Tuesday, January 20, 2015

KE KOREA LAH KITA - HARI PERTAMA




Setelah hampir setahun aku dengan Omar rancang nak melancong ke Korea, akhirnya dengan izin ALLAH, sampai jugak kitorang ke sana. ALHAMDULILLAH.

Kitorang bertiga. Aku, Omar dengan sorang lagi sahabat kitorang, Naz.

Coretan pun bermula...............................



12 JANUARI 2015

4.00 pagi - Kitorang bertolak dari rumah Setapak ke KL Sentral. Terima kasih kat Shai (rakan serumah kitorang) yang sudi hantar kitorang tengah pagi buta tu.

5.00 pagi - Kitorang ambik bas shuttle KL Sentral - KLIA 2 RM10 sorang. Dalam bas tu lebih kurang 1 jam la untuk kitorang sampai ke KLIA 2.

6.30 pagi - Kitorang berkumpul kat balai pelepasan sebelum masuk kat Gate. Lebih kurang setengah jam jugak la kitorang tunggu.

7.00 pagi - Masa kitorang lalu proses immigration, beg gabak yang aku bawa kena tahan. Alasan pegawai immigration tu, makanan berlauk dalam tin tak boleh bawak. Jadinya, dengan penuh rasa hampa dan dukacitanya, kitorang terpaksa la keluarkan dan tinggalkan makanan sedap tu kat situ.

7.45 pagi - Pintu flight dibukak. Dengan lafaz Bismillah, kitorang melangkah masuk ke dalam pesawat Air Asia X tu. Fuhhhhh, pertama kali aku naik pesawat yang besar macam tu. Ada dua lorong laluan, lepas kitorang disapa oleh Akak stewardess tu, terus aku dengan Omar cari tempat duduk bernombor 44B & 44D.

8.00 pagi - Pesawat dah mula bergerak dan sedia untuk berlepas. Aku tak henti-henti baca doa dalam hati (fikiran asyik teringat QZ8501, hukhukhuk), dengan harapan semoga perjalanan kitorang dilindungi ALLAH.

Dua jam kemudian masa dalam flight, kitorang dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nasir yang Omar tempah. Sedap gak rasa dia. Boleh la buat tahan untuk 6 jam dalam pesawat ke Incheon.
Nasi Lemak Pak Nasser

Aku tak sedar dah berapa lama aku terlelap. Bila aku bukak je mata, isyarat tali pinggang keselamatan dinyalakan. Cepat-cepat aku capai dan ketatkan tali keledar tu kat pinggang. Aku dapat rasa yang pesawat tu bergegar kuat sangat, mungkin sebab langgar awan tebal kot. Terus aku pejam mata dan baca doa banyak banyak.

3.30 petang (2.30 petang waktu Malaysia) - ALHAMDULILLAH, kitorang selamat mendarat kat Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Bila keluar je dari flight, terus kitorang bertiga bergegas pergi ke kaunter immigration sebab tak sabar nak rasa suasana Seoul.

Lepas selesai je semua urusan, kitorang terus carik kedai 7E nak beli kad T-Money (Kad Touch &Go) sebab kalau nak naik tren Seoul Metro lebih jimat masa pakai kad tu, senang la kitorang nak jalan jalan. Bila kad tu kitorang dah beli dengan harga $WON30,000, kitorang terus jalan keluar dari bangunan terminal tu pergi ke stesen Metro bersebelahan. Bila kitorang keluar je dari terminal, terus rasa sejuk winter tu mencucuk sampai tulang. Cepat-cepat aku capai jaket dan terus pakai. Excited giler masa tu tak payah nak cerita la. Terasa macam budak budak pulak bila kitorang main hembus haba keluar dari mulut, sebab kat Malaysia mana dapat buat macam tu. (Kalau nampak orang Korea tu, mesti diorang cakap "kesian bebudak tu tak pernah rasa winter"..Hahahaha..).

Sambil kitorang tunggu tren (AREX Line) sampai, aku berborak dengan Omar pasal list aktiviti yang akan kitorang buat sepanjang berada kat Korea. Teruja tu, teruja la jugak, sebab macam tak percaya kitorang dah ada kat Korea. Nak je suruh Omar atau Naz tempeleng aku, kot kot mimpi ke. HAHAHAHA. Kitorang syukur sangat kat ALLAH sebab dengan izin Dia, sampai juga kitorang kat Korea.

Airport Express (AREX) Line


5.00 petang - Tren yang kitorang naik tu sampai kat Stesen Seoul, destinasi akhir. Kitorang bertiga pun cepat cepat keluar cari tren Line 4, sebab kitorang kena pergi ke stesen Sookmyung Women's University. Kat situ lah guesthouse kitorang. Jauh jugak kitorang menapak keluar. Macam kat KL Sentral la konsepnya, cuma lagi besar, dan dalam sangat, lebih kurang 6 tingkat ke bawah Tanah (KL adoooo???).
Stesen Seoul Metro (Sookmyung Women's University) Line 4
5.25 petang - Kitorang pun sampai la di Stesen Sookmyung Women's University. Mula la kitorang belek kertas yang ada tulis alamat dengan tunjuk arah yang pekerja guesthouse tu bagi (Seoul Tower Family GuesthouseHangang-daero 84-gil). Dan akhirnya jumpa jugak kitorang tempat tu. Untuk pengetahuan korang, waktu siang musim sejuk ni pendek, sebab pukul 5 petang je keadaan kat Seoul dah mula gelap. Tapi agak malang buat kitorang, bila sampai je kat guesthouse tu, kosong takde orang. Fikir punya fikir, last last terpaksa la kitorang mintak bantuan guesthouse sebelah untuk call pekerja guesthouse tu. Nasib baik la Ahjumma tu baik hati tolong call kan. So, kitorang kena tunggu 20 minit, sebab pekerja tu merayap kejap entah ke mana. Haha.


Bangunan Seoul Tower Family Guesthouse
Bila pekerja tu sampai je, kitorang terus check-in. Keadaan bilik yang kitorang tempah itu sangat memuaskan hati dan selesa walaupun sempit. Kitorang pun apa lagi, campak beg, terus bummmmmmmmm, baring atas katil. Kitorang betul betul letih. Bayangkan kitorang berjalan berapa punya jauh, dapat je bantal dengan tilam, terus selamat. Satu yang bezanya kat Korea bila musim sejuk ni, kebiasaannya di Malaysia, kita akan cari kipas atau air-cond dalam bilik. Tapi kat sana, kitorang lebih perlukan alat pemanas dan syukurlah, lantai bilik tu ada heater.

Keadaan bilik kitorang cukup selesa walaupun sempit


7.30 petang - Kitorang keluar balik sebab nak rasa macam mana suasana malam kat Seoul. Rancangan kitorang, nak ke Namdaemun Night Market dengan Cheonggyecheon Stream.

Kitorang pun berjalan ke Stesen Sookmyung Women's University tadi dan naik tren Line 4 ke Stesen Hoehyun. Bila keluar je dari stesen, betul-betul sebelah kiri kitorang tu lah Namdaemun Market. Konsep market tu boleh kata macam Petaling Street kat Kuala Lumpur la. Banyak kedai jual barangan cenderamata, baju-baju dengan makanan. Harga pun boleh tahan la okay (cuma bila korang tukar pergi RM, korang akan kata "ishhh mahalnya").


Suasana di Namdaemun Market pada waktu malam

Masa kat Namdaemun Market, Omar sorang je yang membeli-belah. Aku dengan Naz just tengok-tengok je. Kat situ, kitorang survey kedai The Face Shop sebab kawan pejabat Omar tempah barang makeup #katanya, lepas tu ke satu lagi kedai jual baju pulak. Selesai je cuci mata, kitorang terus balik ke Stesen Hoehyun untuk pergi Myeong-Dong Market pulak yang terletak kat Stesen Myeong-Dong.

9.30 malam - Keadaan kat Myeong-Dong Market tu boleh dikatakan macam Bukit Bintang la sebab banyak kedai berjenama kat situ. Masa kat sana, Omar sekali lagi rambang mata bila nampak kedai makeup, dia terus masuk. Kali ni Naz join sekali. Aku pulak malas nak masuk. So aku pun jalan jalan la sendiri, tiba tiba nampak pulak strawberi merah menyala, baru $WON5,000 sepeket. Aku pun sebat la satu. Rasa dia perghhhhhhhhh, manis giler. Tak sama macam strawberi Malaysia. Hehehehe. Lepas tu kitorang ada jugak rasa makanan macam Yong Tau Fu cicah sos pelik. Rasa dia, so so je la.

Strawberi Myeong-Dong yang sedap giler tu. Fuuhhhhhh.

Ahjumma tu la yang jual Yong Tau Fu ala Seoul, tapi yang warna merah tu je kitorang makan


Suasana kat Myeong-Dong Market

Lepas tu dari Myeong-Dong, kitorang jalan kaki ke Cheonggyecheon Stream sebab dalam blog-blog yang aku baca sebelum ni, ramai yang kata permandangan kat Sungai Cheonggyecheon tu cantik bila waktu malam, sebab diorang hias dengan lampu lampu LED. Tapi memang bukan rezeki kitorang la, sebab bila sampai je kat situ, takde pun lampu-lampu macam dalam gambar google. Jadinya kitorang cuma jalan je la kat tebing sungai tu sambil nikmati air dia yang jernih ngan sejuk.


Cheonggyecheon Stream


Selesai je mentelaah kawasan tu, kitorang terus berjalan cari Stesen Myeong-Dong untuk balik ke guesthouse. 

11.00 malam - So, habis la aktiviti kitorang untuk hari pertama kat Korea. Masa untuk tidur.




=================================================================================
Link :-

Hari Kelima

Hari Keempat

Hari Ketiga 

Hari Kedua

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -



No comments: