Tuesday, June 17, 2014

MALAYSIA & OBESITI

Malaysia diletakkan antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia. Satu fakta yang harus kita ambil berat.

Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata, laporan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet mendedahkan 49% wanita dan 44% lelaki di negara ini mengalami obesiti.

"Ini suatu masalah yang sangat besar kerana ia membawa kesan penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain. Oleh itu, Perdana Menteri meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau.

Beliau ditemuramah pemberita sewaktu majlis pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) semalam.








""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, June 14, 2014

DEMAM & TANGGUNGJAWAB

26 Mei 2014, hari Isnin.
Jam 3.30 pagi, aku selamat sampai di Setapak dari Ipoh. Sesampai sahaja di rumah, aku dan dia terus merebahkan tubuh untuk berehat. Dia terus lena. Namun lena aku tidaklah panjang. Aku seakan tidak dapat melelapkan mata sepenuhnya, mungkin sewaktu dalam perjalanan, aku sudah tidur agak lama. Tak mengapalah.

Pagi itu aku bekerja seperti biasa. Bangkit seawal jam 7.30 pagi dan bersiap. Masih tiada tanda-tanda aku akan ditimpa musibah kesihatan.

Sewaktu di pejabat, aku mula merasa sendi-sendi aku menggeletar. Tenaga aku hilang hampir 89%, begitu juga fokus aku. Kepala aku seperti dihempap dengan sekampit guni beras 5kg, membuatkan aku lemah serta merta.
Tepat jam 12.45 tengahari, aku terus mencapai jaket dan berpindah tempat untuk melabuhkan kepala aku yang tak tertanggung sakitnya. Hampir 1 jam aku lena tatkala semua rakan sekerja aku enak menikmati hidangan makan tengahari. Sewaktu terjaga sahaja, semua yang berada dihadapan ku gelap dan kelam. Aku hampir pitam. Namun masih memaksa tenaga untuk terus berdiri.

Tepat jam 6.30 petang, waktu normal bekerja tamat, sekali lagi aku rebahkan kepala aku ke meja. Aku gagahkan diri untuk 'stayback' hingga jam 8.30 malam. Aku perasan, ramai antara rakan sekerja aku bimbang dengan tahap kesihatan aku yang tiba-tiba merudum hari itu.

Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke rumah bersama motorsikal besar kepunyaan dia walaupun dalam keadaan menggigil dan sakit kepala. Hanya tuhan yang tahu, betapa sakitnya aku malam itu.


27 Mei 2014, hari Selasa.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku terjaga dari lena tidur yang membuai aku malam itu. Belakang leher ku seperti dihentak kayu balak, sakitnya Maha Suci Allah yang tahu. Aku terasa untuk membuang air kecil, namun bila aku bangkit sahaja dari kamar, lutut aku terus hilang tenaga dan sekali lagi hampir pitam. Aku menyeret kaki aku dan memaksanya untuk berdiri juga. Alhamdulillah, Allah masih memudahkan.

Jam loceng berbunyi, menunjukkan waktu 7.30 pagi. Kebiasaannya, aku akan mengejutkan dia untuk bangkit bersiap. Namun pagi itu aku gagal sepenuhnya. Dia terjaga dan terkejut bila merasa haba yang sangat panas pada tubuh aku. Aku demam panas pagi itu. Aku minta dia sahaja yang bersiap dan aku akan ke klinik untuk dapatkan rawatan.


Di klinik Dr Ng, aku dirawat. Menurutnya, punca aku demam panas hari itu adalah disebabkan kekurangan air dalam badan dan gastrik yang teruk. Dr Ng memberi nasihat agar aku tidak mengatur waktu makan yang salah, juga jenis makanan yang diambil. Seharian aku berehat dirumah tanpa dapat aku bergerak kemana-mana. Tubuh aku betul betul lemah. Aku hanya menunggu kepulangan dia sahaja.


28 Mei 2014, hari Rabu.
Seawal 7pagi aku terjaga. Tubuh aku masih lemah. Badan aku masih terasa panas, namun aku merasa teramat sejuk. Dia menegah aku untuk pergi ke pejabat, namun atas dasar tanggungjawab aku gagahkan juga. Aku berjanji pada dia, akan maklumkan terus jika berlaku apa-apa pada diri aku.

Tengahari itu, aku memesan kepada dia agar membungkuskan makanan untuk aku. Lalu dia membelikan sebungkus mee goreng. Tujuannya, hanyalah untuk aku makan ubat dan mengisi perut. Tiada langsung selera aku hari itu.

Malam itu aku sekali lagi tewas. Sebaik sahaja aku sampai di rumah, tubuh aku menggigil kesejukan dan haba badan aku bertukar panas kembali. Aku terus menggapai selimut, mencari bantal dan rebahkan tubuh di atas tilam. Dia mengambilkan air masak dan menyuruh aku untuk menelan ubat. Setelah selesai aku mengambil ubat demam dan gastrik, aku terus lena tanpa mengambil kisah hal lain.


29 Mei 2014, hari Khamis.
Pagi itu seperti biasa, aku bangkit dan sedia untuk bersiap ke tempat kerja. Kepala masih terasa pening dan sakit, meskipun badan aku terasa sedikit berpeluh.

Di pejabat, aku terasa sakit aku semakin kebah meskipun sedikit pening dan lemah. Fokus aku terhadap kerja masih baik. Terima kasih pada rakan-rakan sekerja aku yang banyak memberi sokongan dan semangat.

Petang itu aku pulang ke rumah bersama dia seperti biasa. Aku singgah sebentar ke kedai untuk membeli pati bubur segera, untuk dimasak. Setelah selesai memasak bubur tersebut, dia meminta aku untuk memasakkan Mamee Chef Tom Yam untuknya. Aku pun dengan gembira memasak. Alhamdulillah, aku dapat merasa tenaga aku kembali pulih sikit demi sedikit. Selesai memasak kedua-dua juadah tersebut, aku dan dia pun menjamah bersama dihadapan TV. Sempat dia memesan, agar aku tidak lupa untuk mengambil ubat setelah selesai makan nanti.

Bubur Segera


30 Mei 2014, hari Jumaat.
Sekali lagi aku menggigil kesejukan. Aku dengan lemah mengejutkan dia dari tidur sambil meleleh airmata dek tak tertahan sakitnya kepala aku. Dia meminta aku untuk bersiap dan akan menghantar aku ke klinik kerajaan. Aku semakin risau kerana kata-kata Dr. Ng sewaktu Selasa lalu terngiang-ngiang ditelinga, "possibility of dengue might be one of the reason why your falling sick today".

Dia membawa aku ke Klinik Kesihatan Sri Rampai untuk mendapatkan rawatan susulan, atas arahan Dr. Ng. Meskipun agak ramai mereka yang menunggu giliran, namun tidak untuk aku. Hal itu membuatkan aku bertambah runsing memikirkan 'mengapa' pengurusan klinik seperti mementingkan 'demam' aku dengan memberi laluan berbanding mereka yang sudah sebelum aku menunggu giliran.

Di dalam bilik rawatan, aku diperiksa sepenuhnya. Dari mata, air liur, anak tekak, suhu badan dan juga darah. Setelah lebih kurang 30minit rawatan dan menunggu keputusan, aku menarik nafas lega. Doktor mengesahkan badan aku terlalu kurang air dan kurang makan menjadi punca aku jatuh sakit.


Setelah dia menghantar aku pulang ke rumah, dia terus bergegas ke pejabat. Sebenarnya, sebelum menghantar aku ke klinik awal pagi, dia telah memberitahu kepada Ketua Unit yang dia akan masuk ke pejabat lewat. Aku cukup serba salah atas tindakannya itu namun dia memesan agar tidak bimbang kerana semuanya okay.

Tengahari itu, sekali lagi aku menyusahkan dia. Aku meminta dia untuk pulang ke rumah dan mengambil aku ke pejabat. Tanpa berdalih sedikit pun, dia dengan senang hati membalas, "baiklah tunggu kat rumah nanti orang sampai". Aku bercadang untuk masuk kerja separuh hari kerana risaukan kerja-kerja yang tertangguh. Inisiatif aku itu mendapat pujian Ketua Unit aku dan terus memberi sokongan moral. Alhamdulillah.



Di sini, aku amat berterima kasih kepada si dia kerana sanggup berkorban masa demi menghantar aku ke klinik. Aku takkan pernah lupa jasamu menjaga aku tatkala aku sakit, bersabar dengan kerenah aku juga sentiasa melayan aku yang kerap amarah kebelakangan ini. Terima kasih, sayangku.




Wednesday, June 11, 2014

HALAL & TIDAK HALAL

 Akhir akhir ini, banyak isu diperkatakan di media dan akhbar yang berkait dengan HALAL dan TIDAK HALAL. Sensitiviti berkaitan isu ini amat tinggi kerana ia melibatkan umat Islam khususnya dan masyarakat majmuk am-nya di negara ini.

Isu mengenai gelatin dalam makana yang datang dari sumber khnizir atau babi telah lama diperdebat dan dibincangkan di negara kita ini. Malahan baru-baru ini, timbul lagi satu isu mengenai coklat Cadbury yang cukup popular bukan setakat di Malaysia malah di dunia, mengandungi gelatin tersebut.

Coklat Cadbury yang digemari ramai




Setelah begitu hangat isu tersebut diperkatakan di semua media sosial dan elektronik negara, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (FATWA) mengatakan bahawa produk berkenaan sebenarnya adalah HALAL.

Rujuk di sini : KLIK

Walaupun demikian, stigma masyarakat terhadap status HALAL produk berkenaan tetap tidak berubah, atau setidak-tidaknya mengambil masa untuk mereka mengubahnya.

Mangsa paling teruk terjejas dalam isu ini adalah imej JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tercalar apabila mereka dilihat seakan tidak peka dengan isu HALAL dan TIDAK HALAL dalam produk pemakanan yang menjadi darah daging bagi umat Islam.

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah laman web, yang mana pada hemat saya, akan membantu kita terutamanya umat Islam agar lebih berhati-hati dalam memilih produk keluaran Islam juga mendapat input mengenai produk keluaran bukan Islam.

Klik di sini :



 Semoga info di laman web berkenaan dapat membantu saudara Muslim saya menjadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih produk yang HALAL demi kemuslahatan kita bersama.




""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, May 24, 2014

EPISOD BARU X-MEN 2014 - DAYS OF FUTURE PAST

 

 

 

SINOPSIS 


Cerita bermula dalam latar masa depan pada zaman Dystopian, dimana robot yang dikenali sebagai Sentinels secara besar-besaran menghapuskan mutan dan manusia yang memberi keturunan mutan. Sekumpulan mutan berjaya mengelak dari Sentinels dengan bantuan Kitty Pryde, mutan yang berkebolehan mengawal kuasa-sedar seseorang kembali ke masa lampau untuk menyampaikan amaran. Kumpulan Pryde tersebut bertemu untuk bersidang bersama Storm, Wolverine, Profesor Xavier dan Magneto di China. 

Pryde sedang mengawal kuasa sedar Wolverine untuk menghantarnya ke tahun 1973


 Pryde menghantar kesedaran Wolverine kembali ke tahun 1973 untuk menghalang Mystique daripada membunuh Bolivar Trask, pencipta Sentinels. Ini kerana berikutan pembunuhan tersebut, Mystique telah ditangkap dan DNA beliau digunakan oleh Syarikat Trask untuk mencipta Sentinels yang hampir-kebal kerana kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dengan apa jua kuasa mutan. Xavier dan Magneto menasihati Wolverine untuk mencari kedua-dua 'diri' mereka sewaktu zaman muda untuk bantuan.Wolverine bangun pada tahun 1973 dan bergerak ke X-Mansion, di mana dia bertemu Beast dan Xavier. Beast mendedahkan bahawa Institut Xavier tersebut telah ditutup selepas kebanyakan guru dan pelajar telah dideraf untuk Perang Vietnam. Xavier yang tertekan telah menyalahgunakan serum yang dicipta Beast bagi membolehkan dia berjalan, menyebabkan kuasa telepatinya hilang sama sekali. Wolverine menjelaskan misinya dan memujuk Xavier untuk membantu membebaskan Magneto dari sel penjara di bawah Pentagon, di mana dia dipenjara atas dakwaan membunuh Presiden John F. Kennedy. Mereka berjaya dengan bantuan Peter Maximoff, mutan dengan kelajuan luarbiasa.Di Washington DC, Trask gagal melobi Dewan Kongres untuk program Robot Sentinelnya. Sementara itu, di Saigon, Mystique menghalang William Stryker daripada menguntukkan sekumpulan GI mutan untuk penyelidikan Trask. Mystique menyiasat pejabat Trask dan mendapati dia telah menangkap dan menjalankan eksperimen keatas mutan. Xavier, Magneto, Beast, dan Wolverine terbang ke Paris untuk memintas Mystique. Di Paris, Mystique menyamar sebagai Jeneral Vietnam untuk menyusup ke dalam pertemuan antara Trask dengan pihak tentera Vietnam, yang cuba untuk menjual teknologi Sentinelnya kepada negara-negara komunis. Xavier, Magneto, Beast, dan Wolverine tiba tepat pada waktunya ketika Mystique dalam cubaan untuk membunuh Trask. Untuk memastikan DNA Mystique tidak dapat digunakan untuk Sentinels, Magneto cuba untuk membunuhnya, tetapi dia melarikan diri ke luar tingkap. Pergaduhan mereka berterusan hingga ke jalan-jalan dan di hadapan orang ramai.



Magneto menarik Mystique menggunakan kuasa magnetnya di kawasan orang ramai.



Walaupun Trask terselamat, dunia terkejut dengan kewujudan mutan. Presiden Richard Nixon meluluskan program Sentinel Trask dan mengatur pelancarannya. Saintis Trask berjaya mengambil sampel darah Mystique dari jalan setelah dia cedera. Sementara itu, Magneto memintas binaan prototaip Sentinels dalam transit dan mengelui bingkai berasaskan polimer mereka dengan besi keluli, untuk memudahkan dia mengawal robot-robot tersebut. Di rumah agam X-Mansion, Xavier berhenti mengambil serum dan perlahan-lahan mendapat semula kuasa telepatinya, manakala keupayaan untuk berjalannya hilang serta merta. Melalui Wolverine, Xavier bercakap kepada diri beliau di masa hadapan dan memberi inspirasi untuk berjuang demi keamanan manusia dan mutan sekali lagi. Dia menggunakan Cerebro menjejaki Mystique, yang menuju ke Washington. 

Majlis pelancaran Sentinels oleh Presiden Richard Nixon, bersama Bolivar Trask



Presiden Nixon memperkenalkan prototaip Sentinel di Rumah Putih sementara Xavier, Wolverine, dan Beast mencari Mystique. Magneto mengawal Sentinels dan menyerang orang ramai, kemudian mengangkat-letak stadium di sekeliling Rumah Putih sebagai benteng. Nixon dan Trask dibawa ke sebuah bilik keselamatan khas, disertai oleh Kabinet, pegawai Perkhidmatan Rahsia, dan Mystique pula menyamar sebagai anggota Perkhidmatan Rahsia. Wolverine dan Beast cuba untuk menghentikan Magneto, tetapi dia mengarahkan satu Sentinel melawan mereka dan melemparkan Wolverine ke dalam Sungai Potomac. 

Magneto (muda) sewaktu menyerang bilik keselamatan khas Rumah Putih. Di belakang kelihatan Presiden Nixon dan Kabinetnya.
 


Pada masa hadapan, tentera Sentinels menyerang semua baki mutan, meninggalkan hanya Xavier, Pryde, Wolverine, dan Magneto yang cedera hidup. Balik ke tahun 1973, Magneto menarik keluar bilik keselamatan khas daripada Rumah Putih dan, semasa mengisytiharkan ketuanan mutan, dia bersedia untuk membunuh Nixon. Mystique, menyamar sebagai Nixon dan meminta Magneto menghentikan perbuatannya. Xavier memujuk Mystique agar tidak membunuh Trask dan membolehkan beliau dan Magneto melarikan diri. Mutan diiktiraf bagi menyelamatkan nyawa Presiden, yang membawa kepada pembatalan program Sentinel itu. Trask ditangkap kerana cuba untuk menjual rahsia tentera Amerika.Wolverine bangun di masa hadapan dan mendapati Iceman, Rogue, Colossus, Pryde, Beast, Storm, Jean Grey, Cyclops, dan Xavier hidup. Kembali pada tahun 1973, Mystique, menyamar Stryker, mengambil hak penjagaan keatas Wolverine selepas dia diselamatkan dan dikeluarkan dari sungai.Dalam kejadian selepas kredit, ditunjukkan pelbagai lapisan orang berkumpul di padang pasir menyembah En Sabah Nur, yang menggunakan telekinesis untuk membina piramid sementara Four Horsemen melihat dari arah berdekatan.


""EpOoL De DrAgONiZeR""