Saturday, May 24, 2014

EPISOD BARU X-MEN 2014 - DAYS OF FUTURE PAST

 

 

 

SINOPSIS 


Cerita bermula dalam latar masa depan pada zaman Dystopian, dimana robot yang dikenali sebagai Sentinels secara besar-besaran menghapuskan mutan dan manusia yang memberi keturunan mutan. Sekumpulan mutan berjaya mengelak dari Sentinels dengan bantuan Kitty Pryde, mutan yang berkebolehan mengawal kuasa-sedar seseorang kembali ke masa lampau untuk menyampaikan amaran. Kumpulan Pryde tersebut bertemu untuk bersidang bersama Storm, Wolverine, Profesor Xavier dan Magneto di China. 

Pryde sedang mengawal kuasa sedar Wolverine untuk menghantarnya ke tahun 1973


 Pryde menghantar kesedaran Wolverine kembali ke tahun 1973 untuk menghalang Mystique daripada membunuh Bolivar Trask, pencipta Sentinels. Ini kerana berikutan pembunuhan tersebut, Mystique telah ditangkap dan DNA beliau digunakan oleh Syarikat Trask untuk mencipta Sentinels yang hampir-kebal kerana kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dengan apa jua kuasa mutan. Xavier dan Magneto menasihati Wolverine untuk mencari kedua-dua 'diri' mereka sewaktu zaman muda untuk bantuan.Wolverine bangun pada tahun 1973 dan bergerak ke X-Mansion, di mana dia bertemu Beast dan Xavier. Beast mendedahkan bahawa Institut Xavier tersebut telah ditutup selepas kebanyakan guru dan pelajar telah dideraf untuk Perang Vietnam. Xavier yang tertekan telah menyalahgunakan serum yang dicipta Beast bagi membolehkan dia berjalan, menyebabkan kuasa telepatinya hilang sama sekali. Wolverine menjelaskan misinya dan memujuk Xavier untuk membantu membebaskan Magneto dari sel penjara di bawah Pentagon, di mana dia dipenjara atas dakwaan membunuh Presiden John F. Kennedy. Mereka berjaya dengan bantuan Peter Maximoff, mutan dengan kelajuan luarbiasa.Di Washington DC, Trask gagal melobi Dewan Kongres untuk program Robot Sentinelnya. Sementara itu, di Saigon, Mystique menghalang William Stryker daripada menguntukkan sekumpulan GI mutan untuk penyelidikan Trask. Mystique menyiasat pejabat Trask dan mendapati dia telah menangkap dan menjalankan eksperimen keatas mutan. Xavier, Magneto, Beast, dan Wolverine terbang ke Paris untuk memintas Mystique. Di Paris, Mystique menyamar sebagai Jeneral Vietnam untuk menyusup ke dalam pertemuan antara Trask dengan pihak tentera Vietnam, yang cuba untuk menjual teknologi Sentinelnya kepada negara-negara komunis. Xavier, Magneto, Beast, dan Wolverine tiba tepat pada waktunya ketika Mystique dalam cubaan untuk membunuh Trask. Untuk memastikan DNA Mystique tidak dapat digunakan untuk Sentinels, Magneto cuba untuk membunuhnya, tetapi dia melarikan diri ke luar tingkap. Pergaduhan mereka berterusan hingga ke jalan-jalan dan di hadapan orang ramai.



Magneto menarik Mystique menggunakan kuasa magnetnya di kawasan orang ramai.



Walaupun Trask terselamat, dunia terkejut dengan kewujudan mutan. Presiden Richard Nixon meluluskan program Sentinel Trask dan mengatur pelancarannya. Saintis Trask berjaya mengambil sampel darah Mystique dari jalan setelah dia cedera. Sementara itu, Magneto memintas binaan prototaip Sentinels dalam transit dan mengelui bingkai berasaskan polimer mereka dengan besi keluli, untuk memudahkan dia mengawal robot-robot tersebut. Di rumah agam X-Mansion, Xavier berhenti mengambil serum dan perlahan-lahan mendapat semula kuasa telepatinya, manakala keupayaan untuk berjalannya hilang serta merta. Melalui Wolverine, Xavier bercakap kepada diri beliau di masa hadapan dan memberi inspirasi untuk berjuang demi keamanan manusia dan mutan sekali lagi. Dia menggunakan Cerebro menjejaki Mystique, yang menuju ke Washington. 

Majlis pelancaran Sentinels oleh Presiden Richard Nixon, bersama Bolivar Trask



Presiden Nixon memperkenalkan prototaip Sentinel di Rumah Putih sementara Xavier, Wolverine, dan Beast mencari Mystique. Magneto mengawal Sentinels dan menyerang orang ramai, kemudian mengangkat-letak stadium di sekeliling Rumah Putih sebagai benteng. Nixon dan Trask dibawa ke sebuah bilik keselamatan khas, disertai oleh Kabinet, pegawai Perkhidmatan Rahsia, dan Mystique pula menyamar sebagai anggota Perkhidmatan Rahsia. Wolverine dan Beast cuba untuk menghentikan Magneto, tetapi dia mengarahkan satu Sentinel melawan mereka dan melemparkan Wolverine ke dalam Sungai Potomac. 

Magneto (muda) sewaktu menyerang bilik keselamatan khas Rumah Putih. Di belakang kelihatan Presiden Nixon dan Kabinetnya.
 


Pada masa hadapan, tentera Sentinels menyerang semua baki mutan, meninggalkan hanya Xavier, Pryde, Wolverine, dan Magneto yang cedera hidup. Balik ke tahun 1973, Magneto menarik keluar bilik keselamatan khas daripada Rumah Putih dan, semasa mengisytiharkan ketuanan mutan, dia bersedia untuk membunuh Nixon. Mystique, menyamar sebagai Nixon dan meminta Magneto menghentikan perbuatannya. Xavier memujuk Mystique agar tidak membunuh Trask dan membolehkan beliau dan Magneto melarikan diri. Mutan diiktiraf bagi menyelamatkan nyawa Presiden, yang membawa kepada pembatalan program Sentinel itu. Trask ditangkap kerana cuba untuk menjual rahsia tentera Amerika.Wolverine bangun di masa hadapan dan mendapati Iceman, Rogue, Colossus, Pryde, Beast, Storm, Jean Grey, Cyclops, dan Xavier hidup. Kembali pada tahun 1973, Mystique, menyamar Stryker, mengambil hak penjagaan keatas Wolverine selepas dia diselamatkan dan dikeluarkan dari sungai.Dalam kejadian selepas kredit, ditunjukkan pelbagai lapisan orang berkumpul di padang pasir menyembah En Sabah Nur, yang menggunakan telekinesis untuk membina piramid sementara Four Horsemen melihat dari arah berdekatan.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, April 10, 2014

WWE UNDERTAKER TUMPAS DI WRESTLEMANIA

The Undertaker berdiri di dalam gelanggang di acara RAW


 WRESTLEMANIA merupakan sebuah acara pay-per-view bulanan WWE yang terbesar antara kesemua 12 acara terbitan mereka. Tahun 2014 merupakan ulangtahun bagi WRESTLEMANIA yang ke-30 (XXX). Acara ini mula diperkenalkan oleh WWE pada tahun 1985. Disinilah nama-nama besar penggusti dunia mencipta nama, seperti Hollywood Hulk Hogan, Rowdy Roddy Piper, Andre' The Giant, The Rock, Stone Cold Steve Austin, Chris Jericho, Shawn Michael, The Undertaker, Kane, Batista, John Cena dan ramai lagi.

Dalam acara WRESTLEMANIA XXX 6 April lepas, satu berita yang cukup mengejutkan seluruh peminat sukan gusti terutamanya peminat The Undertaker dimana Kemenangan Berantai : Rekod Tanpa Kalah beliau telah berakhir dengan kekalahan ditangan Brock Lesnar.

Mengimbau Kemenangan Berantai : Rekod Tanpa Kalah The Undertaker dalam WRESTLEMANIA, ia bermula pada tahun 1991 dengan kemenangan ke atas 'Superfly' Jimmy Snuka sekali gus membuka rekod pertama 1-0 dalam acara WRESTLEMANIA VII.

Berikut merupakan senarai kemenangan The Undertaker yang menjadi sejarah tersendiri WWE WRESTLEMANIA :- 

===================================================================================
WM   Opponent   Record Notes
VII   Jimmy Snuka   1–0  Single Match
VIII   Jake Roberts   2–0 Single Match
IX   Giant González   3–0 Won via disqualification
XI   King Kong Bundy   4–0 Single Match
XII   Diesel   5–0 Single Match
13   Sycho Sid   6–0 For the WWF Championship in a No Disqualification match
XIV   Kane   7–0 Single Match
XV   Big Boss Man   8–0 Hell in a Cell match
X-Seven   Triple H   9–0 Single Match
X8   Ric Flair   10–0 No Disqualification match
XIX   The Big Show & A-Train   11–0 Handicap match
XX   Kane   12–0 Single Match
21   Randy Orton   13–0 Single Match
22   Mark Henry   14–0 Casket match
23   Batista   15–0 For the World Heavyweight Championship
XXIV   Edge   16–0 For the World Heavyweight Championship
XXV   Shawn Michaels   17–0 Single Match
XXVI   Shawn Michaels   18–0 No countout, no disqualification, Streak vs. Career match
XXVII   Triple H   19–0 No Holds Barred match
XXVIII   Triple H   20–0 Hell in a Cell match with Shawn Michaels as Guest Referee
29   CM Punk   21–0 Single Match
XXX   Brock Lesnar   21–1 End of the Streak

===================================================================================


 Dalam senarai akhir tersebut, WRESTLEMANIA XXX merupakan penutup bagi Kemenangan Berantai : Rekod Tanpa Kalah The Undertaker. Pencabar beliau, Brock Lesnar tanpa diduga berjaya mengalahkan Phenom sekali gus mencipta sejarah baru dalam WWE.




Paul Heyman (kanan) memberi tanda kemenangan kepada kliennya Brock Lesnar. Jelas diwajah Heyman tampak terkejut dengan kekalahan The Undertaker sekali gus memberi kemenangan kepada Lesnar.


Perlawanan yang berlangsung selama 30 minit itu memperlihatkan kegagahan kedua-dua atlit tersebut sehinggalah
Brock Lesnar berjaya mendapat percubaan membuat Gerakan Penyudah F5 namun tidak mudah membenam Phenom. Kemudian The Undertaker pula memulakan Gerakan Penyudah Tombstone Piledriver sebanyak dua kali namun ternyata gagal melemahkan Lesnar. Brock Lesnar yang kelihatan masih bertenaga sekali lagi cuba menggerakkan penyudah F5-nya sekali gus membenam Phenom. Dengan kiraan 1-2-3, Lesnar berjaya meraih kemenangan ke atas The Undertaker dan membuat seluruh stadium terdiam seketika.

 


Penonton tidak dapat menerima kenyataan dengan kekalahan The Undertaker.
Penonton yang tergamam dengan kekalahan tersebut meluahkan kekecewaan dengan bersahut "bullshit" ke arah Lesnar.



The Undertaker juga kelihatan terkejut dan sukar untuk percaya yang beliau telah kalah dalam perlawanan tersebut. Maka berakhirlah sejarah Rekod Tanpa Kalah beliau dalam WRESTLEMANIA dengan rekod baru 21-1.




The Undertaker tumpas dalam Wrestlemania XXX 2014 dengan rekod baru 21-1.







""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, January 23, 2014

KISAH SEORANG WANITA DAN JENAZAH ANAKNYA

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

Ceritanya bermula pada lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah seorang lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta hening sunyi.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila ia semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

"Ustaz........", kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya", kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. 

"Betulkah ini mayat anak mak cik?", tanya saya.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih".

"Makcik lihatlah betul-betul...", kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?", tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini", kata saya untuk menggertaknya. 

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik. Tapi......", tambah wanita itu lagi, "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik". Sambung wanita itu lagi, "Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan", kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadith Nabi Muhammad, "Bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya". Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.         

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya bertanya, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang". Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut. "Orang tua mana pula???", katanya dengan nada amat terkejut.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!!", katanya.

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu????

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis, yang bermaksud, "Bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun". Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun??? Kira lah sendiri.

Ingatlah... Azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa dilindungi Allah dengan sebenar-benar iman.

Sunday, November 17, 2013

CINTA KETIGA : SINAR BAHAGIA YANG DATANG

Tatkala mengelamun seorang diri semalam, fikiran aku melayang sejenak terimbau kisah bagaimana aku mengenali si dia. Ya, si dia yang kini menjadi teman hidup ku.

Bermula awal Disember 2011, aku berpindah dari kampung halaman ku di Klang ke Setapak, Kuala Lumpur. Maka bermulalah kehidupan aku bersendirian di sebuah kota Metropolis. Niat aku mahu cuba untuk hidup berdikari. Seingat aku, pernah aku coretkan mengenainya sebelum ini.

Tidak sampai 2 minggu aku bermastautin di sini, rakan serumah ku Ayie memberitahu sesuatu, "Epul, aku nak g jumpa seseorang ni. Jom temankan aku, aku seganlah". Aku pun bertanya siapa insan 'malang' tersebut dengan nada gurauan. Jawabnya ringkas, 'ehem ehem'. Aku ketawa kecil. Lalu dia menyambung cerita bagaimana dia boleh mengenali insan tersebut. Aku yang mendengar cerita Ayie menjadi teruja lalu bersetuju.

Kaki kami melangkah ke Restoran Bintang Tujuh. Aku, Ayie & Achik masing-masing tidak henti bercerita mengenai hal pertemuan tersebut yang mana pada kami agak mengujakan. Ini kerana menurut Ayie, mulanya dia terpaut pada kecomelan wajah kawan insan tersebut. Namun lain pula hal nya sewaktu berkenalan, kawan kepada insan tersebut menyatakan yang dia pula telah terpaut pada Ayie. Makanya, Ayie memilih insan tersebut.

"Dorang da sampai dah!", kata Ayie dengan resah bercampur teruja, sambil ditangannya memegang telefon bimbit. Tiba-tiba aku terpandang wajah seseorang yang melintasi meja kami, namun pandangan itu aku kerling dengan ego dan ku biarkan berlalu pergi.

Alangkah tersentaknya aku apabila Ayie menyapa orang itu. "Ehhhh W** H****! Waa laju je berjalan sampai tak perasan pun. Haha.". Bila mendengar nama itu barulah aku mengerti mengapa Ayie terpaut pada empunya nama itu. Lalu kami pun bersalaman memperkenalkan diri. Mereka bertiga bernama @f**, H***** & P**Y*. Ayie mempelawa mereka duduk dimeja kami dan terus berbual. Aku yang duduk di sebelah Achik terus berborak antara kami tanpa mencelah perbualan hangat antara mereka dan Ayie. Pertemuan dalam hampir sejam itupun berakhir dengan @f** meminta diri.

Sewaktu dirumah, tiada lain dalam fikiran ku hanyalah memikirkan tentang hal rumah untuk dihias, dibersih dan dirapi. Tiba-tiba Ayie berlari mendapatkan aku dan berkata "Kawan @f** kirim salam kat kau wei.. Untunggg laaaa". Aku terkedu seketika. Lalu aku pergi mendapatkan cermin di bilik air dan ku tatap wajah buruk ku. "Hurmmm. Kau kirim salam je la balik kat dia", balas aku ringkas kepada Ayie. Sebenarnya dalam fikiran ku, yang menyampaikan salam itu bukanlah H**** tetapi rakan mereka yang ketiga. Namun Ayie sekali lagi berlari mendapatkan ku dan berkata, "Dia mintak nombor fon kau. Aku bagi ehhhh". "Bagi je laa weiii", respon ku pendek seperti kurang berminat

Keesokan harinya, sewaktu aku berada di pejabat, fon aku berdering. Satu pesanan mesej diterima dari nombor 016. "Hai. Ni kawan @f** yang semalam tu". Agak teruja apabila aku membaca pesanan ringkas itu lalu membalas, "Ni yang mana satu eh?". Sebenarnya aku masih dengan pendirian bahawa pesanan itu bukanlah dari H****. "Sentap kejap. Smpai hati xknal". Apabila membaca mesej tersebut dan seterusnya, barulah aku yakin bahawa yang menghantar pesanan itu sememangnya H****. Hari itu aku seakan-akan dilamun cinta kembali. Kami terus berbalas pesanan ringkas sehingga aku hampir terlupa kertas kerja dihadapan ku ketika itu.

Tidak sampai seminggu semenjak pertemuan pertama antara Ayie dengan @f**, mereka merancang untuk berjumpa sekali lagi. Tetapi kali ini, @f** turut mengajak aku atas pelawaan H****. Lalu kami berempat menuju ke sebuah pusat karaoke yang terletak di Brem Mall, Kepong. Amat mengejutkan tatkala H**** mendendangkan lagu pertama dari Breory Marantika, aku terpegun mendengar kelunakan suaranya. Hampir sahaja aku menitiskan airmata kerana pembawakan suaranya akan-akan seiras suara WS suatu ketika dahulu.

Selesai kami beradu suara, kami membasahkan tekak di restoran berhampiran. Sambil itu kami meneruskan perbualan dengan kisah-kisah lucu. Sejujurnya, aku tidak pernah merasa sebahagia itu semenjak berlakunya peristiwa hitam WS dan AIBA. Malam itu merupakan malam paling menggembirakan dalam hidup ku. Sebelum kami berpisah, H**** meninggalkan pesan padaku agar memandu dengan cermat dan jangan berhenti untuk terus bermesej. Temujanji pertama kami berakhir disitu.

Tanggal 13 Januari 2012 merupakan tarikh keramat untuk aku dan H****. Pada hari tersebut, aku dan si dia telah bertemu sekali lagi. Namun pertemuan itu bukanlah pertemuan biasa, malah ianya merupakan pertemuan penuh bermakna. Dalam pertemuan tersebut, aku dan H**** telah sepakat bersetuju untuk menjadi pasangan hidup dimana kami berdua telah 'declaired''. Aku menitiskan airmata kegembiraan ketika itu kerana si dia telah mengembalikan sinar yang selama ini kelam dalam hidup ku.

TERIMA KASIH, SAYANGKU. Aku amat menyayangi dirimu.

Telah aku markahi tanggal 13 Januari dalam takwim hidup ku, sebagai tarikh yang penting untuk dikenang, kembalinya sinar kebahagiaan dalam percintaan.

13 Januari 2102 - 13 Januari 2013 ( Setahun )
13 Januari 2013 - 13 Januari 2013 ( Dua tahun - InsyaAllah )

Sekian.