Showing posts with label article. Show all posts
Showing posts with label article. Show all posts

Thursday, May 10, 2018

MALAYSIA Dapat Perdana Menteri Baru Ke-7

Alhamdulillah, TAHNIAH buat Tun Dr Mahathir Bin Mohamed di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 yang baru.

Sejarah baru telah tercipta kerana buat pertama kalinya Tun Dr Mahathir menaiki tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan sebagai Perdana Menteri sebanyak 2 kali. Sejarah buat politik tanahair juga tercipta setelah menyaksikan buat pertama kalinya selama lebih 60 tahun parti UMNO (BN) jatuh tersungkur & menjadi parti pembangkang di Parlimen Malaysia. Selain itu, Tun Dr Mahathir juga mencipta sejarah dunia setelah menjadi Perdana Menteri Paling Tua di Dunia dengan usia beliau mencecah 93 tahun yang mana rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh Bekas Perdana Menteri India ke-4 Morarji Ranchhodji Desai yang umur 81 tahun ketika menjawat jawatan tersebut pada 1974.

Istiadat perlantikan tersebut telah selamat berlangsung di Istana Negara Malaysia & diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mohamed V.

Namun jika disorot sejenak, terdapat beberapa teori yang sebelum ini sering menjadi bualan & mainan kata-kata namun setelah PRU14 berakhir, telah terbukti teori tersebut kini menjadi kenyataan :-

1) Perdana Menteri Malaysia dibawah UMNO(BN) menggunakan teori R.A.H.M.A.N :-

    R - Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra)
    A - Abdul Razak (Tun Abdul Razak Husin)
    H - Hussien (Tun Hussien Onn)
    M - Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamed)
    A - Abdullah (Tun Abdullah Badawi)
    N - Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)

    **Dengan jatuhnya kepimpinan Datuk Seri Najib pada PRU14, maka beliau menjadi penutup kepada teori R.A.H.M.A.N. dibawah pucuk pimpinan UMNO(BN).

2) 10 tahun lepas, bekas Perdana Menteri Ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu masih di dalam Parti UMNO (BN) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menjelang Tahun 2020, UMNO/BN bakal tumbang disebabkan rakyat & pengundi sudah mula muak dengan pentadbiran parti. Kini kata-kata itu menjadi kenyataan.

3) Lebih 10 tahun lepas juga, Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pernah mendoakan agar umur Tun Dr Mahathir dipanjangkan Allah agar dapat melihat saat-saat UMNO/BN itu jatuh. Tanpa disangka-sangka, Allah memakbulkan doa tersebut malah kejatuhan tersebut di atas tangan Tun Dr Mahathir sendiri, dengan sebuah pakatan campuran yang dinamakan Pakatan Harapan.

Apapun, penulis merasa cukup bangga dengan peralihan pucuk pimpinan baru ini, menjadikan pengundi & politik di Malaysia ini semakin matang dan bertambah sihat.

MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEH!!!

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Thursday, August 11, 2016

Pak Piee Meninggal Dunia

BALIK PULAU - Pelakon dan pelawak komedi, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Piee meninggal dunia di kediaman anak perempuannya di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Berita mengenai kematian beliau disahkan oleh rakan karibnya, Omar M Hashim atau Omara kepada media sebentar tadi.

Omara berkata, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.

"Anak Allahyarham beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya kepada media.

Friday, April 8, 2016

AL-FATIHAH | MR. OS MENINGGAL DUNIA



PELAWAK veteran terkenal, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, atau lebih dikenali sebagai Mr Os meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Gombak bagi menjalani urusan pengebumian.

“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah,” tulisnya.
Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.

"Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

"Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.
"Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi," katanya.

Arwah Os ketika dirawat di Hospital Selayang.

Sebelum ini, pelawak veteran tersebut pernah dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan dibenarkan pulang selepas itu.









******* Sumber :- Sinar Harian Online (08-04-2016)

Sunday, January 31, 2016

LRT 3 : BANDAR UTAMA - KLANG




Pada 2013, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan sebuah projek mega bagi membina satu laluan Tren Rel Ringan (LRT) dari Bandar Utama hingga ke Johan Setia (Klang). Kini, projek tersebut telah pun diluluskan dalam Bajet 2016.

Pembinaan laluan tersebut dijangka bermula pada suku pertama tahun 2016 dengan  jangkaan tarikh siap pada suku pertama tahun 2020. Laluan tersebut dijadual memulakan operasi pada 31 Ogos 2020, akan menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia, Klang.







Gambar Rajah Perjalanan LRT 3 Dari Bandar Utama Ke Klang








Gambar Rajah Petunjuk Laluan Pengangkutan Rel di Lembah Klang

Sebanyak 25 stesen dirancang, dengan cadangan sub-jarak 2 kilometer setiap stesen. Terdapat 1 stesen bawah tanah di laluan ini, dengan 24 yang lain adalah stesen bertingkat, dan daripada jumlah itu, 10 stesen dijangka mempunyai kemudahan Park-And-Ride (Sistem Parkir Bertingkat).

Laluan LRT3 akan menampilkan beberapa Stesen Bersepadu Integrasi berbayar yang bersambung dengan beberapa laluan integrasi yang lain. Stesen pertukaran integrasi yang dirancang adalah Stesen Bandar Utama - MRT SBK Bandar Utama (250 meter jarak), Stesen Glenmarie - LRT KJ Glenmarie (100 meter jarak), Stesen Klang - KTM Klang (450 meter jarak) dan dua stesen (SIRIM dan Stadium Shah Alam) di laluan BRT KL-Klang (Dalam Pembinaan).




S01Bandar Utama
S02Damansara Utama 9 
S03Tropicana Car parking
S04Lien Hoe
S05Dataran Prima Car parking
Lembah Subang
Ara Damansara
S06Persada PLUS
S07Glenmarie Car parking
 5 
S08Temasya Glenmarie
S09HICOM-Glenmarie
S10Stadium Shah Alam Car parking
S11Persiaran Hisamuddin
S12Section 14
S13SIRIM Aiga bus on red circle.svg
S14UiTM
S15i-City Car parking
S16Bukit Raja
S17Kawasan 17 Car parking
S18Jalan Meru
S19Klang Car parking Aiga bus on red circle.svg 2 
S20Taman Selatan
S21Sri Andalas Car parking
S22TESCO Bukit Tinggi
S23AEON Bukit Tinggi Car parking
S24Bandar Botanik
Johan Setia Depot
S25Johan SetiaCar parking



Laluan LRT3 dijangka menjadi pengangkutan pilihan bagi kira-kira dua juta penduduk di Lembah Klang, membawa kira-kira 70,000 penumpang setiap hari dengan masa perjalanan awal-ke-akhir selama 51 minit. Ujian larian pertama akan bermula selepas projek itu selesai pada suku tahun pertama  tahun 2020. 

LRT 3 menghubungkan 2 pusat membeli belah, iaitu TESCO Bukit Tinggi dan AEON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

LRT 3 akan dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk Kawalan Komunikasi Berasaskan Keretapi (CBTC), Kawalan Keretapi Automatik (ATC), Sistem Paparan Maklumat Penumpang (PID), Sistem Perlindungan Kebakaran dan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV).

LRT3 akan mempunyai kelajuan operasi maksimum 70 km/j (17% lebih cepat daripada Laluan Kelana Jaya) dengan kapasiti membawa 12,240 penumpang sejam sehala.