Monday, July 18, 2011

AL-FaTihah buaT Dr. Lo' Lo'

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Binti Datuk Haji Mohd Ghazali



Semalam, tanggal 17 Julai 2011 tepat pada jam 10.15 PM, perginya seorang srikandi Islam yang masyhur dalam bidang politik Malaysia buat selamanya.

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Binti Datuk Haji Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang ketika menjalani rawatan barah payudara tahap serius yang telah dihidapi sejak lebih 2 tahun lalu.

Beliau merupakan Ahli Parlimen dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan Titiwangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu.

Sedikit info mengenai Allahyarhamah, ketika hayatnya Allahyarhamah merupakan seorang doktor dan bertugas di Pusat Perubatan KOHILAL di ibunegara sebagai Pengarah Eksekutif sejak 1994. Allahyarhamah mula menceburkan diri dalam politik sebagai ahli Dewan Muslimat PAS, sebelum bertanding di Bukit Gantang pada PRU 2004 namun kalah pada calon Barisan Nasional (BN). Allahyarhamah yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 02 Ogos 1957 meninggalkan seorang suami ; Prof. Madya Dr. Aminuddin Bin Abdul Hamid Karim, empat orang cahaya mata dan seorang cucu.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Al-Fatihah....






""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: