Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat |
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui semasa beliau menjadi perdana menteri negara pernah kehilangan wang, tetapi rakyat dan dunia tahu puncanya.
“Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui, begitu juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya, juga diketahui,” katanya.
Menurutnya, Maminco rugi akibat tindakan London Metal Exchange yang memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam itu kepada pembeli.
“Asalnya ia bertujuan menyelamat penjual yang tidak ada timah, dan sebagai pembeli, Malaysia turut mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata, kejatuhan nilai Ringgit juga menjadi salah satu faktor negara mengalami kerugian besar.
“Pada tahun 1998, ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis berjaya diselamatkan apabila Ringgit pulih,” katanya menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman blognya www.chedet.com.
Dr Mahathir berkata, setiap satu Ringgit jatuh nilai mata wang, kerajaan rugi berbilion Ringgit.
“Hari ini nilai Ringgit jatuh 70 sen.
“Kejatuhan 70 sen pun merugikan berbilion Ringgit juga,” katanya.
Beliau berkata, untung dan rugi biasa dalam perniagaan.
“Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana,” katanya.
Mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), katanya, tiada sebarang jawapan munasabah diterima berkenaan hutang RM42 bilion.
“Kenapa bayar komisyen lebih 10 peratus kepada Goldman Sachs hanya kerana syarikat itu menjual bon atau membuat pinjaman bagi kerajaan?
“Kenapa faedah 5.9 peratus dikenakan kerana ia kadar yang tinggi?” katanya.
Dr Mahathir berkata, peranan Jho Low dalam 1MDB juga menjadi persoalan.
“Siapa dia yang diberikan kepercayaan mengendali wang 1MDB berbilion-bilion ringgit?” katanya.
Dr Mahathir berkata, Salleh Said Kruak ada membandingkan Jho Low dan kritikannya berhubung penglibatan ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan dalam Petronas.
“Saya lihat tiada apa-apa persamaan Jho Low dengan Tun Daim Zainuddin yang dilantik sebagai menteri kewangan,” katanya.
Menurutnya, pembelian bangunan dan pelaburan dalam filem The Wolf of Wall Street oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga menjadi persoalan.
“Dari mana datangnya dana ratusan juta ringgit itu,” katanya.
Beliau berkata, isu 1MDB juga tidak mempunyai persamaan dengan syarikat Temasek Singapura.
“Temasek tidak kehilangan wang tetapi wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang,” katanya.
Beliau berkata, balapan kuda 100 ekar yang dibeli Ananda Krishnan di Jalan Ampang dan dijual sebahagiannya kepada Petronas sebelum bertindak memajukan bersama-sama juga menjadi persoalan.
“Dia sebenarnya boleh membangunkan tanah itu sendiri,” katanya.
Dr Mahathir berkata, Petronas boleh membuat duit dengan projek tersebut.
“Akhirnya Ananda Khishnan menjual menara yang dibina pada tanah itu kepada Petronas. Apa masalah dengan projek itu?” katanya.
Menurutnya, 1MDB bukannya lebihan dana milik kerajaan namun syarikat itu diberi pinjaman berbilion ringgit.
“Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini 1MDB hanya mempunyai sebidang tanah yang dibeli murah daripada kerajaan.
“Ia adalah satu-satunya aset dimiliki syarikat itu,” katanya.
Dr Mahathir berkata, sehingga tanah itu dijual, 1MDB tidak menggunakan wang pinjaman RM42 bilion untuk membayarnya walaupun faedah.
“Tanah itu telah dinilai semula dan mempunyai harga yang tinggi,” katanya.
Menurutnya, tujuan beliau mengemukakan beberapa soalan terhadap Najib adalah bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan.
Beliau berkata, salah seorang pembaca portal online bertanyakan kenapa Najib dipilih menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.
“Pada masa itu Najib nampak bersih, namun sekarang timbul syak wasangka di kalangan orang ramai kerana gagal menjawab persoalan,” katanya.
Dr Mahathir berkata, perintah untuk membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Omar dan Cik Inspektor Azilah Hadri juga menjadi persoalan.
“Saya hanya tanya siapa yang keluarkan perintah itu,” katanya .
Menurutnya, terdapat beberapa pihak persoalkan kenapa isu ini dibangkitkan selepas lapan tahun.
“Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini, iaitu nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh,” katanya.
Beliau berkata, amatlah tidak adil jika pelaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan terhadap mereka.
“Sirul dan Azilah adalah anggota polis berpangkat rendah yang hanya menurut perintah,” katanya.
Mengenai komen bahawa tidak adil untuknya meminta Najib meletakkan jawatan kerana beliau dipilih melalui proses demokrasi, Dr Mahathir mengingatkan bahawa Abdullah juga melalui proses pemilihan.
“Najib memainkan peranan penting agar Tun Abdullah berundur,” katanya.
Menurutnya, perdana menteri perlu dilihat bersih dan dapat menerangkan serta menjawab persoalan yang dikemukakan agar negara berjaya ditadbir dengan baik.
“Najib tidak dapat menjawab dan tidak memberi jawapan,” katanya.
Beliau berkata, terdapat beberapa usaha untuk mengalihkan perhatian daripada soalan yang dikemukakannya dengan menuduhnya menyebelahi pembangkang.
“Jika berkata sesuatu serupa dengan pembangkang menjadi pembangkang, maka Najib juga menjadi pembangkang lebih daripada saya kerana dia bersetuju memansuhkan undang-undang pencegahan jenayah ISA dan mengabaikan Dasar Ekonomi Baru,”.
Dr Mahathir berkata, Najib juga mahu memansuhkan Akta Hasutan sebagaimana dituntut pembangkang.
“Jika begitu, Najib pembangkanglah?” katanya.
Menurutnya, perbezaan pendapat hanyalah melibatkan dirinya dengan pemimpin, bukan parti.
“Saya mengkritik pemimpin semata-mata mahu melihat kemenangan parti.
“Parti tidak akan menang sekiranya Najib sebagai pemimpin dan saya masih ahli Umno,” katanya.
Beliau berkata, beliau mempunyai harapan tinggi apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan daripada Abdullah.
“Tetapi dia lebih teruk daripada Tun Abdullah kerana mengalami kehilangan kerusi yang banyak di Selangor,” katanya.
Dr Mahathir berkata, populariti Najib semakin menurun berbanding sejak dia mengetuai BN pada 2013.
“Lagipun terdapat banyak skandal yang dia ada,” katanya.
Menurutnya, kedudukan BN di Sabah dan Sarawak kini tidak lagi selamat.
“Adakah tidak masuk akal sekiranya meramalkan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2018?,” katanya.
Mengenai anak beliau, Dr Mahathir berkata, jika beliau mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang politik, beliau boleh berbuat demikian ketika menjadi perdana menteri.
“Sekiranya berjaya, ia adalah usaha mereka sendiri. Jika ada yang tidak suka, mereka tidak akan mendapatkan sokongan ini,” katanya.
Dr Mahathir menyangkal dakwaan bahawa beliau menuduh Najib melakukan jenayah.
Menurutnya, dakwaan tuduhan itu hanya boleh ditentukan sekiranya polis membuat siasatan.
“Saya tidak tuduh Najib melakukan apa-apa jenayah,” katanya.

********* sumber SiNAR HARiAN*********
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""
No comments:
Post a Comment