Wednesday, March 2, 2011

"KAMI TIADA NIAT LAWAN ULAMA"

Penganjur pameran kontroversi bertemakan Masyarakat Berakidah, Dynasty Event Sdn. Bhd menegaskan, tidak timbul isu pihaknya menentang keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana program itu sendiri telah dirancang sealiran dengan tuntutan agama.


Pengerusinya, Dr. Abdul Manan Embong berkata, pameran itu kelak bukan bertujuan untuk memaparkan artifak dan objek mistik semata-mata, malah untuk membendung akidah umat Islam daripada terus terpesong.

Menurutnya, mereka sudah berbincang dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memastikan program itu mencapai objektif yang ditetapkan.

“Kami cukup kesal kerana hasrat murni program ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan memberi gambaran negatif,’’


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: