Ohh Sahabat....
Setiap insan pastinya memahami apakah definasi frasa diatas, dan aku yakin bahawa korang semua mesti ada, sekurang-kurangnya seorang "SaHaBat".
Bagi aku, sahabat adalah insan yang sangat istimewa dalam hidup kita kalau nak dibandingkan dengan kawan biasa ataupun rakan-rakan kita yang lain.. Kenapa erk.?.
Sebab, kebiasaannya kedudukan seorang sahabat ni akan berada ditempat yang keempat dalam aliran kasih sayang dalam jiwa seseorang. Dengar macam biasa-biasa jer..?.. Tapi, sebenarnya ada benda yang kita kadang-kadang tak nampak atau terlepas pandang, tapi sebenarnya penting dan hakikat bagi benda tu memang susah nak dinafi. Takpe, kita tinggalkan dulu cerita pasal hakikat, biar aku terangkan dulu pasal carta aliran yang aku sebut tadi. Cuba korang skrol bawah :
+
|
|
|
|
|
|
V
ALIRAN !WAJIB! KASIH SAYANG DALAM JIWA SESEORANG
ALIRAN !WAJIB! KASIH SAYANG DALAM JIWA SESEORANG
-1-
ALLAH Subhanahu Wa Ta'aLa, tuhan yang MaHa PenCipTa
&
NABI MUHAMMAD SoLLaLLohu 'ALaiHi WasaLLam, utusan terakhir kepada 'umat zaman akhir
+
|
|
|
V
-2-
IBU, sorang wanita yang melahir dan menyusukan, mendodoi dan menjaga kita sejak kitorang semua sekecil dakap lengannya hinggalah membesar melebihi diri ibu tu sendiri
&
BAPA, lelaki yang bertungkus lumus memberi ilmu, rezeki, keselesaan, kemudahan dan dorongan untuk diri kita agar di masa kelak kitorang jadi hiasan duniawi yang berguna untuk masyarakat
+
|
|
|
V
-3-
ADIK BERADIK, mereka yang berkongsi darah, ruang permainan dan ibubapa dengan kita juga dari kanak-kanak kita hingga dewasa, merekalah pencetus bahan tawa, tangis, kebosanan dan kerap menjadi pentengkar tradisi kita, namun berbaik juga kemudiannya
&
KELUARGA, sebuah bahtera yang di nakhodai oleh atuk, opah, nenek moyang dan yang sewaktu dengannya yang mempunyai kapasiti dan nilainya yang tersendiri yang melambangkan identiti susur galur diri kita
+
|
|
|
V
-4-
SAHABAT, insan (lelaki, perempuan, jantan, betina, unisex, xdesex, dll) yang muncul dalam hidup kita tanpa diduga mahupun dirancang, dan kebiasaannya perkenalan kali pertama tu berlaku dalam persekitaran kita, ketika kita sedang melakukan aktiviti harian, yang mana sudah pasti tiada elemen-elemen istimewa yang wujud. 99% diorang yang bergelar sahabat kita tu pastinya langusng tiada pertalian darah dengan kita, mahupun hubungan dalam jalur keluarga. Meskipun begitu, unik dan istimewanya diorang ni dalam hidup kita sampaikan kita dapat merasakan satu perubahan telah berlaku dalam diri kita. Betul tak..?.. Percaya tak..?..
--------------------------------------------------------------------------------
Mungkin juga versi yang aku catat ini agak berbeza dengan pendapat korang dari segi definasi, mahupun respon atau tanggapan korang terhadap diorang sahabat, malah sebenarnya tu semua mengikut citarasa dan gerak hati diri masing-masing, tentang siapakah sahabat tu dalam kehidupan korang, dimanakah tempat diorang dalam hati korang dan apakah kapasiti yang korang berikan pada diorang sebagai 'sahabat' korang.?. Tu semua bergantung pada diri korang sendiri.
Tapi korang terfikir tak, kenapa aku tulis carta aliran kat atas tu.?. Hmmmmm... Sebenarnya ada sesuatu yang nak aku kongsi mengenainya.
Sedar ataupun tak, sebenarnya nilai persahabatan yang tulus tu hanya dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam bersahabat. Mereka ni-lah antara yang beruntung kerana nilai tersebut tak datang dengan sendirinya. Malahan, mereka yang dikurniakan dengan kelebihan untuk merasai ketulusan dalam persahabatan tu-lah yang sendiri pupuk nilai tersebut dari persahabatan yang mereka bina hingga menjadi amat bermakna dalam hidup mereka.
Sehinggakan, pada satu peringkat, kedudukan atau susunan carta alir kat atas tu boleh berubah secara drastik & inversif tanpa diduga disebabkan persahabatan kita dengan sahabat kita tu. Walau demikian, tu semua bergantung sepenuhnya pada kuantiti dan kapasiti ketulusan persahabatan yang diperolehi kedua belah pihak. Waima, isu ni tak-lah mengejutkan malah tidak juga boleh disanggah, sebab wujud beberapa faktor kukuh yang boleh meletakkan persahabatan tu menjadi yang utama.