Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

GURAU - SURPRISE HARI JADI



Saleem baru berkahwin dan tinggal bersama isterinya, Sari Ayu. Saleem ada satu tabiat suka makan telur rebus. Tak tahu lah kenapa, mungkin sedap agaknya. Tapi sejak mereka kahwin, tabiat Saleem tu dah berkurang sikit sebab Sari Ayu selalu masak sedap. Tapi bila dah lama tu, Saleem tiba-tiba teringin pulak nak pekena telur rebus. 

So, ceritanya bulan lepas balik dari kerja, kereta Saleem rosak. Saleem call bini dia dan bagitau dia balik lambat sikit sebab terpaksa berjalan balik. Disebabkan lapar sangat, masa tengah berjalan tu, Saleem singgah kedai makan. Di order-nya telur rebus. Apa lagi, Saleem pun mencekik la nasi dengan telur rebus. Lepas dah habis makan nasi tu, di order-nya lagi buat ratah pulak. Sebelum balik, Saleem mintak bungkus pulak, buat makan sambil berjalan balik. Saleem kekenyangan yang amat, al-maklumlah balas dendam sebab lama tak makan telur rebus. 

Sampai rumah Saleem bukak je pintu, bini dia cakap, "Abang, ada 'surprise'........." sambil sengih-sengih dia tutup mata Saleem dan ikat dengan kain hitam, kemudian pimpin Saleem ke meja makan. Saleem pun duduk. Sari Ayu siap pesan jangan try nak bukak ikatan. Masa tu Saleem rasa nak ke toilet sebab perut dia dah start buat hal, tapi malas nak spoil-kan 'surprise' bini dia. Makanya Saleem pun tahan je la dulu.. 


Tiba-tiba handphone Sari Ayu berbunyi, dia angkat dan pergi jauh dari meja. Saleem agak, mesti sampai ke dapur bini dia pergi. Peluang tu Saleem ambil, terus kentut sebab dari tadi lagi dia tahan. Baunya boleh tahan pekung la, sebab makan banyak telur rebus kan.. Dah sekali, tiba-tiba lagi sekali Saleem sembur, siap angkat sebelah punggung lagi dia lepaskan satu das! PRUTTTTTTTTT! Bau memang tak ingat, Saleem sendiri pun tak tahan. 

"Lama pulak bini aku ni, aku tak sabar nak tau apa surprise dia...", rungut Saleem dalam hati. Tiba-tiba Saleem rasa nak kentut lagi, terus dia bangun, tonggeng dan PROTTTTTTTTT!!.. "Fuhh lega, bau macam bangkai.....!!!", Saleem ketawa. Dekat 2-3 minit baru bau tu hilang. Lepas tu bini dia pun datang. Mintak maaf Abang sebab lambat", kata Sari Ayu. 

Tiba-tiba Sari Ayu jerit "SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABANG!!" Saleem lupa hari ini birthday dia. Isteri Saleem suruh Saleem buka kain penutup mata, Saleem pun buka. Mulut Saleem terus terlopong.. ALAMAK!!! Saleem tengok merah padam muka bapa & mak mertua dia, adik-adik ipar dia yang duduk keliling meja makan. Bos dengan jiran sebelah rumah dia pun ada????! Saleem nak cover malu punya pasal, Saleem pun buat buat la tanya bapa mertua dia, "dah lama ke bapak sampai?". Selamba je bapa mertua dia jawab, "dah lama dah........sebelum kentut pertama lagi!!".
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Tuesday, February 24, 2015

MH370 DI ANTARTIKA ????????????


Heading south: Satellite data from Flight MH370 showed that the plane made several turns after the last radio call, before finally heading towards Antarctica
MALAYSIA AIRLINES SYSTEM (MAS)

DOA BUAT MH370

Penerbangan MH370 mungkin telah sengaja diterbangkan secara khusus oleh seseorang dari dalam kokpit.

Pakar bencana penerbangan telah menganalisis data dari satelit penerbangan Malaysia Airlines yang hilang itu, mereka mendapati bahawa pesawat itu terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan.

Pemeriksaan teliti terhadap bukti yang wujud telah mendedahkan bahawa MH370 membuat tiga kali pusingan (air turns back) selepas panggilan radio yang terakhir; yakni pertama pusingan ke kiri, kemudian dua lagi, membawa pesawat ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika.

Menuju ke selatan: Data daripada satelit Penerbangan MH370 menunjukkan bahawa pesawat itu membuat beberapa pusingan selekoh selepas panggilan radio yang terakhir, sebelum akhirnya menuju ke Antartika.

Menurut Malcolm Brenner, pakar terkemuka dunia dalam punca-punca bencana penerbangan, 'mencadangkan' seseorang dari dalam kokpit telah dengan sengaja menerbangkan MH370 keluar dari laluan asal.

'Kemalangan ini telah menarik perhatian dunia, dengan cara yang saya sendiri tidak pernah lihat dalam kerjaya saya selama empat puluh tahun dalam penerbangan,' kata Encik Brenner.

Temubual tersebut dibuat dalam dokumentari baru National Geographic yang akan ditayangkan 8 Mac 2015 di mana Encik Brenner dan satu pasukan pakar cuba untuk menyelesaikan misteri MH370.

Ini berikutan keyakinan penyelaras carian Australia bahawa pesawat tersebut akan ditemui dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menjejaki: Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan
berkata beliau pasti pasukannya akan merungkai misteri dan menjumpai bangkai itu suatu hari nanti.

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines yang ditetapkan untuk diselesaikan pada akhir Mei ini, menurut Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata beliau berharap pasukannya akan menjumpai bangkai pesawat itu suatu hari nanti, lapor News.com.au.


Tetapi Agensi Bersama Pusat Koordinasi masih mengunci ketat mulut mereka mengenai isu itu, dengan mengatakan pihak China, Kerajaan Malaysia dan Australia akan menilai apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Penerbangan MH370 telah hilang pada 8 Mac 2014 sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal.

Tiada kesan pesawat dijumpai sejak itu tetapi Encik Dolan percaya pasukannya telah hampir menemui bangkai pesawat itu.

'Saya tidak bangun setiap hari dan berfikir "inilah harinya". Tetapi saya bangun setiap hari dengan harapan "ia akan jadi harinya", dan mengharap di antara hari ini sehingga Mei akan muncul harinya,' kata Pesuruhjaya Encik Dolan kepada 
News Corp.

'Kedua-duanya menghairankan, dari sudut pandangan kita dimana belum pernah terjadi sebelum ini - bukan sahaja misteri, tetapi juga pada skala yang kita lakukan untuk mencari pesawat'.

'Seperti yang kita dedahkan, kita tidak mempunyai kepastian malah hanya keyakinan bahawa kita akan mencari pesawat yang hilang itu'.

Pencarian MH370 setakat ini seperti sia-sia, dengan lokasi kemalangan pada mulanya dianggap di Laut China Selatan atau Teluk Thailand.

Accident: Relatives of passengers of Malaysia Airlines flight MH370 held placards during a protest demanding to know why the Malaysian government had announced recently that the fate of MH370 was an accident
Kemalangan: Saudara-mara penumpang penerbangan Malaysia Airlines MH370 memegang sepanduk semasa protes yang menuntut penjelasan mengapa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan baru-baru ini bahawa nasib MH370 adalah sebuah kemalangan.

Usaha pencarian kemudiannya diarahkan ke bahagian Selatan Lautan Hindi.

Permulaan yang lewat ini bermakna apa-apa kesan bangkai pesawat yang berada di permukaan dasar laut akan tenggelam dan berkemungkinan beberapa serpihan akan muncul di pantai Sumatera Barat di Indonesia.

Setakat ini, mereka telah gagal mengesan mana-mana bahagian pesawat tetapi pakar cuba untuk meramal corak terapung untuk mencari tapak bangkai dengan mempertimbangkan 'bagaimana pesawat itu telah berlanggar di atas air'.

Agensi Bersama Pusat Koordinasi diketuai oleh Australia yang sedang menjalankan penggeledahan itu mengatakan bahawa setakat ini operasi bawah air telah berjalan dengan rapi sejauh 22,000 kilometer persegi dasar laut, menyamai sekitar 36 peratus daripada kawasan carian utama.

Dianggarkan bahawa jika tiada sebarang penangguhan dari kapal bantuan, peralatan atau cuaca, pencarian bawah air akan selesai beberapa waktu pada bulan Mei ini.

Kapal bekalan 'Go Phoenix' kekal di kawasan itu, 2,500km arah barat selatan Perth, Australia Barat, tetapi tiga kapal lain yang terlibat dalam carian di bawah air digantung operasi sementara minggu ini untuk kembali ke pelabuhan di Australia untuk lawatan berjadual.

Walaupun berbulan mencari di kawasan itu, tidak ada sebarang serpihan ditemukan di permukaan ataupun apa-apa petunjuk bahawa pesawat itu berada di dasar laut di rantau tersebut setakat ini.



Tajuk :MALAYSIAN 370: WHAT HAPPENED? Waktu Premier Ahad 8 Mac pada jam 8 malam, National Geographic Channel.






*** Sumber : Daily Mail United Kingdom
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, October 31, 2011

HERO MALAYA 70-an - DULU & KINI


Bercakap tentang "dulu dan kini", sudah pasti ramai yang mengaitkan ia sebagai suatu perbandingan antara zaman.

ZAMAN RETRO DISKO YANG MELANDA MUZIK MALAYSIA 70-AN 

Jika kita imbas kembali, setelah jatuhnya zaman muzik Pop Yeh Yeh dan A Go Go pada akhir 60-an, negara dilanda dengan satu fenomena budaya muzik yang digelarkan Retro Disko.

Zaman Retro Disko mula melanda negara pada awal 1971, mempengaruhi keseluruhan budaya termasuk pakaian, penampilan termasuk genre muzik tanah air dan menjadi kegilaan anak muda di zaman berkenaan.

Justeru, timbullah pelakon-pelakon dan penyanyi baru yang menjadi pujaan dan kegilaan peminat, dan menenggelamkan populariti artis-artis Pop Yeh Yeh & A Go Go.


John Travolta antara pencetus fenomena Retro Disko


Mari kita lihat mereka yang pernah menjadi pujaan ramai suatu ketika dahulu, dalam kategori :
+
+
+
+
+
+
+
+
+
HERO ZAMAN 70-AN

Thursday, October 20, 2011

BUDAYA KOTOR MENGUTUK DALAM POLITIK!!

Mengulas mengenai tajuk artikel, saya merasa terpanggil untuk membangkit isu ini. Akhir-akhir ini, lambakan video kutuk-mengutuk sesama parti politik di laman sesawang popular semakin menjadi-jadi.

Hal ini tampak remeh malah sesetengahnya mengatakan tidak perlu untuk dijeritkan isu sebegini. Cuma saya agak kesal kerana kemudahan yang disediakan oleh laman media video tersebut telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak tahu menilai sensitiviti agama dan budaya.

Berkata mengenai video kotor berunsurkan kutuk-mengutuk, saya highlighted dua video disini. Video pertama merupakan video rakaman Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib sewaktu sidang Perhimpunan Agong UMNO 2009 yang lalu. Manakala video kedua pula adalah video ceramah perdana yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PKR, YB Saudara Azmin Ali.

Sejujurnya, saya tergelak tatkala menonton video berkenaan oleh kekreatifan si pengepos yang mengedit perbahasan kedua-dua ahli politik tersebut, dengan menjadikan kata-kata yang keluar dari mulut mereka merupakan kata-kata kesat. 

Waima 10 kali pun saya menonton video-video berkenaan, saya pasti akan tersenyum menahan ketawa dengan 'kelancangan' kata-kata kedua-dua pemimpin itu.

Mari kita lihat video yang telah disunting oleh pemuat naik tersebut beserta dialognya :



"YAB DATUK SERI MOHD NAJIB DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009"


"Saudara-saudari, pujangga mengatakan pucuk pimpinan UMNO telah melancarkan perang melalui tragedi 13 Mei 1969. Bukankah kepimpinan UMNO memang ternyata, parti inilah yang dilihat sebagai sebuah parti yang berterusan berada dalam penafian.".
"Pandai!... UMNO juga akan menjadi *BANGAN, pemimpin UMNO kini initis dan ter*BABI dari dakapan rakyat. UMNO adalah parti *BABI! Insaflah..".
"UMNO itu parti yang lahir dari semangat mem*BABI!. Insaflah.. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang *BABI!. Insaflah.. Saudara semua adalah *BABI!. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada dalam barisan hadapan *BABI!.".
"Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi *BABI! kepada era kestabilan *BABI! dan seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong *BABI!. Insaflah.. Generasi muda kepimpinan juga mesti menjadi pemuka pada penggunaan teknologi sebagai senjata politik. Barulah kita boleh mengakui sebagai parti yang mewakili bisikan *BABI!.".
"Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih *BABI!. Telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan *BABI! oleh lebih ramai *BABI!. Inilah jalan *BABI! yang dapat membendung masalah *BABI! dan politik *BABI!.".
"Apabila rakyat sudah berpaut dengan *politik wang, barulah UMNO akan kembali menjadi perkasa.".
"Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli UMNO menjiwai kelazatan *politik wang dan *salah guna kuasa. Dalam hal ini, janganlah kerana marahkan nyamuk *wang dibakar.".
"Suka saya menyeru *politik wang dan UMNO tidak dapat dipisahkan. Bagai *BABI! dengan tebing.".
----------------- ----------------- + ----------------- ----------------- 

Video ucapan YAB perdana menteri itu telah ditukar setiap rangkap kata-kata dan diselitkan dengan perkataan yang mencarut, dimana, pada pandangan saya hal ini bakal mencetuskan kekeliruan yang besar dan persepsi buruk oleh rakyat terhadap keperibadian pemimpin tersebut. 

Meskipun ramai sedia maklum bahawa video itu merupakan video *edit dan hanya berniat gurauan, bagaimana dengan mereka yang berfikiran kolot ataupun kurang matang dalam teknologi? Sudah pasti mereka mengganggap ucapan perdana menteri itu adalah benar dan bertujuan menghina. Inilah yang perlu umum tekankan!!.

Mengulas video di atas, yang telah diubahsuai oleh Malaysianews (melihat transisi awal video) dan dimuat naik oleh nafahmi87 pada Mac 29, 2009, saya merasakan bahawa ia merupakan satu tindakan nakal penyokong pembangkang mahu menyakat penyokong UMNO. Hasilnya, beribu-ribu komen dihantar terhadap video berkenaan, sama ada menyokong juga yang membantah dengan kata-kata kesat.

Dua tahun berlalu, sejak video berkenaan dimuat naik pada 2009, kini muncul pula satu video baru yang membangkitkan perkataan yang sama, iaitu *BABI!. Namun, ucapan tersebut datangnya daripada pemimpin pembangkang sendiri, iaitu Timbalan Presiden PKR, YB Saudara Azmin Ali.

Jom kita lihat bagaimana pula ucapan dia ini yang telah diedit :



"YB SAUDARA AZMIN ALI DALAM CERAMAH PERDANA DI SARAWAK"


"Dan yang paling menyentuh perasaan saya ialah *BABI!.".
"Inilah yang ditakuti, Anwar Ibrahim *BABI!. Saya yakin Anwar Ibrahim *BABI!. Betul atau tidak?? (betulllll-sahut penonton)".


"*Kepala Bapak kamu!. Cakap!. Anwar Ibrahim *BABI!. Cakap!. Anwar Ibrahim *BABI!. Setuju atau tidak?? (setujuuu-sahut penonton lagi). Anwar Ibrahim *BABI!.".


"Saya nak bercakap, orang Melayu tak dengar. Anwar Ibrahim *sudah melampau. Cakap!. Anwar Ibrahim *Kepala Bapak kamu!. Anwar Ibrahim *haram jadah!.".


----------------- ----------------- + ----------------- ----------------- 

Video ucapan tersebut pula diubahsuai dan dimuat naik oleh Pemuda UMNO melalui laman ikrarpemuda pada Mei 3, 2011 yang lalu.

Saya tidaklah menyokong tindakan mereka memuat naik video berkenaan, tetapi kewajarannya untuk mereka berbuat demikian harus difikirkan bersama. Mengapa?

Terdapat beberapa komen yang menggeletek hati saya. Komen tersebut, pada pandangan saya, ada betulnya. Berikut merupakan komen dari penonton video tersebut di laman sesawang berkenaan,

"Alahai orang2 pembangkang nie..kitorg orang2 UMNO amik tabiat edit mengedit nie sumer dr korang la..PAKATAN RAKYAT yang ajar org2 Malaysia buat bende2 mcm nie..skrg bile kene idong sndiri..marah plak?? jangan main bangsat la brader..lawan care anak jantan la..jgn ckp media UMNO murah la..fitnah nie..nie sume makanan korang dulu2..takkn tk ingt kot?? skrg nie tiba masa org UMNO plak nk layan..hahahahaha..,payback is a bitch kan? go die la PAKATAN HARAM DAPPASPKR laknat! ".

Fikirkanlah....!...

Pesanan saya, sebagai orang yang pernah memihak kepada kerajaan suatu ketika, kemudiannya berpaling kepada pembangkang kerana inginkan perubahan dari segi pimpinan rasuah, namun hilang kepercayaan kini, dan menjadi bebas, "IKHLASKAN PERJUANGAN DAN PERJALANAN ANDA DALAM KARIER POLITIK. KERANA POLITIK MELIBATKAN NEGARA, NEGARA MELIBATKAN RAKYAT, RAKYAT MELIBATKAN KELUARGA, KELUARGA MELIBATKAN AMANAH, AMANAH DATANGNYA DARI ALLAH, ALLAH ADALAH TUHAN YANG MENCIPTA DAN YANG MAHA BERKUASA, JANGANLAH SAMPAI ALLAH ITU MENURUNKAN BALA PADA KEBODOHAN PEMIMPIN, DAN DISOKONG SECARA MEMBABI-BUTA OLEH RAKYAT, SETERUSNYA MEMBUAT KELUARGA KITA TERSEKSA, DI NEGARA SENDIRI!...".



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, October 13, 2011

SENDA SUAMI-ISTERI ^_^





















Perbualan antara suami dan isteri...

Suami : Akhirnya, inilah saat yang aku tunggu sekian lama.
Isteri : Apakah kau rela jika ku pergi?
Suami : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran seperti itu.
Isteri : Apakah kau mencintai ku?
Suami : Tentu! Selamanya akan tetap begitu.
Isteri : Apakah kau pernah berlaku curang?
Suami : Tidak! Aku takkan sesekali melakukan hal seburuk itu!
Isteri : Mahukah kau menciumku?
Suami : Ya!
Isteri : Sayangku, sesudah lima tahun bernikah.

Dah baca dialog tu?? Sekarang, cuba baca dari bawah keatas pula...
(Dialog tersebut hanyalah sekadar gurauan)
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

SUBHANALLAH!! ARIEL SHARON KINI HIDUP IBARAT MUMIA!!!!

Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, 83, dilaporkan semakin tenat dan menghampiri kematian.

Sebuah laman web menyebut bahawa Sharon kini hidup ibarat mumia. Keadaannya sangat teruk, sehinggakan berat badannya kini dikatakan hanya sekitar 15kg, dengan tubuh yang sangat kurus dan kulitnya semakin kering merengkot. Masha-Allah!!.

Menyorot kembali penderitaan Sharon, dia dimasukkan ke hospital pada 4 Januari 2006, ketika itu dia diserang sakit jantung dan koma. Sejak itu, dia yang dirawat di Hospital Haddasah hanya terbaring dengan kedua matanya yang terbuka tanpa mampu bergerak dan berkata-kata. Menurut pakar, komanya itu disebabkan pendarahan dalam otak.

Namun, masih ramai tertanya-tanya adakah dia masih hidup, atau sudah mati..?

 



Sebenarnya di tahun 2011 ini Ariel Sharon masih hidup dan pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya secara terus tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati. Sungguh menderita!. Begitulah azab yang Allah berika kepada kaum Yahudi yang sangat memusuhi Islam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya sebelum Ariel Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu Sharon telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepada Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu Sharon telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma.

Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi-mimpi itu saban malam kecuali seorang iaitu setia usaha peribadi Sharon. Setia usahanyalah yang telah mendedahkan mimpi-mimpi Sharon itu kepada akhbar-akhbar di Israel pada tahun 2008. Akhbar-akhbar di Israel telah menyiarkan berita berkenaan, kemudia dipetik oleh media-media Asia Barat, seterusnya tersebar di internet.

Ada yang kata di internet terdapat gambar Ariel Sharon terkini yang menunjukkan dia begitu kurus kering hanya tinggal kulit yang menyelaputi tulang badannya. Tapi penulis tak pula jumpa gambar itu. Apakah azab yang sedang dideritai oleh Sharon? Hanya dia dan Allah yang mengetahui.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, October 12, 2011

PROTON ESPIRE (TUAH) - MODEL BARU PROTON


Model ini merupakan model terbaru Proton yang diberi nama Espire. Sebelum ini, model tersebut pernah dipamerkan sebagai kereta konsep Tuah. Model ini juga disebut sebagai Persona R.

Jangkaan pengeluaran oleh Proton adalah pada pertengahan tahun 2012.

Sama-sama kita tunggu.. (^_^)



""EpOoL De DrAgONiZeR""

21 SENARAI KERETA POLIS TERHEBAT DUNIA

Berikut disenaraikan antara kenderaan ataupun kereta - kereta polis yang digunakan oleh jabatan tersebut untuk membanteras jenayah di negara masing-masing.

Kita mulakan :


1- Germany: Brabus CLS Rocket

Dengan enjin 730 kuasa kuda-turbo berkembar V12 dan kelajuan tertinggi mencecah 225.19 batu sejam, Brabus CLS Rocket merupakan kenderaan model sedan paling laju di dunia.







2- Germany: Porsche 911 Carrera

Kereta Porsche 911 Carrera S telah diubahsuai sepenuhnya oleh TechArt sesuai untuk peranannya sebagai kereta polis. Dengan enjin berkapasiti 6 silinder dan 500 kuasa kuda, kereta ini mampu mencecah kelajuan 186 batu sejam dan pecutan sehingga 60 batu sejam dalam hanya 4.6 saat.


3- Austria: Porsche 911

Kereta hebat ini yang berharga GBP£65,000 (RM 320,000.00) boleh mencapai kelajuan sehingga 177 batu sejam khas buat polis-polis di Austria.




4- Bulgaria: Porsche 911



5- Italy: Lamborghini Gallardo

Lamborghini telah mendermakan satu model tercantik dan terhebatnya kepada Jabatan Polis Itali pada tahun 2004. Jabatan tersebut yang berminat dengan model keluaran tersebut telah membeli sebuah unit lagi sebagai kenderaan polis dengan harga sekitar USD$166,000 (RM 530,000.00). Kelajuan maksimum: 190 batu sejam. Dikuasakan dengan enjin 5 liter V10 dan 500 kuasa kuda.





6- UK: Lamborghini Gallardo

Sama seperti Polis Itali yang memiliki Gallardo, cuma perbezaan pada warnanya sangat buruk dan tampak seperti kereta mainan.







7- South Africa: Lamborghini Gallardo

Sebuah lagi Gallardo tetapi dengan kemasan warna badan kereta yang lebih cantik berbanding versi yang dimiliki UK. Dengan harga hampir mencecah USD$200,000 (RM 640,000.00), kereta peronda tersebut telah dipinjamkan kepada pihak berkuasa oleh sebuah firma pengimport Lamborghini tempatan sebagai "Alat Menarik Perhatian" orang ramai untuk mengawal lalulintas di bandar tersebut.



8- Italy: Smart

Kereta ini bukanlah kereta yang hebat, tetapi untuk aksi kejar-mengejar di jalanan sekitar Bandar Rom yang semakin padat, menjadi lebih menarik dan mudah setelah Polis Itali mendapatkan beberapa buah unit bagi tujuan tersebut.



9- USA: Dodge Magnum

Polis Michigan telah mendapatkan keseluruhan kereta perondanya dari jenama Magnum 
( agar mereka dapat menggunakannya sebagai kelengkapan polis yang ranggi sesuai dengan rekabentuknya )







10- USA: Dodge Viper

Beginilah cara polis-polis di Texas, United State menyambut tetamu yang melalui sempadan Texas.
"Selamat Datang ke Texas".



11- USA: Corvette C6


12- USA: Ford Mustang




13- USA: Hummer H2

Hummer dengan 700 kuasa kuda dan dikuasakan dengan enjin 7.0 liter Supercharged V8 khas buat sherif-sherif di Texas, United State.






14- UK: Lotus Exige

Model Exige merupakan kereta sukan yang sangat ringan, berprestasi tinggi dan mampu memecut dari 0 ke 60 lebih laju berbanding kebiasaan kereta V8 yang lain tambahan ia hanya menggunakan sekitar 5 liter untuk 100 kilometer pecutan.




15- Australia: Holden VE Commodore



16- Australia: Alfa Romeo GT



17- Japan: Nissan Skyline GT-R



18- Malaysia: Mitsubishi Lancer Evolution



19- UK: Mitsubishi Lancer Evolution




20- Holland: Spyker C8 Spyder

Kereta ini dikuasakan dengan 406 kuasa kuda dan enjin V8 dengan dilengkapi pintu Lamborghini. Kelajuan maksimum: 186 batu sejam.




21- Canada: Jaguar S Type



Bagi saya, memang beruntung mereka yang menjadi anggota polis pada masa kini. Disebalik tugas mereka menggadai nyawa menangani jenayah, mereka juga dapat 'melaram' dengan kenderaan-kenderaan hebat seperti diatas.

TAHNIAH, POLIS!!

""EpOoL De DrAgONiZeR""