Tuesday, January 20, 2015

KE KOREA LAH KITA - HARI PERTAMA




Setelah hampir setahun aku dengan Omar rancang nak melancong ke Korea, akhirnya dengan izin ALLAH, sampai jugak kitorang ke sana. ALHAMDULILLAH.

Kitorang bertiga. Aku, Omar dengan sorang lagi sahabat kitorang, Naz.

Coretan pun bermula...............................



12 JANUARI 2015

4.00 pagi - Kitorang bertolak dari rumah Setapak ke KL Sentral. Terima kasih kat Shai (rakan serumah kitorang) yang sudi hantar kitorang tengah pagi buta tu.

5.00 pagi - Kitorang ambik bas shuttle KL Sentral - KLIA 2 RM10 sorang. Dalam bas tu lebih kurang 1 jam la untuk kitorang sampai ke KLIA 2.

6.30 pagi - Kitorang berkumpul kat balai pelepasan sebelum masuk kat Gate. Lebih kurang setengah jam jugak la kitorang tunggu.

7.00 pagi - Masa kitorang lalu proses immigration, beg gabak yang aku bawa kena tahan. Alasan pegawai immigration tu, makanan berlauk dalam tin tak boleh bawak. Jadinya, dengan penuh rasa hampa dan dukacitanya, kitorang terpaksa la keluarkan dan tinggalkan makanan sedap tu kat situ.

7.45 pagi - Pintu flight dibukak. Dengan lafaz Bismillah, kitorang melangkah masuk ke dalam pesawat Air Asia X tu. Fuhhhhh, pertama kali aku naik pesawat yang besar macam tu. Ada dua lorong laluan, lepas kitorang disapa oleh Akak stewardess tu, terus aku dengan Omar cari tempat duduk bernombor 44B & 44D.

8.00 pagi - Pesawat dah mula bergerak dan sedia untuk berlepas. Aku tak henti-henti baca doa dalam hati (fikiran asyik teringat QZ8501, hukhukhuk), dengan harapan semoga perjalanan kitorang dilindungi ALLAH.

Dua jam kemudian masa dalam flight, kitorang dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nasir yang Omar tempah. Sedap gak rasa dia. Boleh la buat tahan untuk 6 jam dalam pesawat ke Incheon.
Nasi Lemak Pak Nasser

Aku tak sedar dah berapa lama aku terlelap. Bila aku bukak je mata, isyarat tali pinggang keselamatan dinyalakan. Cepat-cepat aku capai dan ketatkan tali keledar tu kat pinggang. Aku dapat rasa yang pesawat tu bergegar kuat sangat, mungkin sebab langgar awan tebal kot. Terus aku pejam mata dan baca doa banyak banyak.

3.30 petang (2.30 petang waktu Malaysia) - ALHAMDULILLAH, kitorang selamat mendarat kat Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Bila keluar je dari flight, terus kitorang bertiga bergegas pergi ke kaunter immigration sebab tak sabar nak rasa suasana Seoul.

Lepas selesai je semua urusan, kitorang terus carik kedai 7E nak beli kad T-Money (Kad Touch &Go) sebab kalau nak naik tren Seoul Metro lebih jimat masa pakai kad tu, senang la kitorang nak jalan jalan. Bila kad tu kitorang dah beli dengan harga $WON30,000, kitorang terus jalan keluar dari bangunan terminal tu pergi ke stesen Metro bersebelahan. Bila kitorang keluar je dari terminal, terus rasa sejuk winter tu mencucuk sampai tulang. Cepat-cepat aku capai jaket dan terus pakai. Excited giler masa tu tak payah nak cerita la. Terasa macam budak budak pulak bila kitorang main hembus haba keluar dari mulut, sebab kat Malaysia mana dapat buat macam tu. (Kalau nampak orang Korea tu, mesti diorang cakap "kesian bebudak tu tak pernah rasa winter"..Hahahaha..).

Sambil kitorang tunggu tren (AREX Line) sampai, aku berborak dengan Omar pasal list aktiviti yang akan kitorang buat sepanjang berada kat Korea. Teruja tu, teruja la jugak, sebab macam tak percaya kitorang dah ada kat Korea. Nak je suruh Omar atau Naz tempeleng aku, kot kot mimpi ke. HAHAHAHA. Kitorang syukur sangat kat ALLAH sebab dengan izin Dia, sampai juga kitorang kat Korea.

Airport Express (AREX) Line


5.00 petang - Tren yang kitorang naik tu sampai kat Stesen Seoul, destinasi akhir. Kitorang bertiga pun cepat cepat keluar cari tren Line 4, sebab kitorang kena pergi ke stesen Sookmyung Women's University. Kat situ lah guesthouse kitorang. Jauh jugak kitorang menapak keluar. Macam kat KL Sentral la konsepnya, cuma lagi besar, dan dalam sangat, lebih kurang 6 tingkat ke bawah Tanah (KL adoooo???).
Stesen Seoul Metro (Sookmyung Women's University) Line 4
5.25 petang - Kitorang pun sampai la di Stesen Sookmyung Women's University. Mula la kitorang belek kertas yang ada tulis alamat dengan tunjuk arah yang pekerja guesthouse tu bagi (Seoul Tower Family GuesthouseHangang-daero 84-gil). Dan akhirnya jumpa jugak kitorang tempat tu. Untuk pengetahuan korang, waktu siang musim sejuk ni pendek, sebab pukul 5 petang je keadaan kat Seoul dah mula gelap. Tapi agak malang buat kitorang, bila sampai je kat guesthouse tu, kosong takde orang. Fikir punya fikir, last last terpaksa la kitorang mintak bantuan guesthouse sebelah untuk call pekerja guesthouse tu. Nasib baik la Ahjumma tu baik hati tolong call kan. So, kitorang kena tunggu 20 minit, sebab pekerja tu merayap kejap entah ke mana. Haha.


Bangunan Seoul Tower Family Guesthouse
Bila pekerja tu sampai je, kitorang terus check-in. Keadaan bilik yang kitorang tempah itu sangat memuaskan hati dan selesa walaupun sempit. Kitorang pun apa lagi, campak beg, terus bummmmmmmmm, baring atas katil. Kitorang betul betul letih. Bayangkan kitorang berjalan berapa punya jauh, dapat je bantal dengan tilam, terus selamat. Satu yang bezanya kat Korea bila musim sejuk ni, kebiasaannya di Malaysia, kita akan cari kipas atau air-cond dalam bilik. Tapi kat sana, kitorang lebih perlukan alat pemanas dan syukurlah, lantai bilik tu ada heater.

Keadaan bilik kitorang cukup selesa walaupun sempit


7.30 petang - Kitorang keluar balik sebab nak rasa macam mana suasana malam kat Seoul. Rancangan kitorang, nak ke Namdaemun Night Market dengan Cheonggyecheon Stream.

Kitorang pun berjalan ke Stesen Sookmyung Women's University tadi dan naik tren Line 4 ke Stesen Hoehyun. Bila keluar je dari stesen, betul-betul sebelah kiri kitorang tu lah Namdaemun Market. Konsep market tu boleh kata macam Petaling Street kat Kuala Lumpur la. Banyak kedai jual barangan cenderamata, baju-baju dengan makanan. Harga pun boleh tahan la okay (cuma bila korang tukar pergi RM, korang akan kata "ishhh mahalnya").


Suasana di Namdaemun Market pada waktu malam

Masa kat Namdaemun Market, Omar sorang je yang membeli-belah. Aku dengan Naz just tengok-tengok je. Kat situ, kitorang survey kedai The Face Shop sebab kawan pejabat Omar tempah barang makeup #katanya, lepas tu ke satu lagi kedai jual baju pulak. Selesai je cuci mata, kitorang terus balik ke Stesen Hoehyun untuk pergi Myeong-Dong Market pulak yang terletak kat Stesen Myeong-Dong.

9.30 malam - Keadaan kat Myeong-Dong Market tu boleh dikatakan macam Bukit Bintang la sebab banyak kedai berjenama kat situ. Masa kat sana, Omar sekali lagi rambang mata bila nampak kedai makeup, dia terus masuk. Kali ni Naz join sekali. Aku pulak malas nak masuk. So aku pun jalan jalan la sendiri, tiba tiba nampak pulak strawberi merah menyala, baru $WON5,000 sepeket. Aku pun sebat la satu. Rasa dia perghhhhhhhhh, manis giler. Tak sama macam strawberi Malaysia. Hehehehe. Lepas tu kitorang ada jugak rasa makanan macam Yong Tau Fu cicah sos pelik. Rasa dia, so so je la.

Strawberi Myeong-Dong yang sedap giler tu. Fuuhhhhhh.

Ahjumma tu la yang jual Yong Tau Fu ala Seoul, tapi yang warna merah tu je kitorang makan


Suasana kat Myeong-Dong Market

Lepas tu dari Myeong-Dong, kitorang jalan kaki ke Cheonggyecheon Stream sebab dalam blog-blog yang aku baca sebelum ni, ramai yang kata permandangan kat Sungai Cheonggyecheon tu cantik bila waktu malam, sebab diorang hias dengan lampu lampu LED. Tapi memang bukan rezeki kitorang la, sebab bila sampai je kat situ, takde pun lampu-lampu macam dalam gambar google. Jadinya kitorang cuma jalan je la kat tebing sungai tu sambil nikmati air dia yang jernih ngan sejuk.


Cheonggyecheon Stream


Selesai je mentelaah kawasan tu, kitorang terus berjalan cari Stesen Myeong-Dong untuk balik ke guesthouse. 

11.00 malam - So, habis la aktiviti kitorang untuk hari pertama kat Korea. Masa untuk tidur.




=================================================================================
Link :-

Hari Kelima

Hari Keempat

Hari Ketiga 

Hari Kedua

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -



Monday, December 15, 2014

DIWADKAN KERANA DENGGI

NYAMUK AEDES PENYEBAB DENGGI



5 DISEMBER 2014 (JUMAAT)

Hari ini aku bekerja seperti biasa. Walaupun badan aku sudah mula rasa lemah sejak Rabu lepas, namun kerana tanggungjawab terhadap kerjaya aku gagahkan.

Sampai sahaja di pejabat, aku tak dapat buat kerja seperti biasa. Aku rasa terlalu lemah sehingga aku hanya mampu meletakkan kepala di meja. Seharian aku begitu. Tepat jam 6 petang, semua rakan pejabat meminta aku untuk pulang dan berehat sahaja di rumah.


6 DISEMBER 2014 (SABTU)

Aku terjaga seawal 6.00 pagi kerana terlalu sakit di bahagian kepala. Setelah mengejutkan Omar (sahabat sejati ku) untuk bersiap kerja, dia pula memaksa aku untuk ambil MC kerana khuatir akan kesihatan aku.

Jam 9.00 pagi, aku menuju ke Klinik Dr Ng yang terletak berhampiran rumah aku. Setelah diperiksa, Dr. Ng tidak meneruskan rawatan sebaliknya memaksa aku supaya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengesyaki Denggi. Dalam hati aku sudah mula risau dan tidak sedap.

Aku pulang semula ke rumah dan berehat. Dalam pada itu, aku memberitahu Omar tentang kata-kata Dr Ng namun merahsiakan dari pengetahuan ayah ibu kerana risau mereka akan susah hati.

Jam 11.30 pagi, aku perlahan-lahan berjalan menyeberangi Jalan Setapak untuk mendapatkan bas. Setelah sampai di HKL, aku terpaksa menapak ke Unit Rawatan Pesakit Luar yang terletak agak jauh dari pintu masuk utama. Setelah menunggu hampir 2 jam, akhirnya pegawai perubatan tu mengambil darah dan membuat ujian. Alhamdulillah, doktor mengatakan aku hanya demam biasa sahaja, perlukan banyak minum air masak dan berehat.

Jam 2.00 petang, Omar tiba di HKL untuk menemani aku, namun terlewat. Sudahnya, dia hanya mengambil dan menurunkan aku di hentian bas hadapan HKL dek mengejar masa untuk masuk semula ke pejabat kerana sudah melebihi waktu lunch.

Aku hanya mampu merehatkan diri di rumah sahaja. Langsung tiada kekuatan untuk keluar. Setelah menjamah roti yang aku beli di kedai runcit bawah rumah, aku terus meneguk ubat dan tidur.


7 DISEMBER 2014 (AHAD)

Hari ini aku minta Omar hantar aku ke rumah Ibu. Demam aku masih belum kebah lagi. Aku minta Ibu untuk masak kan Sup Ketam kerana menurut kata orang-orang tua, Sup Ketam dapat mengurangkan demam denggi. Jadi, bila sampai sahaja kami di sana petang tu, kami terus menjamah.

Bila jam menunjukkan 8.30 malam, Omar meminta diri untuk pulang ke Setapak namun tidak membenarkan aku untuk ikut bersama. Alasannya, biarlah aku di rumah Ibu kerana di Setapak tiada siapa boleh menjaga ku.


8 DISEMBER 2014 (ISNIN)

Aku masih tidak menunjukkan rasa demam akan kebah mahupun berkurangan. Lantas, aku minta Ibu menelefon Team Leader tempat aku bekerja untuk maklum mengenai situasi aku. Sejurus itu, Ibu membawa aku ke Klinik Centinel di Meru untuk mendapatkan ubat dan cuti sakit.

Seharian aku hanya berehat sahaja di rumah Ibu. Badan aku memang sangat lemah. Aku sendiri bingung kerana seumur hidup aku, itu lah kali pertama aku demam melebihi 3 hari berturut-turut.


9 DISEMBER 2014 (SELASA)

Hari ini aku masih bercuti. Aku dapat rasa demam aku sedikit berkurang. Setelah mendapat tahu Omar pun bercuti hari tersebut, aku meminta dia untuk datang mengambil aku di rumah Ibu. Hari itu aku cuba mengelak dari berehat sepenuhnya dengan mengemas rumah dan banyakkan bergerak.

Omar tiba di rumah Ibu jam 4.00 petang bersama dengan Shai, rakan serumah kami. Setelah kami semua menjamah sedikit masakan yang Ibu sediakan, kami pun pulang ke Setapak.

Malam tersebut, aku merasakan demam aku kembali menyerang. Namun, aku abaikan sahaja kerana tidak mahu ianya melemahkan aku.


10 DISEMBER 2014 (RABU)

Sekali lagi aku terjaga seawal 6.00 pagi. Cuma bezanya, hari tersebut demam aku sedikit berkurang. Aku terus bersiap ke tempat kerja. Namun, aku masih mengharapkan jasa baik Omar untuk menghantar.

Sampai sahaja aku di pejabat jam 9.00 pagi, semua rakan sepejabat aku melihat aku dengan pandangan semacam. Aku benar benar pelik. Sehingga lah beberapa rakan, Murthi, Abang Ilyas, Zul, Dalila, Ameera menegur aku mengatakan muka aku menunjukkan bahawa aku masih belum sihat. Ada yang mengatakan muka aku dinaiki bintik merah.

Tidak sampai sejam aku duduk, Unit Head aku mengarahkan aku untuk ke hospital. Dengan nada agak marah, dia mempersoal kehadiran aku sedangkan aku masih belum sihat sepenuhnya.

Jadi, aku terpaksa menghubungi Omar semula untuk mengambil aku dan bawa terus ke HKL. Pada saat ini, aku merasakan yang aku telah banyak menyusahkan dia.

Di HKL, darah aku diambil dan dianalisis. Amat mengejutkan apabila doktor mengatakan yang aku diserang denggi. Masih terngiang-ngiang kata kata doktor tersebut, "platelet you sangat tinggi ni, I terpaksa tahan you di wad sebab you suspect denggi tau". Aku sedikit merayu kepada doktor tersebut agar tidak ditahan namun tak dapat mengubah keputusan.

Aku terus maklum pada Omar yang aku akan tahan di wad. Sebenarnya paling aku takuti adalah, jarum suntikan untuk masuk air. Mahu tidak mahu terpaksa aku tahan sakit tersebut.

Selesai segala urusan dokumentasi, tepat jam 2.40 petang aku di hantar ke Wad 18B. Dalam sejarah hidup aku, inilah kali pertama aku di wadkan. Keadaan dalam wad agak sesak, penuh dengan pesakit. Rata-rata mereka semua dijangkiti denggi. Terus aku rebahkan kepala atas bantal dan berehat.

Nasihat doktor dan jururawat di situ, aku perlu banyakkan minum air masak kerana rawatan denggi hanya dengan air masak sahaja.

Setelah hampir 2 jam Omar menunggu aku di wad, Omar pun pulang. Sebelum pulang, aku minta Omar maklumkan perkara tersebut kepada Ibu. Risau pula hati ini, takut apa apa terjadi pada aku.

Selepas maghrib, Omar sekali lagi datang menemani aku. Waktu itu aku benar-benar rasa sayu kerana dia banyak bersusah payah membantu aku. Terima kasih, sahabat ku.


11 DISEMBER 2014 (KHAMIS)

Awal awal pagi lagi Omar sudah datang ke wad. Sengaja keluar awal katanya. Aku minta dia untuk bawakan charger. Hari ini berlalu seperti biasa. Pagi tersebut selesai bersarapan, darah aku diambil. Boleh dikatakan selang setiap 4 jam tangan aku disuntik untuk diambil darah. Aku sudah lali. Dan setiap kali doktor lintas sahaja, dia pasti akan menyuruh aku minum air masak banyak-banyak.

Ibu dan dua adik perempuan aku (Anis & Ain) datang menjenguk aku di wad tengahari itu. Walaupun nampak kerisauan diwajah Ibu namun aku beritahu tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku masih dalam keadaan baik. Aku cium tangan Ibu tanda terima kasih kerana dari jauh mereka datang semata-mata melawat aku.

Selepas Ibu pulang, Omar pula menyusul menemani aku. Tidaklah terlalu bosan di situ. Omar meluangkan masa lunch dia di wad dengan aku. Omar bertanya bila aku boleh discharge, namun masih tiada lagi tanda-tanda aku akan dikeluarkan.

Jam 6.30 petang, aku dikunjungi pula oleh Pak Yang, Mak Yang dan Hafiz (Adik Sepupu Aku). Kami berborak mengenai denggi yang menyerang aku. Beberapa minit kemudian, sekali lagi Omar menyusul. Alhamdulillah, aku merasa gembira dengan kehadiran mereka. Tidaklah terfikir sangat akan sakit aku ni.

Malam tersebut aku bersendirian tanpa Omar. Aku kesian melihat dia berkejar ke sana sini, oleh itu aku minta dia agar berehat sahaja di rumah.


12 DISEMBER 2014 (JUMAAT)

Pagi Jumaat itu Omar terlewat bangun, jadi dia tidak singgah ke wad. Namun ada berita gembira yang aku terima pagi itu. Doktor yang merawat aku mengatakan platelet aku semakin baik. Berkemungkinan besar aku boleh discharge hari tersebut bergantung pada kesihatan aku.

Tengahari itu Omar datang melawat aku lagi. Terus aku maklumkan mengenai berita gembira tersebut. Waktu itu juga lah makanan sampai. Satu perkara yang aku ingin kongsi, sebenarnya lauk makanan di HKL boleh tahan juga sedapnya. Walaupun ramai mengatakan lauk hospital tidak enak, namun bagi aku tidak. Sepanjang aku ditahan, setiap kali makanan sampai, tiap kali itu jugalah makanan tersebut habis.

Petang itu aku seakan lupa mengenai denggi. Fikiran aku melayang memikirkan hendak pulang ke rumah. Jam 5.00 petang, jururawat siapkan segala dokumentasi untuk aku discharge. Aku betul betul tak sabar untuk pulang.

Jam 7.30 malam, doktor membenarkan aku pulang. Aku amat bersyukur kepada ALLAH. Malam itu juga Omar datang menjemput aku di wad. Doktor menasihati aku supaya teruskan minum air masak dalam kuantiti yang banyak dan minta aku supaya banyakkan rehat dalam 2 ke 3 hari ini.

Sesampainya aku di rumah, aku terus mengambil wudu', membentang sejadah dan solat sunat syukur. Almaklumlah, pertama kali diwadkan, dan ALHAMDULILLAH, tiada yang buruk berlaku.
Aku amat bersyukur kepada ILLAHI kerana masih memanjang umur ku.

ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..














Friday, November 14, 2014

ORANG PERTAMA YANG ....................... DALAM ISLAM

Siapa orang pertama yang mencipta telefon...? Jawapannya adalah Alexander Graham Bell.

Tapi kalau kita tanya, siapa orang pertama yang menulis Basmallah...??????? Apa jawapannya...????

Macam mana kalau anak-anak tanya kepada ibubapa soalan atas tu.....???...... Berpeluh nak jawab.....

Jom saya kongsi sikit maklumat dibawah ni :-

 

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------------------------------------------

  1. Orang yang pertama menulis Basmalah : Nabi Sulaiman 'Alaihi Salam
  2. Orang yang pertama minum air Zam Zam : Nabi Ismail 'Alaihi Salam
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim 'Alaihi Salam
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam 'Alaihi Salam
  6. Orang yang pertama mengerjakan Sa'ie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Siti Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As-Siddiq Rodhiallu 'Anha
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar Bin Al-Khattab 
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan Bin Ali Rodhiallu 'Anha
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah Rodhiallu 'Anha
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith Bin Abi Halah 
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah Binti Khabbat 
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash 
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan Fisabilillah : Saad Bin Abi Waqqas 
  16. Orang yang pertama menjadi mu'azzin dan melaungkan azan: Bilal Bin Rabah 
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Ali bin Abi Tholib 
  18. Orang yang pertama membuat mimbar Masjid Nabawi : Tamim Ad-Dary 
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair Bin Al-Awwam 
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Ibban Bin Othman Bin 'Affan 
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Sayyidatina Khadijah Binti Khuwailid. 
  22. Orang yang pertama mengasaskan Usul Fiqh : Imam Syafe'i RH. 
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali Bin Abi Tholib 
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah Bin Abi Sufyan 
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid 
  26. Orang yang pertama mengadakan Baitulmal : Umar Al-Khattab 
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali Bin Abi Tholib 
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur 
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair 
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam.

Tuesday, October 21, 2014

TARIKH - ULANGTAHUN - UMUR - AKU


Coretan demi coretan, telah ku ukir di laman ini sejak dari 2009 hingga kini. Walaupun penulisan ku tidak-lah seindah coretan blogger-blogger lain, juga tidak-lah sekerap entri-entri mereka, namun pabila disorot kembali, telah banyak kisah yang aku kongsikan di sini.

Esok adalah 22 haribulan Oktober tahun 2014, merupakan tarikh aku dilahirkan ke bumi ALLAH ini melalui rahim ibu ku 26 tahun yang lepas. Ya, 26 tahun lepas aku dilahirkan. Ini bermakna tahun ini umur ku sudah menginjak dua puluh enam (26). Dua angka yang perlu menjadi kebanggaan buat diri ku.



Pertama sekali aku ingin mengucapkan SYUKUR ke hadrat ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA kerana sehingga ke hari ini aku masih mampu bernafas dengan penuh ketenangan, kesenangan dan kesihatan yang cukup baik. ALHAMDULILLAH.

Keduanya, ingin aku titipkan ucapan TERIMA KASIH dengan rasa penuh BANGGA terhadap kedua ibu dan ayah ku yang telah berjuang untuk membesarkan anak sulungnya ini sehingga aku berjaya dalam hidup. 

Semuanya bermula dengan sebuah permintaan hati ke hati antara dua emak, Hajah Halijah Binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajah Tarwiyah Binti Man Hasan untuk menyatukan anak mereka dengan sebuah ikatan pertunangan. Peristiwa bersejarah itu berlaku di sebuah teratak yang terletak di Jalan Tap (kini Persiaran Hamzah Alang), Meru, Klang. Dengan baju kurung yang basah dek air cucian pinggan di dapur, seorang gadis yang telah lama menjadi perhatian Hajah Halijah dipanggil masuk ke ruang tamu. Maka berlangsunglah sebuah peristiwa bersejarah dimana gadis tersebut, Mazidah Binti Ahmad ditunangkan dengan anak kedua Hajah Halijah iaitu Mohd Puzi Bin Hassan.

Hampir setahun mereka diikat dengan sebuah pertunangan, maka seterusnya berlangsunglah sebuah majlis perkahwinan yang cukup meriah di kedua-dua belah pihak pada 26 Oktober 1986. Mohd Puzi Bin Hassan, seorang anggota rekrut Polis Di-Raja Malaysia yang bertugas di Perairan Sempoerna, Sabah disandingkan dengan Mazidah Binti Ahmad, seorang kerani am di sebuah firma swasta yang terletak di Petaling Jaya.

Setelah melayari bahtera hidup sebagai pasangan suami dan isteri, banyak suka dan duka ditempuh bersama, termasuk cabaran tinggal berasingan dalam tempoh yang agak lama. Maka ALLAH kurniakan seorang zuriat buat penyeri bahtera mereka dua tahun kemudian. Tepat jam 11 malam, 22 Oktober 1988 aku dilahirkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang. Menurut ibu ku, tatkala aku ditarik keluar dari liang rahim aku hanya diam seperti tidak bernyawa. Hanya setelah doktor bidan dan jururawat menampar-nampar aku berulang kali baru lah aku menangis. Ibu ku berkata, tidak tergambar betapa gembiranya beliau di saat itu menjadi ibu kali pertama dalam hidupnya.

ALHAMDULILLAH, aku sangat bersyukur dikurniakan sebuah keluarga yang cukup lengkap. Dari segi kasih sayang, sehinggalah kepada keperluan hidup ku, semuanya sempurna. ALHAMDULILLAH YA ALLAH. ALHAMDULILLAH.

Aku juga ingin merakam setinggi-tinggi ucapan TERIMA KASIH buat sahabat sejati ku yang sentiasa berada disisi ku tak kira sewaktu senang mahupun susah. Wahai sahabat sejati ku Omar Safuan Bin Razali keberadaan kau disisi amat diperlukan. Kau banyak memberi inspirasi, semangat, sokongan dan dorongan dalam aku menempuh cabaran liku kehidupan di kotaraya ini. Kau jalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan rakan dengan baik sekali. Tidak terbalas segala kebaikan yang kau curahi terhadap ku. TERIMA KASIH, sahabat sejati ku.

Tidak terlepas aku ingin menyampaikan warkah sayangku buat mu, WHK yang aku cintai. Sejak dari mula kita kenali hingga kini, dikau tetap berada dalam hatiku seutuhnya. INSYA'ALLAH, Januari depan genap hubungan kita yang ke-tiga tahun. Ku akan terus menyayangi mu sepenuh hati ku, walau ku tahu, diriku ini terlalu banyak kelemahan. Aku SAYANG kamu.

+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""