Masih terasa kita pada sambutan Maulidul Rasul Jumaat lepas. Dalam masa tiga keempat hari yang lepas, banyak perkara telah berlaku di sekitar dunia. Tidak lupa juga pada kaum Tionghua yang menyambut Chap Goh Mei ahad lepas.
Masih terngiang-ngiang trauma dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap pembunuh adik Humairah yang mati didera dengan kejam oleh suspek yang dipercayai kekasih ibunya. Menurut polis, adik Humairah didera teruk setelah laporan bedah siasat dikeluarkan oleh pihak hospital mendapati mangsa cedera teruk di kepala, leher, perut dan peha. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. Mengira kejadian yang menimpa adik Humairah dengan norma manusia, amat jauh berbeza jika difikirkan. Tergamak suspek melakukan demikian kepada mangsa yang hanya berusia 3 tahun. Ibu mangsa pula tiada bersama ketika kejadian. Diharap mangsa menerima hukuman sewajarnya!!
Kemudian, dunia dikejutkan pula dengan gempa yang belaku di Chile membawa kepada tsunami kecil. Sehingga kini, mangsa gempa kian meningkat menurut laporan tempatan Chile. Menurut sumber, gempa terakhir berlaku di sana adalah pada tahun 1999 yang mengorbankan lebih 28,000 mangsa. Negara Amerika Latin tersebut merupakan negara yang berada di garisan bencana. Semalam, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan perintah berkurung setelah kejadian curi berleluasa di sekitar bandar.
Terbaru, krisis kepimpinan di Pulau Pinang membawa kepada perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri, YB Md. Fairus Khairudin dalam PKR dan menyertai UMNO. Sebelum ini, YB Datuk Seri Zahrain keluar PKR menjadi ahli Bebas. Terkini, YB Tan Tee Beng pula mengumumkan keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
Kini, YB Zulkifli sedang menunggu keputusan ahli tertinggi PKR mengenai kedudukan beliau dalam PKR bahana tindakan beliau yang dikatakan tidak 'sebulu' dengan ahli tertinggi PKR lain.
Apa lagi seterusnya yang akan berlaku??? Wallahu A'lam....
""EpOoL De DrAgONiZeR""
1 comment:
Salam Dari kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
http://firestartingautomobil.blogspot.com
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu….
Salam perkenalan semoga terjalin sebuah persahabatan antara blog.... moga kami menerima resporn yang baik dari anda....
~~~~~~@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@~~~~~~
"ingatkanku semua, wahai sahabat
Kita untuk slamanya, kita percaya
Kita tebarkan arah, dan tak pernah lelah
Ingatkanku semua, wahai sahabat
Bila nafas kulepas, semua langkah yang lelah
Semua waktu yang hilang, tapi bayangmu tetap
Ingatkanku semua, wahai sahabat
Kita untuk slamanya, wahai sahabat
Kita bagai cerita, wahai sahabat
Ingatkanku semua, wahai sahabat
~~~~~~@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@~~~~~~~
Post a Comment