Monday, July 18, 2011

AL-FaTihah buaT Dr. Lo' Lo'

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Binti Datuk Haji Mohd Ghazali



Semalam, tanggal 17 Julai 2011 tepat pada jam 10.15 PM, perginya seorang srikandi Islam yang masyhur dalam bidang politik Malaysia buat selamanya.

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Binti Datuk Haji Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang ketika menjalani rawatan barah payudara tahap serius yang telah dihidapi sejak lebih 2 tahun lalu.

Beliau merupakan Ahli Parlimen dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kawasan Titiwangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu.

Sedikit info mengenai Allahyarhamah, ketika hayatnya Allahyarhamah merupakan seorang doktor dan bertugas di Pusat Perubatan KOHILAL di ibunegara sebagai Pengarah Eksekutif sejak 1994. Allahyarhamah mula menceburkan diri dalam politik sebagai ahli Dewan Muslimat PAS, sebelum bertanding di Bukit Gantang pada PRU 2004 namun kalah pada calon Barisan Nasional (BN). Allahyarhamah yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 02 Ogos 1957 meninggalkan seorang suami ; Prof. Madya Dr. Aminuddin Bin Abdul Hamid Karim, empat orang cahaya mata dan seorang cucu.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Al-Fatihah....






""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, July 4, 2011

TANGISAN WSWA (T_T)

...tangisan...mampu...mengubat...kedukaan...
...WSWA...
Andai kau ingat lagi, 
kali pertama ku coret nama mu di ruangan ini, 
memberitakan tentang kegembiraan diriku oleh kehadiranmu.

WSWA
Andai kau ingat lagi,
kali terakhir ku pahat nama mu di sini,
pada hari kau pergi meninggalkan dunia cinta kita.

...WSWA...
Andai kau ingat lagi,
setelah kepergian mu ku pedih meratapi,
kau muncul pada ku kembali,
tetapi kau tidak sendirian lagi,
malah membawa teman cinta di hati.

...WSWA...
Andai kau ingat lagi,
kali terakhir ku bertanyakan tentang perasaan hati,
lantas kau berkata setiap manusia layak mencintai dan dicintai,
lalu kau pinta ku terima hakikat ini,
sambil kau tatapi airmata ku tangisi,
ku merelakan bahagia 'tuk kau kecapi,
agar impian mu tercapai jua nanti.

WSWA
Andai kau ingat lagi,
ku bayangkan tawa cinta mu kekal menyeri,
lalu perlahan-lahan diri mu cuba ku jauhi,
agar ruang 'tuk si dia dapat di nikmati,
meskipun diri mu sudah ku anggap keluarga di hati,
namun ku risau diri ku dia cemburui.

...WSWA...
Andai kau ingat lagi,
pada suatu malam di kediaman dia si jantung hati,
kau bersimpuh lalu termenung menjauh pergi,
ku yang berada di situ setelah kau lawai,
terkedu membisu melihat tingkah mu yang tidak pasti.

WSWA
Andai kau ingat lagi,
ku cuba 'tuk tidak mengendahkan apa yang kau fikiri,
lalu sebutir permata dari kelopak mata mu lerai membumi menuruni pipi,
roma ku melangit, minda ku membelit, hati ku tercubit melihat kau sendiri,
lalu kau ku dekati,
tangan mu ku dakapi,
mata mu ku tatapi,
airmata mu ku usapi,
agar kau tenang di hati,
kerna kau tahu ku sentiasa di sisi,
walau cinta mu bukan 'tuk diri ini,

...WSWA...
Andai kau ingat lagi,
ku bertanya apakah yang kau tangisi,
dengan penuh pengisian tersirat, mata ku kau renungi,
lalu suara mu berkata "aku menyesal dan merasa sepi",
aku hairan lalu bertanya apakah erti semuanya itu kerana ku tidak fahami,
dulu kau berkehendak 'tuk hidup bebas berlari,
tanpa kongkongan mahupun dorongan ku di sisi,
kini setelah itu semua kau nikmati,
kau katakan yang kau sangat dukacita kini,
kemanisan yang kau kejari seperti tiada makna lagi,
masa depan mu seakan samar kini,
dan seketika kau renungi,
barulah ternilai pada diri mu mengenai tulus hati ku ini,

WSWA
Dengarlah adik ku,
tidak kiralah di mana pun kau berada,
dengan siapa pun kau bersama,
apa jua pun yang kau lakukan,
aku tetap, dan akan terus berada di sisi mu,
seperti mana yang pernah ku janjikan dulu,
untuk terus menjaga mu,
kerana kau adalah,

|
|
|
V

KELUARGA KU,
SAHABAT KU,
TEMAN KU,
KINI....

.....WSWA....



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, July 1, 2011

GEMBIRA JUMPA FAMILY AIBA (^_^)


Wahai AIBA

Saya nak ucap berbanyak terima kasih kerana sudi bawa saya berjumpa dengan family kamu.

Family kamu sangat baik dan tidak sombong. Saya senang ketika bersama dengan family kamu walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja.

Bertempat di rumah Kak Ana, kakak kepada AIBA yang baru sahaja menjadi pengantin baru, di Damansara Damai, saya dibawa AIBA untuk beramah mesra dan berkenalan dengan family dia.

AIBA,

"Saya sangat seronok".

Yang paling penting sekali, saya dapat cubit pipi anak saudara AIBA yang sangat comel dan lincah tu. Selama ni saya hanya dapat dengar cerita kecomelan dan kelincahannya dari AIBA je. Tapi malam tu, saya dapat juga pegang pipi dia yang mesra dengan panggilan 'Chika' oleh AIBA..

Selain tu, saya juga dapat berbual dengan abah AIBA. Abah AIBA baru je sembuh dari sakit. Menurut abah, dia menderita sakit mata yang amat perit. Puncanya pada malam dua minngu lepas, dia rasa seperti ada haiwan yang menggigit matanya. Bila keesokan paginya, abah langsung tak dapat buka mata. Mujur masa tu AIBA ada kat rumah. Dia yang pernah menuntut jurusan Farmasi tak teragak-agak membawa abah ke hospital. Alhamdulillah, abah AIBA kini sembuh dan sihat sepenuhnya. 

Selain abah, mak AIBA pun ada sekali. Memang benar apa yang AIBA kata, mak seorang yang agak pendiam. Namun begitu, saya tetap tegur dengan mak AIBA, dan tampak sifat lemah lembut dan pemalu pada wajah mak AIBA. Lagipun, mak baru je kebah dari demam masa tu. Memang kesian juga tengok mak abah AIBA yang secara tidak sengaja jatuh sakit dalam waktu yang sama. Mujur AIBA ku ada di sisi mereka (^_^).

Masa bertandang tu, family AIBA yang kebetulan baru tiba dari Johor, mempelawa saya makan.

Antara hidangan yang saya jamah malam tu :

SATAY


Memang kenyang sebab sebelum datang tu pun, saya dah makan. hehehehe.. Tapi memang sedap. Tambahan family AIBA pun semuanya peramah. Saya tak rasa kekok pun. 

Apapun, sekali lagi saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada AIBA dan seluruh ahli keluarga atas layanan yang baik dan perkenalan kali pertama itu. Saya akan jadikan satu memori indah dalam buku kehidupan saya.

YAEY!!!!

""EpOoL De DrAgONiZeR""