Thursday, March 10, 2011

POLITIK : YB GOBALA GEMBIRA, DS ANWAR BAKAL DEDAH!

Pagi tadi saya ada terbaca di dalam sisipan SINAR HARIAN, menyatakan bahawa YB Gobalakrishnan dari Padang Serai merasa gembira dan bebas setelah keluar dari Parti KeAdiLan Rakyat (PKR). Beliau berkata bahawa dirinya kini bebas dan merasa lega setelah mengumumkan keluar dari parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas.

“Sekarang saya bebas, bila saya bebas setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan)".

“Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya bebas, hirup udara pun saya rasa bebas, duduk dalam dewan yang mulia ini saya rasa bebas betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)”, katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

***Baru rasa bebas ke YB?? Kenapa tak buat dari dulu lagi?? hehehehe..

Satu lagi berita hangat hari ini adalah mengenai DS Anwar dan Saifudin Nasution yang menyatakan dalam masa terdekat ini bakal mendedahkan pembelotan yang berlaku di dalam PKR yang melibatkan UMNO.

Pendedahan mengenai bukti-bukti yang dimaksudkan ialah jenis-jenis imbuhan yang diterima mereka untuk keluar dari parti dan keterlibatan oleh pemimpin-pemimpin BN di dalam membeli mereka. Ini akan dilakukan di dalam beberapa siri himpunan bersama penyokong.

Mereka akan memberikan tumpuan pendedahan kepada lima bekas Ahli Parlimen PKR yang menjadi Bebas. Mereka ini juga didakwa memancing beberapa ahli Parlimen PKR dan Pakatan Rakyat(PR) yang lain untuk menyertai mereka.

Kelima-lima mereka itu adalah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai),Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).

PKR telah kehilangan 10 pemegang jawatan sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Ahli DUN termasuklah Y.B. Zulkifli yang dipecat dari parti oleh jawatankuasa disiplin parti.

Zahrain pernah membuat dakwaan dengan mendedahkan rancangan Anwar untuk melakukan rampasan kuasa pada 16 September 2008 manakala Zulkifli pula mendakwa bagaimana beliau diminta untuk membuat fitnah kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan melibatkan Rosmah dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Kongres berkenaan juga akan memberi peluang kepada parti untuk memperbaiki masalah perhubungan di dalam PKR dan masalah-masalah rakyat terutamanya di negeri-negeri yang diterajui oleh PR.

Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh semasa sidang media minggu lepas telah memberikan tempoh satu bulan kepada mana-mana ahli dan pemimpin parti yang ingin keluar parti agar melakukannya dalam tempoh berkenaan.

*** Sama-sama tunggu bukti tu..


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: