Tahniah EpooL ucapkan kepada Datuk Seri Chua Soi Lek atas kejayaan beliau memenangi pemilihan parti untuk jawatan presiden. Beliau menang tipis kepada Datuk Seri Ong Ka Ting dengan majoriti 68 undi. Malang buat Datuk Seri Ong Tee Kiat yang mendapat undian terendah selaku bekas presiden. Juga tahniah kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memenangi jawatan Timbalan Presiden.
Baru baru ini, kecoh mengenai kemelut yang timbul di dalam Istana Kelantan mengenai kedudukan siapa yang berkuasa di negeri itu. Samada Sultan Ismail iaitu Sultan Kelantan ataupun Tengku Faris yang merupakan pemangku Sultan. Hmmm.... Harap dapat selesai cara baik agar tidak mencacatkan institusi Raja-Raja Melayu.
Dan terakhir, kecoh akhir-akhir ini mengenai rahsia penasihat PKR yang dibongkar bekas-bekas ahli PKR yang menjadi rakyat bebas di Parlimen. Apa seterusnya?? Tunggu dan lihat ajer...
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Monday, March 29, 2010
Thursday, March 25, 2010
SELAMAT HARI POLIS KE-203
Saya sebagai rakyat Malaysia, ingin mengucapkan Selamat Hari Polis Yang Ke-203 tahun 2010.
Saya berharap agar penjawat uniform polis akan terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan integriti yang tinggi dan telus.
Juga kepada ayahanda tercinta yang juga seorang anggota polis di Shah Alam.......
""EpOoL De DrAgONiZeR""
Tuesday, March 2, 2010
Adik Humairah, Gempa & Pulau Pinang
Masih terasa kita pada sambutan Maulidul Rasul Jumaat lepas. Dalam masa tiga keempat hari yang lepas, banyak perkara telah berlaku di sekitar dunia. Tidak lupa juga pada kaum Tionghua yang menyambut Chap Goh Mei ahad lepas.
Masih terngiang-ngiang trauma dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap pembunuh adik Humairah yang mati didera dengan kejam oleh suspek yang dipercayai kekasih ibunya. Menurut polis, adik Humairah didera teruk setelah laporan bedah siasat dikeluarkan oleh pihak hospital mendapati mangsa cedera teruk di kepala, leher, perut dan peha. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. Mengira kejadian yang menimpa adik Humairah dengan norma manusia, amat jauh berbeza jika difikirkan. Tergamak suspek melakukan demikian kepada mangsa yang hanya berusia 3 tahun. Ibu mangsa pula tiada bersama ketika kejadian. Diharap mangsa menerima hukuman sewajarnya!!
Kemudian, dunia dikejutkan pula dengan gempa yang belaku di Chile membawa kepada tsunami kecil. Sehingga kini, mangsa gempa kian meningkat menurut laporan tempatan Chile. Menurut sumber, gempa terakhir berlaku di sana adalah pada tahun 1999 yang mengorbankan lebih 28,000 mangsa. Negara Amerika Latin tersebut merupakan negara yang berada di garisan bencana. Semalam, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan perintah berkurung setelah kejadian curi berleluasa di sekitar bandar.
Terbaru, krisis kepimpinan di Pulau Pinang membawa kepada perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri, YB Md. Fairus Khairudin dalam PKR dan menyertai UMNO. Sebelum ini, YB Datuk Seri Zahrain keluar PKR menjadi ahli Bebas. Terkini, YB Tan Tee Beng pula mengumumkan keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
Kini, YB Zulkifli sedang menunggu keputusan ahli tertinggi PKR mengenai kedudukan beliau dalam PKR bahana tindakan beliau yang dikatakan tidak 'sebulu' dengan ahli tertinggi PKR lain.
Apa lagi seterusnya yang akan berlaku??? Wallahu A'lam....

Subscribe to:
Posts (Atom)