Reaksi pertama saya setelah menonton video ini, saya tergelak besar kerana suntingan yang sungguh mencuit hati. Tetapi bila diamati, video ini memberikan dosa percuma kepada si penyunting tersebut.
Inilah yang dinamakan teknologi multimedia yang disalah gunakan.
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Monday, January 31, 2011
GEJALA BUANG BAYI!!! SYAITAN BETUL!!!
Cuba anda perhatikan betul-betul gambar dibawah ini >>>>>>>
Petikan KOSMO!
Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
Kadangkala terfikir saya, mengapa masih ada gejala seperti ini sedangkan kita kini hidup didalam zaman moden. Jika kita amati gambar tersebut, tidakkah tergerak hati kita merasa sayu dan sedih apabila bayi yang tidak berdosa tersebut dibuang oleh ibu mereka?
Dosa si ibu kepada bayi ini langsung tidak bermain difikiran ketika si ibu membuangnya. Hanya yang fikirkan, cara untuk menutup aib itu. Itulah hasutan syaitan.
Hasutan syaitan bermula sejak dari awal lagi. Pertama, syaitan menghasut si ibu untuk mengenali dengan lebih intim teman lelakinya. Kemudian syaitan menghasut teman lelakinya untuk keluar berdua-duaan. Dalam masa yang sama, syaitan menutup mata hati bunda kepada si ibu untuk tidak merasa sangsi akan tindakan anak perempuannya keluar di malam hari. Maka keluarlah si ibu dengan teman lelakinya.
Sekali lagi syaitan berada diantara mereka berdua seperti firman Allah yang diringkaskan, "jika diantara dua anak adam lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan, ada diantara mereka yang ketiga, dan itulah syaitan". Maka, syaitan menghasut teman lelaki supaya berlaku ghairah terhadap si ibu itu, dan si ibu pula dihasut agar mempercayai teman lelakinya. Maka sandiwara syaitan telahpun berjaya menyatukan mereka berdua.
Setelah beberapa bulan berlalu, si ibu merasakan sesuatu yang lain berlaku didalam dirinya. Si ibu mengandung. Maka tugas syaitan yang pertama berhasil. Agenda seterusnya oleh syaitan adalah memujuk teman lelaki si ibu agar tidak bertanggungjawab atas diri ibu. Maka tertekanlah si ibu. Dek risaukan perut yang semakin memboyot, syaitan datang dengan membawa jalan penyelesaian terhadap si ibu. Bisikan syaitan supaya si ibu menggugurkan atau membuang bayi itu setelah dilahirkan. Maka tidaklah si ibu merasa malu dengan anak haram yang dikandungkannya.
Demikianlah senario yang berlaku dalam diri anak Adam yang memegang status Islam. Syaitan sentiasa mendamping kita agar melakukan dosa. Banyakkanlah kita berdoa agar syaitan laknatullah itu tidak dapat mengganggu hidup kita.
Renungkanlah.....
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Petikan KOSMO!
![]() |
MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat |

WAJIB BACA!! GOLONGAN AHLI NERAKA!!
Ini adalah sekadar peringatan untuk dari saya untuk diri sendiri, seluruh keluarga dan semua taulan. Tidak ada kena mengena atau ingin menguris hati mana-mana pihak. Semoga kita semua dijauhkan dari golongan ini..Amin~
11 GOLOGAN AHLI NERAKA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."
4 Golongan Lelaki Ahli Neraka
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

KEMENANGAN DI TENANG DAN KEHILANGAN DALAM PKR
Barisan Nasional (BN) mendapat dua bonus pada penghujung Januari 2011 kali ini.
Bonus pertama diperoleh BN adalah dari kemenangan pilihan raya di DUN TENANG dengan majoriti 3,707 undi yang diwakili oleh anak bekas ADUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim sebanyak 6,699 undi mengalahkan calon PAS Cikgu Normala Sudirman yang memperoleh 2,992 undi.
Kemenangan ini jelas menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat dari kalangan rakyat yang mana majoriti undian telah meningkat semejak pilihan raya umum yang lepas dari dua ribu lebih kepada tiga ribu lebih.
Mengulas lanjut mengenai sentimen yang dimainkan di Tenang sewaktu berkempen, masing-masing menunjukkan krediabiliti untuk menang samada PAS mahupun BN. Kita dapati BN menggunakan suami calon iaitu Cikgu Maarof yang mengambil cuti sakit samata-mata hendak berkempen untuk isteri, kejatuhan ketua pembangkang yang menunjukkan Pakatan Pembangkang kian luntur. Manakala PAS pula melalui Tuan Guru telah mengeluarkan satu fatwa kepada pengundi yang akan mengundi BN adalah jahiliah. Selain itu, kematian ketua cawangan UMNO semasa lawatan Perdana Menteri juga dipolitikkan sehingga mengundang kekesalan oleh keluarga allahyarham.
Apapun, tahniah buat calon BN di Tenang. Jalankanlah tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat dan janganlah JANJI HANYA TINGGAL JANJI. Buat calon PAS, kekalahan adalah adat pilihan raya. Semak dan siasat punca kekalahan dan ambil iktibar.
Bercakap mengenai sentimen, baru-baru ini melalui laman Twitter seorang ahli PKR yang juga merupakan tonggak penubuhan parti tersebut mengumumkan keluar dari parti.
Ahli Parlimen dari Bagan Serai itu, YB N. Gobalakrishnan menulis beliau kecewa dengan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya tahu berjanji tetapi tidak langsung tahu untuk menunaikan janjinya itu. Menurut beliau, nasib kaum India tidak akan terbela jika beliau masih dibawah DS Anwar.
Pemergian YB Gobala meninggalkan PKR adalah satu lagi bonus bagi BN kerana didalam usaha parti kerajaan itu meraih sokongan rakyat, parti lawannya itu sendiri membongkar betapa busuknya parti itu hari demi hari dan seterusnya jatuh menjunam menyembah bumi.
Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia tetap aman dan harmoni seperti sediakala dan kita singkirkan mereka-mereka yang menjadi pengacau dalam arus keharmonian hidup rakyat ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)