat naik pada 2009, kini muncul pula satu video baru yang membangkitkan perkataan yang sama, iaitu *BABI!. Namun, ucapan tersebut datangnya daripada pemimpin pembangkang sendiri, iaitu Timbalan Presiden PKR, YB Saudara Azmin Ali.

Jom kita lihat bagaimana pula ucapan dia ini yang telah diedit :



"YB SAUDARA AZMIN ALI DALAM CERAMAH PERDANA DI SARAWAK"


"Dan yang paling menyentuh perasaan saya ialah *BABI!.".
"Inilah yang ditakuti, Anwar Ibrahim *BABI!. Saya yakin Anwar Ibrahim *BABI!. Betul atau tidak?? (betulllll-sahut penonton)".


"*Kepala Bapak kamu!. Cakap!. Anwar Ibrahim *BABI!. Cakap!. Anwar Ibrahim *BABI!. Setuju atau tidak?? (setujuuu-sahut penonton lagi). Anwar Ibrahim *BABI!.".


"Saya nak bercakap, orang Melayu tak dengar. Anwar Ibrahim *sudah melampau. Cakap!. Anwar Ibrahim *Kepala Bapak kamu!. Anwar Ibrahim *haram jadah!.".


----------------- ----------------- + ----------------- ----------------- 

Video ucapan tersebut pula diubahsuai dan dimuat naik oleh Pemuda UMNO melalui laman ikrarpemuda pada Mei 3, 2011 yang lalu.

Saya tidaklah menyokong tindakan mereka memuat naik video berkenaan, tetapi kewajarannya untuk mereka berbuat demikian harus difikirkan bersama. Mengapa?

Terdapat beberapa komen yang menggeletek hati saya. Komen tersebut, pada pandangan saya, ada betulnya. Berikut merupakan komen dari penonton video tersebut di laman sesawang berkenaan,

"Alahai orang2 pembangkang nie..kitorg orang2 UMNO amik tabiat edit mengedit nie sumer dr korang la..PAKATAN RAKYAT yang ajar org2 Malaysia buat bende2 mcm nie..skrg bile kene idong sndiri..marah plak?? jangan main bangsat la brader..lawan care anak jantan la..jgn ckp media UMNO murah la..fitnah nie..nie sume makanan korang dulu2..takkn tk ingt kot?? skrg nie tiba masa org UMNO plak nk layan..hahahahaha..,payback is a bitch kan? go die la PAKATAN HARAM DAPPASPKR laknat! ".

Fikirkanlah....!...

Pesanan saya, sebagai orang yang pernah memihak kepada kerajaan suatu ketika, kemudiannya berpaling kepada pembangkang kerana inginkan perubahan dari segi pimpinan rasuah, namun hilang kepercayaan kini, dan menjadi bebas, "IKHLASKAN PERJUANGAN DAN PERJALANAN ANDA DALAM KARIER POLITIK. KERANA POLITIK MELIBATKAN NEGARA, NEGARA MELIBATKAN RAKYAT, RAKYAT MELIBATKAN KELUARGA, KELUARGA MELIBATKAN AMANAH, AMANAH DATANGNYA DARI ALLAH, ALLAH ADALAH TUHAN YANG MENCIPTA DAN YANG MAHA BERKUASA, JANGANLAH SAMPAI ALLAH ITU MENURUNKAN BALA PADA KEBODOHAN PEMIMPIN, DAN DISOKONG SECARA MEMBABI-BUTA OLEH RAKYAT, SETERUSNYA MEMBUAT KELUARGA KITA TERSEKSA, DI NEGARA SENDIRI!...".



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, October 3, 2011

HUDUD - ISLAM & POLITIK



Akhir-akhir ini, media banyak menulis mengenai Hudud. Sedangkan ramai masyarakat Islam yang tidak tahu mengenai Hudud itu. Waima, penulis, pencetak mahupun para blogger yang banyak berceloteh mengenai Hudud itu sendiri tidak memahami apakah itu Hudud dan bagaimanakah perlaksanaannya.

Definasi Hudud
Hudud merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab, (juga disebut sebagai hadud, hudood, hadd, حد , pada zahirnya bermaksud "had", atau "sekatan") adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau Syariah. Hudud biasanya merujuk kepada kelas hukuman yang ditetapkan untuk jenayah tertentu yang dianggap sebagai "Tuntutan Allah." Antaranya termasuk kecurian, zina, minum arak, dan murtad.

Kategori Hukuman Di Dalam Islam Dan Definasi Ringkas
1- Qisas - Bermakna tindak balas dan hukuman mengikut prinsip Al-Qur'an, "Nyawa Dibayar Nyawa".
2- Diyyat - Pampasan yang dibayar kepada waris mangsa (biasanya pembunuhan). Dalam Bahasa Arab, perkataan ini membawa makna wang darah (gantirugi dengan darah) dan penebusan diri.
3- Ta'zir - Hukuman, biasanya sebat, yang dijalankan mengikut budi bicara hakim Syar'ie
4- Hudud - Hukuman yang tetap.


Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Hukuman Hudud
- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.


Hukuman Menurut Hukum Hudud
Hukuman yang digariskan oleh Allah berbeza-beza mengikut kepada kesalahan yang dilakukan. Umat Islam umumnya menerima hukuman yang tegas berbanding orang bukan Islam, orang yang bebas menerima hukuman yang tegas berbanding hamba, dan dalam kes zina, orang yang sudah berkahwin menerima hukuman yang tegas berbanding orang yang belum berkahwin.

Secara ringkasnya, hukuman termasuklah:

Hukuman Mati - Menggunakan pedang bagi rompakan dengan membunuh, rejam bagi penzina jika pesalah sudah baligh dan beragama Islam, yang sudah berkahwin.

Pemotongan Tangan atau Kaki - Untuk kecurian dan rompakan tanpa membunuh.


Sebat dengan beberapa sebatan - Untuk minum 'arak, zina jikamana pesalah belum berkahwin atau bukan beragama Islam, dan tuduhan-tuduhan palsu zina.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Demikian penerangan mengenai hukuman Hudud, yang dicanang oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semenjak kesekian tahun dahulu, juga baru-baru ini, yang mana telah membawa satu arus perubahan di dalam modal politik di Malaysia.

Yang Berhormat Saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS
Setelah menghangatkan angin-angin media massa dengan isu Mat Indera & Pejuang Bukit Kepong baru-baru ini, Mat Sabu sekali lagi menimbulkan rasa tidak senang duduk dikalangan pemimpin-pemimpin politik kerajaan UMNO, MCA dan MIC, juga dua saing-nya dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.

Beliau menegaskan bahawa seandainya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya sekaligus menaiki takhta kerajaan Malaysia, hukum Hudud bakal dilaksanakan serta-merta bagi menggantikan akta jenayah sedia-ada dalam Perlembagaan Malaysia didalam usaha mereka menangani jenayah.

Kata-kata beliau dibantah dan ditentang sekeras-kerasnya oleh sekutu beliau, Yang Berhormat (YB) Karpal Singh yang menempelak YB Mat Sabu kerana menimbulkan isu Hudud yang ditolak mentah oleh DAP sejak sekian lamanya.

Tetapi cakap-cakap di dalam UMNO lain pula bunyinya. Ada di antara pemimpin UMNO yang mengutuk YB Mat Sabu kerana dikatakan cuba untuk mengalihkan perhatian terhadap isu Komunis yang membelenggu dirinya sekaligus menolak hukuman Hudud dijalankan di Malaysia. Manakala wujud satu kelompok lagi yang berpendirian atas pagar, dimana mereka ini mempunyai hasrat untuk menyokong pendekatan Hudud tersebut oleh PAS tetapi ragu-ragu dan bimbang oleh sokongan sekutu-sekutu mereka di dalam Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada pemimpin bukan Islam, yang secara tidak langsung berpendirian sama dengan DAP menolak Hudud. 

Bagaimana pula dengan PKR? Dari presidennya, sehingga ke penasihatnya, mereka mengambil pendirian dengan berdiam diri tanpa mengulas lanjut mengenai kenyataan Hudud tersebut kerana PKR jelas berada di ambang genting sama seperti UMNO, mereka serba tak keruan untuk memilih DAP ataupun PAS. Jalan terbaik, dengan mengatakan Hudud bukan dari 'mulut' PKR, sebaliknya merupakan impian PAS, maka biarlah PAS yang menyelesaikan isu tersebut.

Akhirnya, pihak UMNO juga yang dipersalahkan kerana dituduh menyebarkan berita-berita fitnah dan cuba untuk melaga-lagakan PAS-PKR-DAP yang tampak berantakan kebelakangan ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi Dragonizer, isu Hudud ini tidak patut dipolitikkan oleh semua pihak. Ini kerana jelas sudah tertulis dan terbukti bahawa hukuman Hudud tersebut merupakan hukuman yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan kesalahan. Aman dan harmoninya sesebuah negara itu adalah yang menjalankan pemerintahan berlandaskan Syari'at Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed
Semalam, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa hukuman Hudud sememangnya boleh dijalankan di Malaysia, malangnya terdapat kekangan dari segi keadilan didalam menjalankan hukuman tersebut. Beliau memberi contoh, "terdapat dua pencuri, yang terdiri daripada seorang Islam dan bukan Islam. Si pencuri Islam itu sudah pasti dipotong tangan jika didapati bersalah, tetapi si pencuri bukan Islam itu hanya dikenakan sebatan. Adakah adil bagi si pencuri Islam kerana jenayah tersebut dilakukan bersama-sama si pencuri bukan Islam". 

Nilaikanlah sebernas mungkin mengenai isu Hudud ini jika mahu dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana Dragonizer bukanlah seorang pemikir mahupun cerdik-pandai didalam hukum-hakam agama Islam. Tetapi sebagai seorang Islam, Dragonizer menjunjung Al-Qur'an dan menyokong undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah buat hamba-Nya, kerana 'Allah Maha Mengetahui'.


Mursyidul Am PAS, Yang Berbahagia Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bercakap kepada pemberita semalam, Tuan Guru menegaskan bahawa pintu perdamaian diantara PAS-UMNO tidak pernah tertutup rapat malah tidak akan ditutup untuk selamanya. Menurut beliau, PAS sememangnya boleh berdamai dengan UMNO seandainya pemimpin-pemimpin UMNO berubah kepada Islamik daripada Nasionalis, sekaligus mencorakkan pemerintahan negara dengan penuh Islamik. 


"Wallahu A'alam"
++
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, August 12, 2011

GEMPAR!! PRESIDEN MESIR HOSNI MUBARAK SEBENARNYA SUDAH MATI SEJAK 2004..?

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak

Baru-baru ini, akhbar tempatan melaporkan dalam sebuah artikel mengenai riwayat bekas Presiden Mesir tersebut telah pun berakhir. Beliau telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri pada Februari lepas dan secara rasminya melepaskan jawatan presiden berkenaan yang telah dipegang olehnya selama 29 tahun pada 11 Februari yang lalu.

Agak mengejutkan kerana artikel tersebut menulis bahawa diktator berkenaan sebenarnya telah meninggal dunia semenjak tahun 2004 lagi namun dirahsiakan.!!. Kenyataan tersebut memang membingungkan saya apatah selama beberapa tahun kebelakangan ini, beliau dilihat secara fizikal malah gambar dan rakaman video yang menunjukkan wajah dan pergerakan presiden itu ketika revolusi rakyat Mesir hangat berlangsung di Tahrir Februari lepas masih segar dalam ingatan.

Sebelum khabar angin itu bertiup kencang baru-baru ini, pemimpin tersebut sekali lagi muncul di khalayak umum.. Tapi, saya seakan tidak percaya tatkala menonton buletin yang memaparkan pemimpin tersebut dalam keadaan lemah, terlantar di atas katil hospital dan berada di dalam kurungan besi ketika perbicaraan kes salah guna kuasa dan rasuah sewaktu memerintah Mesir dahulu. Ini kerana beliau amat terkenal dengan imej yang segak dan gagah, malah turut digeruni masyarakat seluruh dunia sebagai presiden kuku besi.

Seorang peguam, Hamed Seddik, merupakan individu yang bertanggungjawab menimbulkan isu kematian Hosni kepada umum. Bermula pada tahun 2004, Hamed telah mengesyaki sesuatu yang pelik mengenai pemimpin tanah airnya itu. Dakwanya, Hosni telah meninggal dunia di Jerman pada 16hb Jun 2004 semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan barah pada telinganya. Sejak dari itu, Hamed gigih memfailkan tuntutan mahkamah sehingga lebih 200 kali tuntutan bagi membuktikan teorinya adalah benar.

Hamed sekali lagi mencetuskan kontroversi semasa perbicaraan Hosni 3hb Ogos lalu sewaktu ucapan pembukaan, dengan bersungguh-sungguh meyakinkan hakim, Ahmed Fahmi Refaat bahawa lelaki di didalam kurungan itu bukanlah Hosni seperti diyakini umum tetapi orang lain yang menyamar sebagai Hosni. Dia juga menyatakan bahawa wujud konspirasi antara ISRAEL Laknatullah dengan United State dalam menyembunyikan kematian Hosni malah menggantikan ""presiden"" dengan lelaki lain yang serupa dengan iras wajah Hosni itu.

Hamed juga menuntut mahkamah agar membenarkan dia untuk mendapatkan sampel DNA ''si presiden'' dan kedua-dua anak lelakinya bagi mendapatkan bukti dari kenyataannya itu dan merungkai taktik dan strategi jahat rejim ISRAEL dan Amerika yang juga bersekongkol dengan isteri Hosni, Suzanne Mubarak dan dua anak lelakinya, Alaa Mubarak dan Gamal Mubarak..

Suzanne Mubarak - Isteri Hosni Mubarak
Alaa Mubarak - Anak Sulung Hosni Mubarak

Gamal Mubarak - Anak Kedua Hosni Mubarak


Menurut Hamed, konspirasi tersebut dicadangkan oleh sekutu laknatullah itu iaitu Israel dan United State dan turut dipersetujui oleh mereka bertiga agar mereka terus berkuasa di bumi Mesir.

Mari kita kaji fakta dibawah:-

1- Hosni Mubarak Meninggal Dunia Jun 2004.
2- Lelaki lain mirip Hosni menjadi pengganti dan berlakon sebagai Hosni sejurus sebelum Pilihan Raya Umum 2005.
3- Walaupun "Hosni" wujud dimata umum, hakikatnya ketiga-tiga beranak Mubarak itu yang memerintah Mesir.
4- Ogos lalu, 'Hosni' dikejarkan ke Jerman untuk mendapatkan rawatan merupakan sandiwara kerana menurut Hamed, Canselor Jerman (Angela Merkel) yang umum tahu rapat dengan diktator itu langsung tidak menjenguk beliau disebabkan Merkel tahu Hosni itu merupakan 'Hosni' palsu.


Jika difikirkan, mungkin ada fakta yang boleh menyokong dakwaan Hamed Seddik itu kerana walaupun hal ini sangat pelik, tetapi ianya tidak mustahil..

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, July 18, 2011

AL-FaTihah buaT Dr. Lo' Lo'

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Binti Datuk Haji Mohd Ghazali



Semalam, tanggal 17 Julai 2011 tepat pada jam 10.15 PM, perginya seorang srikandi Islam yang masyhur dalam bidang politik Malaysia buat selamanya.

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Binti Datuk Haji Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang ketika menjalani rawatan barah payudara tahap serius yang telah dihidapi sejak lebih 2 tahun lalu.

Beliau merupakan Ahli Parlimen dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan Titiwangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu.

Sedikit info mengenai Allahyarhamah, ketika hayatnya Allahyarhamah merupakan seorang doktor dan bertugas di Pusat Perubatan KOHILAL di ibunegara sebagai Pengarah Eksekutif sejak 1994. Allahyarhamah mula menceburkan diri dalam politik sebagai ahli Dewan Muslimat PAS, sebelum bertanding di Bukit Gantang pada PRU 2004 namun kalah pada calon Barisan Nasional (BN). Allahyarhamah yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 02 Ogos 1957 meninggalkan seorang suami ; Prof. Madya Dr. Aminuddin Bin Abdul Hamid Karim, empat orang cahaya mata dan seorang cucu.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Al-Fatihah....






""EpOoL De DrAgONiZeR""