Thursday, November 26, 2009

Ustaz Nik Mohamad Abduh, " Jangan Halang Ayah Saya'.



Anak kepada Menteri Besar, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada melepaskan jawatan.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melakukan yang terbaik dalam perjuangan tetapi beliau sudah tua dan keletihan.

"Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," katanya.

Beliau menegaskan demikian dalam blognya bagi menceritakan musibah yang meletakkan keluarganya dalam saat-saat sukar ekoran kemelut politik kepimpinan Pas yang sebahagiannya dikatakan sengaja dirancang, malah cuba memerangkap Nik Abdul Aziz.

"Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian Tuhan yang datang secara bertubi-tubi. Daripada isu mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah.

"Kemudian ia menerkam kepada isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan kroni. Belum pun 'bengah' (selesai), dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karakter dan karier.

"Kecuali isu EGM, ia telah meruntun keharmonian dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang,'' katanya.

Namun katanya, pengumuman Nik Abdul Aziz yang mengarahkan iparnya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK telah meredakan kepanasan suhu politik dan suasana sedih dan muram yang melanda keluarga.

"Biar sekalipun ia telah meninggalkan kesan luka dan calar yang mendalam buat ayahanda. Biarlah begitu kendatipun masih ada orang yang mahukan ayahanda menjirusnya dengan air mawar yang harumi buat menutup tengik aib yang terpalit," katanya.

Katanya, sebelum itu berita peletakan jawatan seorang pemimpin Pas yang dianggap kesayangan bapanya telah kedengaran lebih awal.

Mengenai isu PMBK yang melibatkan Abdul Ariffahmi, beliau sememangnya tidak menyokong pelantikan pemuda itu ke jawatan tinggi di PMBK atau jawatan Ketua Pegawai Operasi.

"Saya tahu sangat apa yang akan berlaku jika beliau diangkat ayahanda ke jawatan tertinggi di dalam PMBK. Fitnah mesti melanda dan beliau pasti terluka dan mungkin kecundang. Itu keyakinan saya.

"Kerana kita dilihat menumpang tuah bapa dan mertua. Buat yang hebat dikata tuah ayah dan mertua. Buat yang buruk dikata tidak tahu jaga bapa dan mertua. Terimalah hakikat bahawa kita ini insan bertuah yang sukar bernafas apatah bergerak," katanya.


""EpOoL De DrAgONiZeR""

Eid Adha Fest

Epool wishing a happy Eid Adha Fest to all muslim all over the world. Every year, on 9th of ZulHijjah would be a special day for all muslim to celebrate it.

Eid Adha are also known as 'Qurban Fest' as they need to sacrifice an animal to show thankful to God. The animal usually used is like a bull, a camel and a sheep or goat.

Usually, all muslim will wake in early morning to perform worship at mosque. Then, after the pray, they will return home and prepare for 'qurban'. After the animal been 'qurban' , the meat will be distributed to poor people, single mother, orphan and needed person.

Back in a history, worship of 'qurban' began with an order from ALLAH to Prophet Ibrahim to sacrifice his only son, Ismail ( later became Prophet ). In a sadness, he willing to follow the order to show his loyalty to his God. By the miracle of ALLAH, Ismail were changed by a 'kibash' to performed 'qurban'.

By that, ALLAH ordered to all muslim to perform 'qurban' every year on 9th of ZulHijjah in term to remember the 'sacrification' of Prophet Ismail and his father Prophet Ibrahim.

Once again I wish happy "Eid Adha".

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, November 24, 2009

Sultan Selangor Bertitah Mahu Rakyat Fahami Fungsi Kedaulatan Raja


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat di negeri itu supaya memahami dengan jelas fungsi Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Titah baginda, pemahaman terhadap perkara itu amat penting kerana ia boleh menghapuskan perasaan ragu-ragu, kurang faham atau curiga di kalangan rakyat tentang mengapa kedaulatan raja itu perlu dipertahankan.

Menurut baginda, raja berdaulat merupakan pelindung serta payung kepada rakyat di bawah naungannya supaya tidak teraniaya oleh perbuatan mana-mana pihak.

Tegas baginda, ketiadaan kedaulatan raja akan menyebabkan tiada satu kuasa yang boleh menjadi benteng terakhir terhadap unsur-unsur yang memecah-belahkan perpaduan rakyat dan keutuhan sesebuah kerajaan.

"Maka, ketiga-tiga elemen penting iaitu rakyat, raja dan kerajaan tidak boleh dipisahkan serta boleh diumpamakan sebagai anggota tubuh yang menjadi tonggak kepada kekuatan badan. Jika dipisahkan elemen-elemen tersebut akan mengakibatkan kepincangan yang nyata.

"Dengan itu beta menyarankan seluruh rakyat dan barisan kepimpinan sentiasa memelihara undang-undang agar segala kejayaan yang dikecapi sekarang dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan program Wacana Kedaulatan Raja-Warisan Yang Mesti Dipertahankan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Program yang melibatkan penyertaan Orang Besar Daerah, imam, nazir masjid, penghulu serta ketua kampung di seluruh Selangor itu diadakan bagi memberi penerangan serta pendedahan mengenai kedaulatan raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan.

Titah baginda, kedaulatan Sultan Selangor hanya diperolehi sekiranya rakyat di negeri itu hidup aman, makmur dan harmoni selain kerajaan negeri itu yang membangun dengan pesat, maju serta dapat bersaing di peringkat global.

"Jika salah satu daripada perkara ini pincang atau tidak berfungsi, negeri Selangor akan mundur, kucar-kacir dan seterusnya kedaulatan sultan juga akan hilang," jelas baginda.

Dalam pada itu, baginda turut menasihatkan Orang Besar Daerah, penghulu, ketua kampung, imam serta nazir sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat selain memberikan perkhidmatan yang jujur dan telus kepada seluruh rakyat di Selangor.

Baginda turut mengingatkan golongan berkenaan agar tidak mengambil kesempatan daripada pangkat yang disandang untuk kepentingan diri sendiri.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Datuk Seri Anwar Amal Sikap DOUBLE STANDARD Dalam Setiap Isu

Tempoh yang panjang diambil oleh mahkamah untuk menyelesaikan sesuatu kes dijadikan modal oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menutup sebarang isu yang dihadapinya.


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan saman juga merupakan senjata Anwar untuk menutup mulut sesiapa saja yang membuat tuduhan terhadapnya termasuk bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan.

"Beliau tahu mahkamah ambil masa panjang untuk selesai kes. Justeru, sesiapa yang buat tuduhan terhadapnya akan disaman bagi menutup sementara isu itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. (Magnum).

Antara butiran yang perlu diserahkan dalam masa 14 hari itu adalah tarikh transaksi RM60 juta dibuat, siapa yang memberikannya dan tempat duit itu diserahkan.

Khaled menambah, tindakan Anwar juga jelas menunjukkan betapa beliau seorang yang mengamalkan sikap double standard dalam sesuatu isu.

"Dari satu sudut, mahkamah digunakan untuk menghalang mereka yang menuduhnya, tetapi apabila berdepan dengan tuduhan daripada Saiful Bukhari Azlan, beliau pertikai pula mahkamah dan berusaha melengahkan perbicaraan," katanya.

""EpOoL De DrAgONiZeR""