Wednesday, November 9, 2011

AKHIRNYA ~~

Penutupan pengkisahan Si Merah.

Setelah beberapa kali, Si Merah cuba berlagak seperti biasa, seperti tiada apa yang menyakitkan pernah mahupun telah berlaku, namun Si Merah akui Si Merah gagal mengawal emosi. 

Merah ingin mohon kemaafan dengan tindakan Merah ini.
Putih, Merah lihat kini Putih sudah mengerti. Syukurlah.

Merah dengan senang hati, membenarkan segala kata-kata Putih

Kini, Merah dengan lembut hati dan tenang, ingin menyatakan, bahawa perkisahan mengenai Merah dan Putih sudah pun berakhir.

Merah amat bersyukur kerana Putih faham akan kehendak Merah, biarpun pahit untuk Putih terima. Meskipun wujud impian atau harapan yang tidak tercapai oleh Putih, namun dengan melihat senyuman yang terukir di wajah Putih, Merah percaya wujud keikhlasan di situ.

Merah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Biru kerana sudi untuk berubah demi Putih. Di sini, dengan tegas Merah nyatakan, sedikit pun tidak Merah simpan perasaan marah dan kesal atas apa yang berlaku. Merah sangat bersyukur dengan keadaan Biru dan Putih kini.

Terima kasih, Biru.

Percayalah, Putih. Merah kini lebih tenang dan gembira. Setidak-tidaknya, kisah tiga warna ini sudah pun selesai. Merah merasa sangat bahagia melihat senyuman yang terukir di wajah Putih, juga keserian di wajah Biru, kala dilimpahi kegembiraan.

Merah dengan jujur hati merasa gembira melihat Biru dan Putih.

Kini, Merah harus mengatur kembali langkah demi langkah, dalam perkiraan mengenai hati, juga perasaan cinta, agar Merah menggapai apa yang dicari.

Merah harus menapak lagi, menapak lebih kehadapan, 'tuk menggapai cita-cita.
Merah percaya,
akan muncul kebahagian suatu hari nanti,
dan Merah harus kikis perasaan sedih,
dan mula memupuk kegembiraan 'tuk diri sendiri,
Merah harus elak menjadikan cinta sebagai halangan,
kerana KEBAHAGIAAN pasti ada 'tuk semua insan.


Merah harus buka pandangan Merah seluasnya, tenangkan perasaan dan
fikiran yang bercelaru.

Meskipun Merah tampak sedih, namun kesedihan Merah bukanlah sepenuhnya disebabkan
kisah tiga warna ini. Merah cuba mencari ruang 'tuk menerangkan luka hati Merah.

<3 Kisah Merah & Putih akan terus segar dalam memori Merah <3

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, November 7, 2011

AL-FATIHAH BUAT IBU KEMBAR SIAM AHMAD-MUHAMMAD

Suami Allahyarhamah Aishah menyiram air mawar di pusara arwah.


Ibu kepada pasangan kembar siam yang pernah mendapat liputan meluas suatu ketika dahulu, telah meninggal dunia pada 7 November lalu.

Allahyarhamah Aishah Binti Kanda, 35 tahun, ibu kepada Ahmad dan Muhammad, 13 tahun, meninggal dunia pada jam 4 pagi hari berkenaan akibat kanser payudara. Allahyarhamah dimasukkan ke Hospital Putrajaya 2 November lalu kerana masalah jantung.

Menurut suami Allahyarhamah, Rosli Abdul Rahim, 40 tahun, Allahyarhamah dikesan menghidap kanser payudara sejak lebih setahun lalu. Namun keadaannya bertambah serius sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan arwah isterinya lumpuh tidak dapat bergerak.

Ketika ditanya oleh wartawan mengenai pemergian ibu tersayang buat selamanya, mereka berdua tampak cekal dan tabah, namun sesekali mereka tidak dapat menahan sebak.

Menurut Ahmad, ”Sejak ibu sakit, saya tak pernah berhenti berdoa agar ibu sembuh semula. Namun semuanya sudah ketentuan Allah. Saya redha”.

Bagi Muhammad pula, “Ibu sentiasa bersama kami tanpa mengeluh walau dalam keadaan apa sekalipun”.

Jenazah Allahyarmah Aishah dikebumikan di perkampungannya yang terletak di Sungai Haji Dorani, Sekinchan, Selangor.

Mengimbas kenangan mengenai kembar siam tersebut, Ahmad dan Muhammad dilahirkan pada 1998 dengan keadaan bercantum di bahagian dada hingga ke bahagian pinggul dan berkongsi hati. Pada 17 September 2002, mereka telah berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi dan dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz.

Ahmad dan Muhammad sambil diperhatikan oleh ayah mereka.

Kini, kembar itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain yang sedang meningkat dewasa meskipun dalam keadaan kekurangan fizikal. Mereka kini menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya, Selangor.

Apa yang Dragonizer harapkan, semoga mereka berdua terus cekal, tabah dan banyakkan berdoa untuk ibu mereka agar ditempatkan bersama-sama dengan para solehah.

Al – Fatihah..





""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, November 4, 2011

LAGU & KENANGAN AKU : 1- JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

Dalam sedang aku duduk termangu se0rang diri, tiba-tiba aku menerima sebuah pesanan melalui e-mel. 

Tatkala membuka e-mel berkenaan, terlihat satu kod pautan lagu.

Tanpa berfikir panjang, aku pun klik pada kod berkenaan dan menyimpannya sebagai lagu blog aku ini. Alangkah terkejutnya aku apabila mendengar lagu berkenaan, yang dinyanyikan oleh kumpulan Sweet Charity, Jangan Tunggu Lama-Lama.

Lalu aku tersenyum dan ketawa sendirian. Justeru, melayang fikiran aku terkenangkan seseorang yang sangat aku sayangi.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!
Ya! Memang aku merindui dia. Namun, perkara yang terjadi telah membataskan segalanya. Tapi itu semua sudah berlalu. Aku 'okay jer' dengan keadaan yang berlaku. Bagi aku, semuanya ada hikmah. 

Namun, disebalik lagu itu, sebenarnya terdapat sebuah kisah terSIRAT yang hanya aku dan orang itu jer yang tahu. Apakah kisahnya? Huurrrmmm.. CALTEX-AKU-DIA.. Hanya itu yang menjadi saksi! Hahaha!!


""Apabila engkau berjumpa 
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan ia menunggu
Janganlah sampai ia berlalu

Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyiksa""



Hanya yang mampu aku kongsikan adalah, KEMUT !!! Pasti orang itu akan tersenyum dan ketawa tatkala melihat perkataan itu. Menurutnya, lagu diatas akan digubah menjadi lagu yang sesuai dengan latar masa dan latar keadaan pada waktu 'kejadian'. Kita tunggu sahaja...

Apapun, terima kasih atas pautan kod lagu itu. Namun, harus diingat ya. Akaun Debit kamu semakin bertambah. Maka, bersiap sedialah untuk dikreditkan. Bila?? Terserah pada yang berkuasa untuk menentukannya.

HAHAHA!!!!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!



""EpOoL De DrAgONiZeR""

SALAM AIDIL ADHA 1432 - 2011


Aku ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA buat semua umat Islam di seluruh Malaysia, seterusnya saudara-seIslam di seluruh dunia.

Tahun ini, Aidil Adha disambut pada tarikh 06 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432.

Aidil Adha sinonim dengan qurban. Pada setiap Hari Raya Aidil Adha, umat Islam diwajibkan untuk mengadakan majlis qurban dengan seekor lembu, biri-biri, kambing mahupun unta dan daging-daging hasil sembelihan tersebut disedekahkan kepada golongan fakir miskin dan kariah.

Mengimbas sejarah sambutan Hari Raya Aidil Adha, ianya merupakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada seluruh umat Islam bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam yang tabah dan sabar menuruti perintah Allah agar mengorbankan anakandanya Nabi Ismail untuk disembelih. Begitu juga kesabaran dan pengorbanan Nabi Ismail 'Alaihi Salam menyerahkan dirinya kepada Allah dan merelakan dirinya disembelih. Berkat kesabaran, ketabahan dan keimanan kedua-dua nabi Allah itu dalam menuruti perintah Allah, maka Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas untuk disembelih.

Bagi aku, Aidil Adha pada tahun ini amat bermakna kerana seperti yang sedia maklum, 2011 merupakan tahun kesukaran bagi aku dalam menempuhi liku-liku kehidupan yang diselangi dengan hati dan perasaan. 

Aidil Adha kali ini membuka sinar dan ruang baru untuk diriku mengerti dan memahami apakah itu pengorbanan. Pengorbanan yang aku lakukan demi kebahagiaan mereka disekeliling membuatkan aku lebih tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan ini. 

Kepada semua yang terlibat secara langsung dengan diriku, terutamanya keluarga, teman karib, kekasih, sahabat handai, jiran tetangga juga rakan perniagaan, harus dititikkan disini bahawa setiap pengorbanan yang aku lakukan ini bukanlah untuk kesenangan diriku sendiri, juga bukan untuk merosakkan diriku, tetapi pengorbananku ini adalah demi tempahan kegembiraan, kemuslahatan, kesenangan dan ketenangan di hari mendatang yang dapat dikongsi bersama, INSYA-ALLAH...

Sekali lagi, aku dengan rasa rendah dirinya, memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari zahir juga batin, seandainya terkasar bahasaku, tercela perlakuanku, terkotor penulisanku, mahupun terjelek perkataan.

“SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA”

""EpOoL De DrAgONiZeR""