Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUL RASUL

Penulis ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL buat semua umat Islam.

Maulidul Rasul adalah sambutan untuk kita mengingati dan menyanjung kelahiran terbesar dalam sejarah Islam iaitu Junjungan Besar Nabi Muhammad Bin Abdullah.

Baginda adalah anak kepada Abdullah Bin Hashim dan Siti Aminah Binti Wahab dan telah dilahirkan di Kota Mekah pada 12 Rabi'ul Awal, awal subuh dalam tahun Gajah.

Kelahiran baginda adalah sebuah kehadhiran yang cukup bernilai bagi agama Islam kerana baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh ALLAH kepada umat manusia. Baginda juga telah meletakkan Islam pada satu platfom yang cukup kukuh di dunia Arab dan seterusnya seluruh dunia.

Kami berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sollallohu 'Alaihi Wasallam.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: