Saturday, April 18, 2015

DULU TUN MAHATHIR PUN DI KRITIK, TAPI BELIAU TAK LAYAN

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat
 
Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj disifatkan kerap juga menegur dan mengkritik kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal pentadbirannya khususnya ketika berdepan dengan beberapa isu termasuk krisis Perlembagaan, krisis Raja-Raja dan hakim, namun beliau tidak ambil pusing.
Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama
 
Demikian kata Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek sambil menegaskan, walaupun Dr Mahathir menerima teguran itu namun beliau tidak melayan kritikan tersebut.
Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Bin Sidek
 
Tunku Abdul Rahman biasa tegur Mahathir, dan Mahathir terima sahaja tetapi dia tidak layan walaupun ada orang hendak cabar Mahathir, dia terima saja. Zaman Tunku jadi Perdana Menteri, Mahathir yang tegur walaupun beliau di bawahnya, zaman Tun Razak pun begitu juga, ada orang tegur dia.
 
Setiap perdana menteri, ada saja orang tegur, budaya ini baik dan bagus, walaupun teguran itu mendapat sokongan banyak pihak namun ia tidak sampai hendak menjatuhkan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian mengulas teguran Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini berikutan beberapa persoalan termasuk soal pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta pencapaian buruk BN pada PRU12 dan PRU13 lalu.
 
Mengulas lanjut, Abdul Halim juga mengingatkan Dr Mahathir supaya tidak melanggar batas-batas perundangan dalam membuat teguran terbuka itu kerana ia didakwa telah mengganggu pentadbiran Najib termasuk menjejaskan keharmonian negara.
 
Sekarang zaman Najib, Dr Mahathir tegur lagi, sebab dia ada idea, ini suatu amalan yang sihat, bekas perdana menteri itu memberi pandangan tetapi tidak sepatutnya mengganggu pentadbiran negara yang boleh menjatuhkan ketua pentadbiran sekarang.
 
Sebenarnya apa yang Dr Mahathir buat ini ialah bersalahan dengan Akta Hasutan, perbuatannya itu boleh menimbulkan huru-hara negara, jadi oleh sebab hormatnya pemerintahan sekarang (Najib) terhadap beliau, maka tiada tindakan diambil oleh pihak polis untuk merekodkan kenyataan daripada Dr Mahathir dan penyokong-penyokong beliau,” ujarnya. 
 
Abdul Halim juga berkata, tindakan masih belum diambil susulan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar didakwa masih belum merujuk perkara itu kepada Perdana Menteri sebelum langkah seterusnya diambil.
 
Pada masa sekarang belum lagi (ambil tindakan tegas), kita lihat KPN belum hendak bertindak lagi, kena ingat keutamaan sebagai bekas Perdana Menteri, biasanya KPN akan merujuk kepada Perdana Menteri dahulu sebab dia pengerusi Majlis Keselamatan Negara.
Kalau ia menggugat keselamatan dan ketenteraman negara, maka tindakan boleh diambil,” katanya lagi.
 
 
 
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, April 8, 2015

TUN M BANTAI DATUK SERI NAJIB


Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-Empat

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui semasa beliau menjadi perdana menteri negara pernah kehilangan wang, tetapi rakyat dan dunia tahu puncanya.

Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui, begitu juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya, juga diketahui,” katanya.

Menurutnya, Maminco rugi akibat tindakan London Metal Exchange yang memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam itu kepada pembeli.

Asalnya ia bertujuan menyelamat penjual yang tidak ada timah, dan sebagai pembeli, Malaysia turut mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata, kejatuhan nilai Ringgit juga menjadi salah satu faktor negara mengalami kerugian besar.

Pada tahun 1998, ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis berjaya diselamatkan apabila Ringgit pulih,” katanya menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman blognya www.chedet.com.

Dr Mahathir berkata, setiap satu Ringgit jatuh nilai mata wang, kerajaan rugi berbilion Ringgit.

Hari ini nilai Ringgit jatuh 70 sen.

Kejatuhan 70 sen pun merugikan berbilion Ringgit juga,” katanya.

Beliau berkata, untung dan rugi biasa dalam perniagaan.

Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana,” katanya.

Mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), katanya, tiada sebarang jawapan munasabah diterima berkenaan hutang RM42 bilion.

Kenapa bayar komisyen lebih 10 peratus kepada Goldman Sachs hanya kerana syarikat itu menjual bon atau membuat pinjaman bagi kerajaan?

Kenapa faedah 5.9 peratus dikenakan kerana ia kadar yang tinggi?” katanya.

Dr Mahathir berkata, peranan Jho Low dalam 1MDB juga menjadi persoalan.

Siapa dia yang diberikan kepercayaan mengendali wang 1MDB berbilion-bilion ringgit?” katanya.

Dr Mahathir berkata, Salleh Said Kruak ada membandingkan Jho Low dan kritikannya berhubung penglibatan ahli perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan dalam Petronas.

Saya lihat tiada apa-apa persamaan Jho Low dengan Tun Daim Zainuddin yang dilantik sebagai menteri kewangan,” katanya.

Menurutnya, pembelian bangunan dan pelaburan dalam filem The Wolf of Wall Street oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, juga menjadi persoalan.

Dari mana datangnya dana ratusan juta ringgit itu,” katanya.

Beliau berkata, isu 1MDB juga tidak mempunyai persamaan dengan syarikat Temasek Singapura.

Temasek tidak kehilangan wang tetapi wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang,” katanya.

Beliau berkata, balapan kuda 100 ekar yang dibeli Ananda Krishnan di Jalan Ampang dan dijual sebahagiannya kepada Petronas sebelum bertindak memajukan bersama-sama juga menjadi persoalan.

Dia sebenarnya boleh membangunkan tanah itu sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Petronas boleh membuat duit dengan projek tersebut.

Akhirnya Ananda Khishnan menjual menara yang dibina pada tanah itu kepada Petronas. Apa masalah dengan projek itu?” katanya.

Menurutnya, 1MDB bukannya lebihan dana milik kerajaan namun syarikat itu diberi pinjaman berbilion ringgit.

Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini 1MDB hanya mempunyai sebidang tanah yang dibeli murah daripada kerajaan.

Ia adalah satu-satunya aset dimiliki syarikat itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sehingga tanah itu dijual, 1MDB tidak menggunakan wang pinjaman RM42 bilion untuk membayarnya walaupun faedah.

Tanah itu telah dinilai semula dan mempunyai harga yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, tujuan beliau mengemukakan beberapa soalan terhadap Najib adalah bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan.

Beliau berkata, salah seorang pembaca portal online bertanyakan kenapa Najib dipilih menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Pada masa itu Najib nampak bersih, namun sekarang timbul syak wasangka di kalangan orang ramai kerana gagal menjawab persoalan,” katanya.


Dr Mahathir berkata, perintah untuk membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Omar dan Cik Inspektor Azilah Hadri juga menjadi persoalan.

Saya hanya tanya siapa yang keluarkan perintah itu,” katanya .

Menurutnya, terdapat beberapa pihak persoalkan kenapa isu ini dibangkitkan selepas lapan tahun.

Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini, iaitu nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh,” katanya.

Beliau berkata, amatlah tidak adil jika pelaksanaan hukuman bunuh itu dilakukan terhadap mereka.

Sirul dan Azilah adalah anggota polis berpangkat rendah yang hanya menurut perintah,” katanya.

Mengenai komen bahawa tidak adil untuknya meminta Najib meletakkan jawatan kerana beliau dipilih melalui proses demokrasi, Dr Mahathir mengingatkan bahawa Abdullah juga melalui proses pemilihan.

Najib memainkan peranan penting agar Tun Abdullah berundur,” katanya.

Menurutnya, perdana menteri perlu dilihat bersih dan dapat menerangkan serta menjawab persoalan yang dikemukakan agar negara berjaya ditadbir dengan baik.

Najib tidak dapat menjawab dan tidak memberi jawapan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa usaha untuk mengalihkan perhatian daripada soalan yang dikemukakannya dengan menuduhnya menyebelahi pembangkang.

Jika berkata sesuatu serupa dengan pembangkang menjadi pembangkang, maka Najib juga menjadi pembangkang lebih daripada saya kerana dia bersetuju memansuhkan undang-undang pencegahan jenayah ISA dan mengabaikan Dasar Ekonomi Baru
,.

Dr Mahathir berkata, Najib juga mahu memansuhkan Akta Hasutan sebagaimana dituntut pembangkang.

Jika begitu, Najib pembangkanglah?” katanya.

Menurutnya, perbezaan pendapat hanyalah melibatkan dirinya dengan pemimpin, bukan parti.

Saya mengkritik pemimpin semata-mata mahu melihat kemenangan parti.

Parti tidak akan menang sekiranya Najib sebagai pemimpin dan saya masih ahli Umno,” katanya.

Beliau berkata, beliau mempunyai harapan tinggi apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan daripada Abdullah.

Tetapi dia lebih teruk daripada Tun Abdullah kerana mengalami kehilangan kerusi yang banyak di Selangor,” katanya.

Dr Mahathir berkata, populariti Najib semakin menurun berbanding sejak dia mengetuai BN pada 2013.

Lagipun terdapat banyak skandal yang dia ada,” katanya.

Menurutnya, kedudukan BN di Sabah dan Sarawak kini tidak lagi selamat.

Adakah tidak masuk akal sekiranya meramalkan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 2018?,” katanya.

Mengenai anak beliau, Dr Mahathir berkata, jika beliau mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang politik, beliau boleh berbuat demikian ketika menjadi perdana menteri.

Sekiranya berjaya, ia adalah usaha mereka sendiri. Jika ada yang tidak suka, mereka tidak akan mendapatkan sokongan ini,” katanya.

Dr Mahathir menyangkal dakwaan bahawa beliau menuduh Najib melakukan jenayah.

Menurutnya, dakwaan tuduhan itu hanya boleh ditentukan sekiranya polis membuat siasatan.

Saya tidak tuduh Najib melakukan apa-apa jenayah,” katanya.




********* sumber SiNAR HARiAN*********

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, April 4, 2015

THE UNDERTAKER KEMBALI 2015 & MENANG DI WRESTLEMANIA 31


Di acara Wrestlemania 31, The Phenom Undertaker menentang Bray Wyatt

Pada 29hb Mac yang lepas, telah berlangsung acara pay-per-view yang cukup dinantikan peminat WWE (World Wrestling Entertainment) setiap tahun iaitu acara Wrestlemania 31.

Selain perlawanan antara Triple H menentang penggusti lagenda Sting, perlawanan yang menjadi tumpuan utama adalah antara The Undertaker menentang Bray Wyatt.

Ini merupakan kemunculan semula The Phenom setelah gagal mengekalkan Streak at Wrestlemania tahun lepas di acara Wrestlemania 30 selepas tewas menentang Brock Lesnar. Dapat dilihat ramai peminat setia The Undertaker amat teruja menanti munculnya wira lagenda mereka dari The Dead Valley.

The Undertaker kembali beraksi di gelanggang Wrestlemania berhadapan dengan penggusti berimej pelik, Bray Wyatt

Bray Wyatt yang ghairah menunggu The Undertaker tersebut memasuki gelanggang kelihatan tersenyum lebar apabila penggusti lagenda tersebut mula menggayakan tangan sambil berdiri di atas tangga.

Pada mulanya, Bray Wyatt cuba menumbuk Undertaker tetapi dihalang dengan gerakan Big Boot oleh Phenom. The Undertaker menumbuk Wyatt ke sudut dan meletakkan dia di atas tiang sudut gelanggang. The Deadman terus melanyak Wyatt dengan gerakan Old School. Bagaimanapun, Wyatt kembali menyerang dengan Shoulder Tackle dan terus menghentam Undertaker hingga jatuh dengan gerakan ClotheslineThe Deadman yang jatuh diluar gelanggang, terus menarik Wyatt keluar dan menumbuknya sebelum mengenakan Leg Drop kepada Wyatt di tepi tali gelanggang.

Undertaker kemudian menolak masuk Wyatt dan mengenakan Snake Eye, tetapi Wyatt menahan dengan sepakan ke muka sebelum menghumban Undertaker ke sudut. Wyatt menggunakan pukulan Half Nelson sebelum menumbuk The Deadman di belakang kepala menyebabkan dia terjatuh ke penjuru sebelum Undertaker memegang Wyatt dengan gerakan Hell's Gate.

Bray Wyatt dengan gerakan labah-labahnya, terkejut melihat The Undertakaer bangkit secara tiba tiba

Bray Wyatt kemudian mematahkan Hell's Gate dan menyerang dengan gerakan Reverse Throw dan kemudian Reverse Senton sebanyak dua kali, dan Bray terus dengan gerakan penyudahnya Sister Abigail sebelum mengejek isyarat pangkah leher Deadman. Namun The Undertaker berjaya menyekat dan mengenakan Chokeslamme kepada Wyatt. Taker kemudian mencacah Tombstone Pilediver tetapi Bray Wyatt menendang pada kiraan dua.

The Undertaker bangkit sejurus sebelum mengenakan Tombstone Pilediver kepada Bray Wyatt

The Undertaker kemudian sekali lagi cuba Tombstone Pilediver yang lain tetapi Bray Wyatt membalas dengan Sister Abigail pada kiraan dua. Kedua-duanya rebah. Sewaktu pengadil  mula kiraan, tiba-tiba Bray Wyatt muncul dengan gerakan labah-labah dan berjalan ke tengah-tengah gelanggang. The Undertaker tidak semena duduk dan Bray terus mencabarnya. Bray kemudian terus menyerang dengan Sister Abigail lagi. The Deadman kemudian menolak Bray ke penjuru, kemudian menarik kembali Wyatt dan terus mencacah Tombstone Pilediver untuk menang.

The Undertaker menumpaskan Bray Wyatt dan kembali dengan rekod 22-1 di Wrestlemania

Kemenangan The Undertaker disambut dengan sorakan gemuruh seluruh Stadium Levi's di Santa Clara. Kemenangan The Deadman itu membuka Streak baru buatnya. Kemenangan tersebut juga menandakan The Undertaker telah kembali dengan semangat baru.

Apakah kejutan The Undertaker selepas ini....???????

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""