Friday, September 30, 2011

FAKE FACEBOOK PROFILE - I KNOW WHO IS 'SHE'

I was so angry when I found a friend on Facebook who had been trying to strive hardly to add all my friends lately, was someone I REALLY know!

I recognized the 'guy' was 'her, when I found 'her' bio-data were impugn. However it's not surprising me because 'she' had a several fake Facebook profiles before, after I saw 'her' signed-in to the profile of a male friend who was rumored by 'her' as a  troublemaker of her life in Facebook. Wasn't it "PSYCHO" or "BRAIN DAMAGED"..??.. 

Now I know who are the TRUE owner of unknown profile in my friend's list. The profile with name Mohd Multazam is unknown to me, and I never know 'him' as well, and 'he' oftentimes wrote on 'his' Facebook wall with insulting and scolding words are too severe and disgusting!

I am here, would like to emphasize, that : 

FORGIVENESS I WILL NOT TO YOU and ALL THE DESCENDANTS OF YOU !!! ME AND THIS BLOG BE A WITNESS THAT I SPIT onto your slanting FACE WITH FULL OF HATE ON YOU !!!! GO TO HELL, YOU KINKY-HAIR MONKEY who lives in full of arrogant, proud and HEART DISGUSTING!!!! YOU WILL LIVE humiliated, AS LONG AS YOU did not APOLOGIZE and HUMBLE YOURSELF IN FRONT OF ME like WHAT my another LOVELY LITTLE SISTER DID!

"""Aku TIDAK AKAN MEMAAFKAN kau dan SEMUA KETURUNAN kau!! Aku dan BLOG NI MENJADI SAKSI BAHAWA aku MELUDAH ke MUKA serong kau DENGAN penuh benci terhadap kau!! PERGI JAHANAM KAU, si MONYET BERBULU-KUSUT yang hidup penuh dengan sombong,angkuh dan HATI menjijikkan!!! KAU AKAN HIDUP dihina, selagi kau tidak memohon maaf dan merendah diri di depan aku seperti APA yang adik perempuan ketiga aku yang manis itu pernah dan telah lakukan!""""

+++
++
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, September 21, 2011

SAINTIS CIPTA HUJAN LEBAT DI DUBAI



Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.
Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.
Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.
Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.
Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.
Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta).



---------------------------------
""EpOoL De DrAgONiZeR""
---------------------------------

Monday, September 19, 2011

KHAS BUAT AIBA & KEKANDA HATINYA

"AIBA"

Kamu merupakan insan yang telah mewarnai hidupku tanpa ku duga dan ku paksa. Biarpun baru berusia tiga bulan perkenalan, aku dapat merasakan sesuatu tentang talian yang wujud di antara kita.


Tika datangnya dikau, hatiku yang remuk berubah gilap. Tergilap dengan segala keceriaan hati yang kau kongsikan bersamaku. 

Aku lihat dan ku renung jauh ke dasar langit, terbuah dalam fikir layangku, sepanjang perkenalan kita, tidak pernah pun sekali-kali kita melanjurkan diri, apatah berbuat onar. Lalu, sejenak terdetik di denyut hati, "mesti ada sesuatu yang istimewa di antara aku dan dia". 

Di dalam aku mendayung bahtera kekeluargaan aku bersama adik kesayanganku, kehadirannya ke dalam hidupku sedikitpun tidak menjejaskan hubunganku dengan adik. Malah, setelah aku memperkenalkan kau kepada adik, hubungan kau dan adik menjadi akrab. 

Aku sangat gembira dan merasa bertuah.


Namun, semuanya berubah tatkala hari berdetik ke tarikh16 September.

Dikala rakyat Malaysia bersorak menyambut Hari Malaysia, ku mendapat perkhabaran yang kau sedang berantakan dengan kekanda hati kau.


Tika itu, aku menjadi buntu. Aku menyalahkan diriku kerana telah menyebabkan hubungan kau dan si kekanda hati kau itu bercakaran. 

Keesokan harinya, ku datang padamu. Dengan harapan, dapat aku meluahkan kesedihan pada engkau. Namun, aku yang seharusnya melemparkan airmataku, terpaksa ku seka justeru terpandang wajahmu.

Di saat kau melangkah longlai menghadap ku, ku lihat airmata mu berjujuran rebah ke bumi. Ku kesat airmata mu, ku tenangkan fikiran mu, agar dapat kau jelaskan satu persatu apakah situasi sebenar yang melanda hatimu.


Setelah mendengar segala, aku terdiam. 

Aku bisu.

Aku merasa terharu dan kasihan terhadap dirimu. Apakah dugaan yang engkau hadapi ini? Tidak mengapa, AIBA. Aku akan terus berada dibelakangmu, sentiasa menyokongmu walau dimana jua kau berada.

Aku telah menasihatimu, agar tidak kau sesekali merosakkan hubungan kau dengan kekanda hatimu. Bagiku, dia telah banyak membantumu, juga telah dahulu mengenali dirimu.

Aku hormati kekanda hatimu.

Kepada Kekanda Hati AIBA, dengarlah, kanda.

Ku tidak akan sesekali merampas apa yang pernah kanda miliki, jauh sekali memutuskan tali persaudaraan yang telah terjalin tuk sekian lamanya itu. Fahamilah kanda, kehadiran aku dalam hidup AIBA atas kekecewaan aku dan juga kekecewaannya. Kami masih didalam proses mengenali hati dan budi. Langkah kami masih jauh. Aku tidak akan sekali-kali melukakan hati kanda, yang aku sedia maklum, telahpun robek. Anggaplah kehadiranku ini sebagai seorang adikmu, yang ingin berkongsi kasih dalam keluarga kanda.

Buat AIBA, jagalah hati Kanda Hatimu itu dengan sebaiknya. Berilah sinar buatnya. Aku percaya, kecerahan sinar akan menjelma jua, dengan berkat kesabaran.


PERCAYALAH.....

""EpOoL De DrAgONiZeR""