Monday, March 29, 2010

MCA, Istana Kelantan & PKR

Tahniah EpooL ucapkan kepada Datuk Seri Chua Soi Lek atas kejayaan beliau memenangi pemilihan parti untuk jawatan presiden. Beliau menang tipis kepada Datuk Seri Ong Ka Ting dengan majoriti 68 undi. Malang buat Datuk Seri Ong Tee Kiat yang mendapat undian terendah selaku bekas presiden. Juga tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Baru baru ini, kecoh mengenai kemelut yang timbul di dalam Istana Kelantan mengenai kedudukan siapa yang berkuasa di negeri itu. Samada Sultan Ismail iaitu Sultan Kelantan ataupun Tengku Faris yang merupakan pemangku Sultan. Hmmm.... Harap dapat selesai cara baik agar tidak mencacatkan institusi Raja-Raja Melayu.

Dan terakhir, kecoh akhir-akhir ini mengenai rahsia penasihat PKR yang dibongkar bekas-bekas ahli PKR yang menjadi rakyat bebas di Parlimen. Apa seterusnya?? Tunggu dan lihat ajer...


""EpOoL De DrAgONiZeR""

No comments: