Monday, June 20, 2011

BELASUNGKAWA : PEMERGIAN 2 INSAN SENI TANAH AIR SELAMANYA

Telatah lucunya di dalam sketsa 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' suatu ketika dahulu pastinya menjadi penghibur hati kita. Watak Pak Uda yang dibawa oleh pelakon dan pelawak lagenda, Zami Ismail; 67 tahun sudah pasti mengundang hilai tawa penonton.

Namun, siapa sangka secepat itu beliau akan meninggalkan kita untuk selamanya. Pada tanggal 19 Jun 2011-hari Ahad yang lepas, sehari selepas dunia meraikan Hari Bapa, Malaysia dikejutkan dengan berita sedih bahawa beliau telah menyahut panggilan Illahi. Allahyarham yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semenjak dua minggu lalu dilaporkan sangat tenat dan sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan perubatan sejak Sabtu lalu.

Jenazah Allahyarham Zami Ismail dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Perak. Selain Allahyarham, dua anaknya turut mengikuti jejak langkah beliau dalam bidang seni iaitu pengarah terkenal M. Hitler Zami-39 yang merupakan anak sulung dan juga anak ketiga iaitu M. Soupi Zami (Opie)-37.


Allahyarham Zami Ismail (kanan) bersama anaknya yang juga seorang pelakon, Opie Zami


Belum pun reda kesedihan dengan pemergian Allahyarham Zami Ismail, negara sekali lagi mendapat berita yang mengejutkan dengan pemergian kartunis Komik Lawak Antarabangsa : Ujang, iaitu saudara Qayyum.

Menurut sumber, Allahyarham tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang menaiki ke apartment akibat terkena angin ahmar atau stroke. Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.45 malam semalam. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini di kampung halamannya dia Raub, Pahang.


Kartunis komik Ujang, Allahyarham Qayyum yang juga dikenali dengan watak Mat Despatch


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka agar ditempatkan bersama mereka yang solehin di sisi Yang Maha Pencipta.



""EpOoL De DrAgONiZeR""

Friday, June 17, 2011

KEMBALI MEM''BLOG''GING

Salam guys.

Sorry la sebab agak lama aku tak post entri.

Sebelum aku patah hati, patah riuk, patah segalanya. Pada saper yg kenal aku tu, konfem diorang tau ape yang dah berlaku pada diriku.



Anyway, tu cerita lama. Menjadi sejarah dalam hidup aku. Tarikh 22 Mac 2011 adalah tarikh keramat yang membawa kisah duka bagi aku.Pahit memang lah pahit. Tapi disebalik pahit yang aku rasa, manisnya menyusul kemudian.

Apa yang menariknya diriku selepas "clash" tu.?. hahahaha...



1- Aku mula buka akaun TAGGED balik.
2- Aku cari kenalan seramai yang boleh.






Tapi, setiap kawan yang aku 'add' dalam TAGGED tu aku bagitau awal-awal yang aku memang tak sedia untuk buka buku baru.

( Hati tengah terbelah kan kan kan )..

Haaaaa.. Nombor 3 dan seterusnya ni la bermulanya kisah gembira.. Bak kata orang tua-tua, selepas hujan, panas pastikan datang jua.. ( Tapi aku orang muda. Macam mane tu??? ) Kuikuikui.. Jom ikuti :






3- Aku kenal dengan seorang abang. Boi namanya. Umur dia dalam 34 tahun. Dia seorang yang baik dan masa aku lepak ngan dia kat Pak Li, kitorang banyak berbual pasal kisah sedih aku. Dia ni sangat berfikiran terbuka dan banyak bagi nasihat kat aku. Walaupun berlaku satu insiden yang kurang menyenangkan pada akhir pertemuan tu, tapi aku rasa okay sebab kitorang sekarang ni jadi kawan.
>>>> Aku respect kau, Abang Boi .^_^. Thanks.

4- Lepas tu, aku berkenalan pulak dengan sorang adik lelaki. Nickname dia sama ngan aku, Epul. Dia ni 20 tahun. Mula-mula kitorang jumpa, aku makan McD kat tempat dia kerja. Kitorang banyak berborak. Lama gak, dari petang pukul 4 setengah, sampai malam la bercerita tak habis. Haha. Yang kelakarnya, bila aku dah balik, masuk mesej dalam henfon aku. Macam ni tulisan nya : "sy dpt rs smthng, tp xtw ap. yg psti, rs ni wt sy resah. mcm yg sy ckp, awk ad ciri2 kwn yg sy tkut nk kwn, mcm yg sy bgtw sblum ni. papepn, tggu & lihat je". Nak tau seterusnya.?. hahaha.. Dia sekarang ni jadi adik angkat aku. Gembira kot. Bukan setakat aku dapat adik angkat baru, dapat sekali dengan kakak angkat dia yang automaticaly jadi kakak angkat aku jugak, Kak Hajar.
>>>> Thanks korang berdua .^_^. Gembira korang ada.

5- Dan kisah pun bersambung lagi. Seorang rakan lelaki berumur 25, menetap di Klang. First aku jumpa dia kat Oldtown White Cofee. Seronok berbual dengan dia sebab dia ni seorang pendengar yang baik. Aku panggil dia Zed. Banyak yang kitorang borakkan. Dan pertemuan kitorang tak berakhir malam tu je. Lepas dari malam tu, kitorang biasa lepak sama-sama, dan jadi semakin rapat. Genap sebulan kitorang kenal, berlaku sikit perselisihan faham. Mujur dia tunjukkan kematangan dia (walau sebenarnya hal tu berlaku sebab aku rasa kurang selesa dengan beberapa perkara). Then, aku jumpa dia dan berterus terang, dan sekarang ni kitorang sangat baik.
>>>> Zed, thanks a lot for being such a nice person. Terbaik dari ladang, bro ^_^

6- Dan ini orang yang terakhir aku kenal. Sebenarnya aku dah kenal dia sebelum Zed lagi. Cumanya kitorang jadi rapat selepas tu. Nama dia Adi. So far sampai setakat hari ni, aku masih lagi dalam proses nak kenal dia secara rapat. Ringkasnya, dia ni seorang yang mudah nak 'get along' dengan aku dari segi pergaulan, perbualan, perangai dan masalah. So, kira dia ni okay la untuk aku berkawan rapat.
>>>> Adi, saya ni insan yang baik kan3..???... hahahahaha.. -----pengsan-----





4 orang yang aku kenal kat atas tu akan terus menjadi orang yang aku kagumi dan terhutang budi sebab sudi menjadi kawan, rakan, teman dan saudara aku.

Korang buat aku senyum kembali.








-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, apa yang penting sekarang, aku dah kembali untuk menggesek jari jemari aku ni kat papan kunci komputer aku mem'blog'ging.

Jumpa lagi.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, March 22, 2011

SELAMAT TINGGAL, DIRINYA...

Setelah hampir tiga tahun diriku bersama dengannya, mengharungi suka-duka perjalanan hidup, hari ini pada tanggal 22 Mac 2011, penutup kepada episod cinta antara diriku dan dirinya..

Dia memilih untuk meninggalkan diriku kerana pada dirinya, tiada lagi persefahaman antara kami. Maka, pergilah dia meninggalkan diriku seorang diri..

Terima kasih daku ucapkan atas segala kenangan indah yang telah dicipta bersama. Akan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidupku kerana kaulah cinta pertamaku..

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Thursday, March 17, 2011

PEMILIK UPAH ORANG HANCURKAN LAMBORGHINI SENDIRI


Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.


Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.


Petikan KOSMO!

""EpOoL De DrAgONiZeR""