Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, November 14, 2014

ORANG PERTAMA YANG ....................... DALAM ISLAM

Siapa orang pertama yang mencipta telefon...? Jawapannya adalah Alexander Graham Bell.

Tapi kalau kita tanya, siapa orang pertama yang menulis Basmallah...??????? Apa jawapannya...????

Macam mana kalau anak-anak tanya kepada ibubapa soalan atas tu.....???...... Berpeluh nak jawab.....

Jom saya kongsi sikit maklumat dibawah ni :-

 

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------------------------------------------

  1. Orang yang pertama menulis Basmalah : Nabi Sulaiman 'Alaihi Salam
  2. Orang yang pertama minum air Zam Zam : Nabi Ismail 'Alaihi Salam
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam 'Alaihi Salam
  6. Orang yang pertama mengerjakan Sa'ie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Siti Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As-Siddiq Rodhiallu 'Anha
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar Bin Al-Khattab 
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan Bin Ali Rodhiallu 'Anha
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah Rodhiallu 'Anha
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith Bin Abi Halah 
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah Binti Khabbat 
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash 
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan Fisabilillah : Saad Bin Abi Waqqas 
  16. Orang yang pertama menjadi mu'azzin dan melaungkan azan: Bilal Bin Rabah 
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Ali bin Abi Tholib 
  18. Orang yang pertama membuat mimbar Masjid Nabawi : Tamim Ad-Dary 
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair Bin Al-Awwam 
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Ibban Bin Othman Bin 'Affan 
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid. 
  22. Orang yang pertama mengasaskan Usul Fiqh : Imam Syafe'i RH. 
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali Bin Abi Tholib 
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah Bin Abi Sufyan 
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid 
  26. Orang yang pertama mengadakan Baitulmal : Umar Al-Khattab 
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali Bin Abi Tholib 
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur 
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair 
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam.

Thursday, October 9, 2014

ALLAH RINDU TU





"ALLAH RINDU TU"

■ Pernah tak tiba tiba kita rasa sebak ?
■ Pernah tak tiba tiba kita rasa sedih ?
■ Pernah tak tiba tiba kita rasa rindu ? 

Tapi betul atau tidak, tiada siapa antara kita yang tahu mengapa....juga tahu apa sebabnya...

MASHA'ALLAH......... Itu tandanya ALLAH rindukan kita. ALLAH rindukan rintihan doa dan hajat kita kepada-Nya.

Cuba kita imbas kembali, buat seketika, bilakah kali terakhir kita bermunajat sepenuh hati kita pada-Nya dan mencurahkan segala perasaan kepada DIA

Semalam ?
Kelmarin ?
Minggu lepas ?
Tak pernah langsung ?

YA ALLAH........... MASHA'ALLAH........... SUBHANALLAH............

Saudaraku,
Bila tiba tiba kita rasa nak menangis, sebak dan rasa macam tak kena, maka cepat cepatlah ingat akan-Nya. ALLAH sedang rindukan kita.  

Mungkin bila kita dengar nasihat, rasa meruntun sahaja hati kita tu. Padahal tiada satu pun ayat yang menyentuh perasaan kita. Tapi kita berlebih pula rasa sebak. Ya, itulah dia. Itulah rasa yang ALLAH bagi pada kita. 

Cuba kalau............masa kita rasa sedih dan sebak nak menangis, kita cepat cepat pergi bilik air. Cari kepala paip dan buka. Untuk mandi ke? Bukan..........ambillah wudhu'. 

Masa ambil wudhu', hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu' kita. Pasti semakin lebat hujan air mata kita. Sebab apa? Sebab kita akan menghadap ALLAH

Hamparkan sejadah dan solat. Kemudian kita berdoa, mintalah pada-Nya. ALLAH MAHA MENDENGAR. ALLAH rindukan kita tu. Sebab itu ALLAH bagi rasa sedih tu pada kita. 

Nah...............lepas siap kita mengadu, merintih dan berhubung dengan-Nya, mesti rasa lega. Sebab ALLAH sudah dengar rayuan kita. Bersyukurlah kerana ALLAH masih ada untuk kita dan DIA masih rasa sayang pada kita. 

Saudaraku,
Walaupun tiada bahu untuk kita bersandar dan melepaskan rasa sedih, kecewa atau marah, tak mengapa. Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada ALLAH untuk diadukan segala masalah kita.
Makanya, janganlah bersedih lagi, saudaraku.


.......ALLAH MASIH ADA UNTUK SAYANG KITA.......
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Monday, October 6, 2014

KIAMAT TIBA !!!




GAMBARAN HARI KIAMAT




Jam 6:00 am kita bangun untuk Solat Subuh, kemudian kita bersiap-siap untuk ke tempat kerja.

Jam 7:00 am, hari masih gelap. Berkemungkinan kita anggap hari akan hujan, maka kita abaikan. Masuk ke pejabat dan terus buat kerja apa yang patut.

Kita jenguk jam, pukul 9:00am masa untuk bersarapan. Keluar sahaja dari pintu pejabat, suasana masih gelap, hitam pekat persis waktu malam. Kita mungkin masih boleh menganggap hari akan hujan lebat, maka kita abaikan sahaja. 

Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap, apakah petandanya itu? Keesokkaanya pun sama, hari gelap sepanjang hari. Bila kita buka televisyen, kita tengok semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya. Begitu juga hari lusanya, masih tiada lagi matahari. 

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari. Tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat. Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu adalah fenomena alam. Maka lalai-lah kesemunya. 

Tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat???
Maka telah tertutuplah pintu taubat. Maka mereka yang bertaubat di ketika itu tapi Allah masih belum menerima taubatnya juga tertutuplah pintu taubat buatnya. 

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan mengeluarkan semua harta untuk diinfakkan, golongan yang tidak pernah membaca Al-Qur'an, akan membacanya 24 jam, golongan yang tak pernah bersolat jemaah akan berlari-lari menunaikan solat secara berjemaah. Begitu juga golongan yang tak pernah menutup aurat, akan segera bertudung labuh.

Tapi sayang, segalanya sudah tidak berguna lagi....................

BERMULA LAH DARI SEKARANG.. MARILAH MENUJU KE JALAN ALLAH.. ALLAH TIDAK PERNAH JAUH DARI KITA.. SENTIASA LAH BERAMAL KEPADA-NYA. TADAH LAH TANGAN DAN BERDOA LAH KE HADRAT-NYA..


............Allah panjangkan umur kita sampai ke hari ini supaya kita sempat BERTAUBAT............











Thursday, June 19, 2014

RAMADHAN 1435 - 2014



Bulan Ramadhan, bulan yang cukup dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam seantero dunia. Dalam bulan ini, semua muslim DIWAJIBKAN untuk berpuasa bagi mereka yang sihat dan berkemampuan. Puasa merupakan Rukun Islam ketiga dari kesemua lima rukun. Dalam tempoh sebulan, kita akan diuji Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menahan lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar mentari sehingga terbenamnya ufuk ke sebelah barat. Selain makan dan minum, kita juga diminta untuk menjaga pertuturan, tingkah laku dan pandangan mata dari segala kemaksiatan dan lagha dunia.

Dengan berakhirnya 30 Syaaban pada 28 Jun ini, maka bermulalah lembaran baru dalam kitaran hidup seharian seorang muslim itu seawal jam 5 pagi dimana semua umat Islam tidak kira di pelusuk mana sekali pun, akan bangun untuk bersahur sehingga habisnya waktu Syuruk.

Paling dinanti sewaktu kedatangan Ramadhan adalah pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di TV menyatakan tarikh permulaan puasa. Kebiasaannya, saat ini akan dinantikan oleh semua orang tidak kira lapisan umur. Juga menjadi trend masa kini setelah pengumuman tersebut disiarkan, pasti berbondong status dikemaskini samada di Tweeter mahupun Facebook.

Aku secara peribadinya, tidak sabar menunggu Ramadhan. Hati bercampur baur teruja, gembira dan sebak. Boleh dikatakan semua perasaan bermain dalam hati ini. Apa yang mampu terungkap adalah, Selamat Datang RAMADHAN AL-MUBARAK di tahun 1435-2014.



 """"  أهلا وسهلا يا رمضان """"



""" 1 Ramadhan 1435 (29 Jun 2014)"""




""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, June 11, 2014

HALAL & TIDAK HALAL

 Akhir akhir ini, banyak isu diperkatakan di media dan akhbar yang berkait dengan HALAL dan TIDAK HALAL. Sensitiviti berkaitan isu ini amat tinggi kerana ia melibatkan umat Islam khususnya dan masyarakat majmuk am-nya di negara ini.

Isu mengenai gelatin dalam makana yang datang dari sumber khnizir atau babi telah lama diperdebat dan dibincangkan di negara kita ini. Malahan baru-baru ini, timbul lagi satu isu mengenai coklat Cadbury yang cukup popular bukan setakat di Malaysia malah di dunia, mengandungi gelatin tersebut.

Coklat Cadbury yang digemari ramai




Setelah begitu hangat isu tersebut diperkatakan di semua media sosial dan elektronik negara, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (FATWA) mengatakan bahawa produk berkenaan sebenarnya adalah HALAL.

Rujuk di sini : KLIK

Walaupun demikian, stigma masyarakat terhadap status HALAL produk berkenaan tetap tidak berubah, atau setidak-tidaknya mengambil masa untuk mereka mengubahnya.

Mangsa paling teruk terjejas dalam isu ini adalah imej JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tercalar apabila mereka dilihat seakan tidak peka dengan isu HALAL dan TIDAK HALAL dalam produk pemakanan yang menjadi darah daging bagi umat Islam.

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah laman web, yang mana pada hemat saya, akan membantu kita terutamanya umat Islam agar lebih berhati-hati dalam memilih produk keluaran Islam juga mendapat input mengenai produk keluaran bukan Islam.

Klik di sini :



 Semoga info di laman web berkenaan dapat membantu saudara Muslim saya menjadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih produk yang HALAL demi kemuslahatan kita bersama.




""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, January 23, 2014

KISAH SEORANG WANITA DAN JENAZAH ANAKNYA

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Ceritanya bermula pada lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah seorang lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta hening sunyi.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila ia semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustaz........", kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya", kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. 

"Betulkah ini mayat anak mak cik?", tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih".

"Makcik lihatlah betul-betul...", kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?", tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini", kata saya untuk menggertaknya. 

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik. Tapi......", tambah wanita itu lagi, "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik". Sambung wanita itu lagi, "Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan", kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadith Nabi Muhammad, "Bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya". Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.         

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya bertanya, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang". Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut. "Orang tua mana pula???", katanya dengan nada amat terkejut.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!!", katanya.

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu????

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis, yang bermaksud, "Bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun". Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun??? Kira lah sendiri.

Ingatlah... Azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa dilindungi Allah dengan sebenar-benar iman.

Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDUL RASUL نبي محمد صلى الله عليه وسلم1433 / 2012



Aku dengan rendah hati, rasa bangga ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL buat Junjungan Besar BAGINDA NABI ALLAH MUHAMMAD AL-AMIN SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM yang telah diputerakan pada 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 20 April Tahun Gajah.

Mengimbau peristiwa diwaktu kelahiran Baginda Junjungan, berlakunya di Kota Makkah Al-Mukarramah, di mana saat turunnya berita mengenai akan kelahiran seorang putera besar yang akan menyinarkan Islam di Makkah seterusnya seantero dunia, maka Tentera Abrahah dengan Bala Gajah bertindak menyerang Kota Suci tersebut dengan meruntuhkan Ka'abah dan membunuh putera tersebut.


Maha Agung Allah S.W.T. lagi Maha Kaya, maka turunlah Bala 'Ababil yakni burung-burung dari Neraka membawa batu dari kawah ghaib Allah lalu dijatuhkan ke atas setiap tentera Laknatullah Abrahah. 

Maka selamatlah putera yang suci dilahirkan oleh Almarhumah Siti Aminah Binti Wahab. Baginda merupakan anakanda kepada 'Abdullah Bin 'Abdul Muthallib yang wafat sebelum kelahiran Baginda, dan Baginda pernah mendapat ibu susuan bernama Halimatus Sa'adiah setelah ibunda Baginda wafat ketika baginda masih bayi.



Meskipun sebagai yatim piatu, Baginda membesar sebagai seorang kanak-kanak yang cukup disayangi oleh datuknya Almarhum 'Abdul Muthallib, pakciknya Abu Thalib malahan Abu Jahhal sekali.


Sedewasanya Baginda, seorang Nabi Baginda telah diangkat, dan kemudiannya menjadi seorang Rasul Allah serta penghulu sekalian Nabi & Ummat akhir zaman.





""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, November 10, 2011

LIRIK : NAWAITU - RABBANI

Antara Niat Dan Manis Bicara 

Satukan Di Dalam Satu Denyutan

Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
 
Kembali Bersemi Insani
 

Lafazlah Setulus Hati Nurani
 
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
 
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
 
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
 

Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
 
Renungi Asal Kejadian Dirimu
 
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
 
Tebarkanlah Serata Jiwa
 

Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
 
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
 
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
 
Lafazkanlah Sejujur Hati
 

Ketulusan Insan sejati
 
Mencerminkan Budi Pekerti
 
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
 
Kebenaran Diri Yang Suci 

Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
 
Kemanisan Nawaitu Hati
 
Ketenangan Dalam Mencari
 
Keredhaan DariMu Tuhan...Ku



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, November 4, 2011

SALAM AIDIL ADHA 1432 - 2011


Aku ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA buat semua umat Islam di seluruh Malaysia, seterusnya saudara-seIslam di seluruh dunia.

Tahun ini, Aidil Adha disambut pada tarikh 06 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432.

Aidil Adha sinonim dengan qurban. Pada setiap Hari Raya Aidil Adha, umat Islam diwajibkan untuk mengadakan majlis qurban dengan seekor lembu, biri-biri, kambing mahupun unta dan daging-daging hasil sembelihan tersebut disedekahkan kepada golongan fakir miskin dan kariah.

Mengimbas sejarah sambutan Hari Raya Aidil Adha, ianya merupakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada seluruh umat Islam bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam yang tabah dan sabar menuruti perintah Allah agar mengorbankan anakandanya Nabi Ismail untuk disembelih. Begitu juga kesabaran dan pengorbanan Nabi Ismail 'Alaihi Salam menyerahkan dirinya kepada Allah dan merelakan dirinya disembelih. Berkat kesabaran, ketabahan dan keimanan kedua-dua nabi Allah itu dalam menuruti perintah Allah, maka Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih.

Bagi aku, Aidil Adha pada tahun ini amat bermakna kerana seperti yang sedia maklum, 2011 merupakan tahun kesukaran bagi aku dalam menempuhi liku-liku kehidupan yang diselangi dengan hati dan perasaan. 

Aidil Adha kali ini membuka sinar dan ruang baru untuk diriku mengerti dan memahami apakah itu pengorbanan. Pengorbanan yang aku lakukan demi kebahagiaan mereka disekeliling membuatkan aku lebih tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan ini. 

Kepada semua yang terlibat secara langsung dengan diriku, terutamanya keluarga, teman karib, kekasih, sahabat handai, jiran tetangga juga rakan perniagaan, harus dititikkan disini bahawa setiap pengorbanan yang aku lakukan ini bukanlah untuk kesenangan diriku sendiri, juga bukan untuk merosakkan diriku, tetapi pengorbananku ini adalah demi tempahan kegembiraan, kemuslahatan, kesenangan dan ketenangan di hari mendatang yang dapat dikongsi bersama, INSYA-ALLAH...

Sekali lagi, aku dengan rasa rendah dirinya, memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari zahir juga batin, seandainya terkasar bahasaku, tercela perlakuanku, terkotor penulisanku, mahupun terjelek perkataan.

“SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA”

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, October 13, 2011

SUBHANALLAH!! ARIEL SHARON KINI HIDUP IBARAT MUMIA!!!!

Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, 83, dilaporkan semakin tenat dan menghampiri kematian.

Sebuah laman web menyebut bahawa Sharon kini hidup ibarat mumia. Keadaannya sangat teruk, sehinggakan berat badannya kini dikatakan hanya sekitar 15kg, dengan tubuh yang sangat kurus dan kulitnya semakin kering merengkot. Masha-Allah!!.

Menyorot kembali penderitaan Sharon, dia dimasukkan ke hospital pada 4 Januari 2006, ketika itu dia diserang sakit jantung dan koma. Sejak itu, dia yang dirawat di Hospital Haddasah hanya terbaring dengan kedua matanya yang terbuka tanpa mampu bergerak dan berkata-kata. Menurut pakar, komanya itu disebabkan pendarahan dalam otak.

Namun, masih ramai tertanya-tanya adakah dia masih hidup, atau sudah mati..?

 



Sebenarnya di tahun 2011 ini Ariel Sharon masih hidup dan pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya secara terus tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati. Sungguh menderita!. Begitulah azab yang Allah berika kepada kaum Yahudi yang sangat memusuhi Islam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya sebelum Ariel Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu Sharon telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepada Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu Sharon telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma.

Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi-mimpi itu saban malam kecuali seorang iaitu setia usaha peribadi Sharon. Setia usahanyalah yang telah mendedahkan mimpi-mimpi Sharon itu kepada akhbar-akhbar di Israel pada tahun 2008. Akhbar-akhbar di Israel telah menyiarkan berita berkenaan, kemudia dipetik oleh media-media Asia Barat, seterusnya tersebar di internet.

Ada yang kata di internet terdapat gambar Ariel Sharon terkini yang menunjukkan dia begitu kurus kering hanya tinggal kulit yang menyelaputi tulang badannya. Tapi penulis tak pula jumpa gambar itu. Apakah azab yang sedang dideritai oleh Sharon? Hanya dia dan Allah yang mengetahui.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, October 11, 2011

TINDAKAN JAIS BETUL! : TITAH SULTAN SELANGOR

Kemelut yang membelenggu Kerajaan Negeri  Selangor dan JAIS kini telah
selesai setelah Sultan Selangor bertitah.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, bahawa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah tindakan yang betul dan tidak menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini.

Baginda bertitah, tindakan tersebut adalah selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.

Titah baginda lagi, merujuk kepada siasatan JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.


“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, Beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan kepada media siang tadi.

Baginda juga melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.

DAULAT TUANKU!!!


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, October 3, 2011

HUDUD - ISLAM & POLITIK



Akhir-akhir ini, media banyak menulis mengenai Hudud. Sedangkan ramai masyarakat Islam yang tidak tahu mengenai Hudud itu. Waima, penulis, pencetak mahupun para blogger yang banyak berceloteh mengenai Hudud itu sendiri tidak memahami apakah itu Hudud dan bagaimanakah perlaksanaannya.

Definasi Hudud
Hudud merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab, (juga disebut sebagai hadud, hudood, hadd, حد , pada zahirnya bermaksud "had", atau "sekatan") adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau Syariah. Hudud biasanya merujuk kepada kelas hukuman yang ditetapkan untuk jenayah tertentu yang dianggap sebagai "Tuntutan Allah." Antaranya termasuk kecurian, zina, minum arak, dan murtad.

Kategori Hukuman Di Dalam Islam Dan Definasi Ringkas
1- Qisas - Bermakna tindak balas dan hukuman mengikut prinsip Al-Qur'an, "Nyawa Dibayar Nyawa".
2- Diyyat - Pampasan yang dibayar kepada waris mangsa (biasanya pembunuhan). Dalam Bahasa Arab, perkataan ini membawa makna wang darah (gantirugi dengan darah) dan penebusan diri.
3- Ta'zir - Hukuman, biasanya sebat, yang dijalankan mengikut budi bicara hakim Syar'ie
4- Hudud - Hukuman yang tetap.


Kesalahan Yang Wajib Dikenakan Hukuman Hudud
- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.


Hukuman Menurut Hukum Hudud
Hukuman yang digariskan oleh Allah berbeza-beza mengikut kepada kesalahan yang dilakukan. Umat Islam umumnya menerima hukuman yang tegas berbanding orang bukan Islam, orang yang bebas menerima hukuman yang tegas berbanding hamba, dan dalam kes zina, orang yang sudah berkahwin menerima hukuman yang tegas berbanding orang yang belum berkahwin.

Secara ringkasnya, hukuman termasuklah:

Hukuman Mati - Menggunakan pedang bagi rompakan dengan membunuh, rejam bagi penzina jika pesalah sudah baligh dan beragama Islam, yang sudah berkahwin.

Pemotongan Tangan atau Kaki - Untuk kecurian dan rompakan tanpa membunuh.


Sebat dengan beberapa sebatan - Untuk minum 'arak, zina jikamana pesalah belum berkahwin atau bukan beragama Islam, dan tuduhan-tuduhan palsu zina.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Demikian penerangan mengenai hukuman Hudud, yang dicanang oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semenjak kesekian tahun dahulu, juga baru-baru ini, yang mana telah membawa satu arus perubahan di dalam modal politik di Malaysia.

Yang Berhormat Saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS
Setelah menghangatkan angin-angin media massa dengan isu Mat Indera & Pejuang Bukit Kepong baru-baru ini, Mat Sabu sekali lagi menimbulkan rasa tidak senang duduk dikalangan pemimpin-pemimpin politik kerajaan UMNO, MCA dan MIC, juga dua saing-nya dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.

Beliau menegaskan bahawa seandainya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya sekaligus menaiki takhta kerajaan Malaysia, hukum Hudud bakal dilaksanakan serta-merta bagi menggantikan akta jenayah sedia-ada dalam Perlembagaan Malaysia didalam usaha mereka menangani jenayah.

Kata-kata beliau dibantah dan ditentang sekeras-kerasnya oleh sekutu beliau, Yang Berhormat (YB) Karpal Singh yang menempelak YB Mat Sabu kerana menimbulkan isu Hudud yang ditolak mentah oleh DAP sejak sekian lamanya.

Tetapi cakap-cakap di dalam UMNO lain pula bunyinya. Ada di antara pemimpin UMNO yang mengutuk YB Mat Sabu kerana dikatakan cuba untuk mengalihkan perhatian terhadap isu Komunis yang membelenggu dirinya sekaligus menolak hukuman Hudud dijalankan di Malaysia. Manakala wujud satu kelompok lagi yang berpendirian atas pagar, dimana mereka ini mempunyai hasrat untuk menyokong pendekatan Hudud tersebut oleh PAS tetapi ragu-ragu dan bimbang oleh sokongan sekutu-sekutu mereka di dalam Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada pemimpin bukan Islam, yang secara tidak langsung berpendirian sama dengan DAP menolak Hudud. 

Bagaimana pula dengan PKR? Dari presidennya, sehingga ke penasihatnya, mereka mengambil pendirian dengan berdiam diri tanpa mengulas lanjut mengenai kenyataan Hudud tersebut kerana PKR jelas berada di ambang genting sama seperti UMNO, mereka serba tak keruan untuk memilih DAP ataupun PAS. Jalan terbaik, dengan mengatakan Hudud bukan dari 'mulut' PKR, sebaliknya merupakan impian PAS, maka biarlah PAS yang menyelesaikan isu tersebut.

Akhirnya, pihak UMNO juga yang dipersalahkan kerana dituduh menyebarkan berita-berita fitnah dan cuba untuk melaga-lagakan PAS-PKR-DAP yang tampak berantakan kebelakangan ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi Dragonizer, isu Hudud ini tidak patut dipolitikkan oleh semua pihak. Ini kerana jelas sudah tertulis dan terbukti bahawa hukuman Hudud tersebut merupakan hukuman yang dituntut oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an untuk hamba-hamba-Nya yang melakukan kesalahan. Aman dan harmoninya sesebuah negara itu adalah yang menjalankan pemerintahan berlandaskan Syari'at Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed
Semalam, Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa hukuman Hudud sememangnya boleh dijalankan di Malaysia, malangnya terdapat kekangan dari segi keadilan didalam menjalankan hukuman tersebut. Beliau memberi contoh, "terdapat dua pencuri, yang terdiri daripada seorang Islam dan bukan Islam. Si pencuri Islam itu sudah pasti dipotong tangan jika didapati bersalah, tetapi si pencuri bukan Islam itu hanya dikenakan sebatan. Adakah adil bagi si pencuri Islam kerana jenayah tersebut dilakukan bersama-sama si pencuri bukan Islam". 

Nilaikanlah sebernas mungkin mengenai isu Hudud ini jika mahu dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana Dragonizer bukanlah seorang pemikir mahupun cerdik-pandai didalam hukum-hakam agama Islam. Tetapi sebagai seorang Islam, Dragonizer menjunjung Al-Qur'an dan menyokong undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah buat hamba-Nya, kerana 'Allah Maha Mengetahui'.


Mursyidul Am PAS, Yang Berbahagia Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bercakap kepada pemberita semalam, Tuan Guru menegaskan bahawa pintu perdamaian diantara PAS-UMNO tidak pernah tertutup rapat malah tidak akan ditutup untuk selamanya. Menurut beliau, PAS sememangnya boleh berdamai dengan UMNO seandainya pemimpin-pemimpin UMNO berubah kepada Islamik daripada Nasionalis, sekaligus mencorakkan pemerintahan negara dengan penuh Islamik. 


"Wallahu A'alam"
++
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, August 9, 2011

SIASATAN MAZIDUL MENGENAI PENGEMIS DI BAZAR RAMADHAN

Rabu, Ogos 03, 2011


Lebih Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal


Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.
 
 
Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.
 
Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.
 
 
Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...
 
"Kemboja! Kemboja!"
 
Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.
 
 
Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.
 
Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.
 
 
Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.
 
Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.
 
 
Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.
 
Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.
 
 
Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.
 
Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.
 
 
Menarik? Pelanduk dua serupa?
 
Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.
 
Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini. 
 
Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.
 
 
Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.
 
 
Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van. 
 
Tadaaaaaaaaaa!
 
 
Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.
 
 
Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami. 
 
 
Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.
 
 
Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya. 
 
"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.
 
 
Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.
 

Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.
 
Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?
 
Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.
 
 
Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.
 
 
Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.
 
 
Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.
 

Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.
 
 
Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.
 
Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.
 
 
 
Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.
 
 
Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.

Itu pesan saya.



""EpOoL De DrAgONiZeR""