Thursday, January 27, 2011

GADIS PEMINTA DERMA DI STESEN MINYAK SEMAKIN RAMAI

Semalam keluar dalam berita TV3, sebuah pusat amal di Negeri Sembilan telah diserbu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan ( JHEANS ). Kesalahan yang dilakukan termasuk mengajar tanpa tauliah dan beberapa kesalahan lain.

Yang menjadi topik utama adalah, diantara mereka merupakan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal di pusat tersebut dijadikan sumber pendapatan dengan menjual produk-produk seperti kalendar, minyak sapu dan pelbagai lagi atas nama 'amal'.

Menurut orang kuat pusat amal tersebut, kanak-kanak yang dihantar menjual produk itu adalah sebagai latihan keusahawanan bagi mereka. Yang menjadi persoalannya, adakah rela tindakan itu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut? Ini kerana kanak-kanak sebaya mereka sepatutnya duduk dibangku sekolah menuntut ilmu dan bukannya menjaja seharian sehingga lewat malam.

Jika kita biasa mengisi minya dimana-mana sekitar Lembah Klang, pastinya kita akan terserempak dengan gadis yang menjual atau meminta derma atas nama 'amal'. Kadangkala saya rasa tergerak untuk berfikir dan bertanya kepada gadis tersebut asal-usulnya dan kepentingan tindakannya itu. Tetapi berat rasa hati dek melihat wayah sayu mereka yang seakan meraih belas.

Sebelum ini, pernah juga saya didatangi oleh seorang gadis sewaktu mengisi minyak di Stesen Petronas Pekan Meru. Apabila diminta, saya menyatakan alasan tiada wang kerana belum "cucuk". Jawapan yang diberikan memang membuatkan hati saya panas. "Isi minyak ada duit, orang minta derma sikit pun tiada duit", bisik gadis itu sendirian dengan suara yang perlahan.

Jadi apabila mendengar keluhan gadis tersebut, saya hairan adakah derma perlukan paksaan? Ataupun keluhan sebegitu kerana tindakan dia bukan seperti meminta derma tetapi seperti berniaga. Sebut pasal berniaga, pasti ada agennya. Dan terkini, agen yang menjadi persoalan itu telah diserbu oleh pihak berkuasa.

Saya bukanlah memboikot, tetapi banyak lagi cara lain untuk mereka ini menjalankan kerja amal daripada membuang masa gadis-gadis ataupun kanak-kanak tersebut di stesen minyak dengan meminta derma. Saluran yang betul akan lebih membantu untuk mendapatkan dana.

Renungkanlah...

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Monday, January 24, 2011

KB = KOTA BHARU = BANDARAYA ISLAM...????

Salam kepada semua. Maaf lama tidak "posting" entri dalam blog. Agak sibuk kebelakangan ini.

Semalam terbaca satu artikel dalam sisipan PANCAINDERA oleh MINGGUAN MALAYSIA bertarikh 23hb Januari 2011 yang agak mengejutkan bagi saya. Sejenak terfikir, mengapa sebegitu teruk keadaan tersebut berlaku?? Dimanakah letaknya norma mereka sebagai seorang lelaki dan sebagai penduduk Bandaraya Islam? Persoalan itu berlegar-legar difikiran saya.

Tajuk artikel itu adalah ' FITNESS CENTRE JADI PORT GAY '... Saya agak tertarik untuk membacanya kerana terdapat satu lakaran animasi dibawahnya yang menunjukkan seorang lelaki berkopiah bersama dengan anak-isteri dan berdialog " alamak, kantoilah aku ".. Dek kerana tertariklah, artikel tersebut dibaca.

Alangkah terkejutnya saya apabila membaca. Berikut sedikit sinopsis >>>


Pengadu ( A ) merupakan seorang yang sering mengunjungi pusat latihan gim tersebut yang terletak di dalam sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Kota Bharu. Kebelakangan ini, pusat tersebut menjadi satu pusat yang menggalakan pengunjungnya menjalankan aktiviti songsang. Antara yang terlibat termasuklah remaja, dewasa dan tidak ketinggalan mereka yang sudak berumah tangga. A mendakwa jelik dengan perlakuan mereka kerana bukan sahaja membuat dosa, malah dibuat secara depan-depan. Mereka melakukan perbuatan tersebut di dalam tab sauna stim. Mereka masuk dan berbogel lalu berlakulah aktiviti tersebut. Paling mengejutkan A, seorang lelaki berumur melakukan aktiviti tersebut dihadapan matanya tanpa ada rasa malu ataupun segan. Selang beberapa hari, A terserempak dengan seorang lelaki berperwatakan alim bersama anak dan isteri. A mengecam lelaki tersebut adalah lelaki berumur yang ber'ehem-ehem' di dalam sauna tempoh hari. A merasa hairan dan sedih kerana luaran tidak menggambarkan dalaman. Selang beberapa hari kemudiannya pula, A mengunjungi sebuah surau untuk menunaikan solat. Alangkah terkejutnya si A kerana melihat imam yang akan mengimamkan solat tersebut merupakan 'partner' kepada lelaki alim tadi sewaktu aktiviti mereka di dalam sauna tempoh hari.


Saya rasa cukuplah sampai kat situ. Jadi, apakah yang terfikir di dalam benak anda? Perkara tersebut berlaku secara terbuka, ditempat yang boleh dikatakan awam, tanpa ada rasa hormat pada orang lain, di dalam sebuah bandaraya yang diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam, yang diperintah oleh pak-pak sheikh yang tinggi ilmu agama.

Saya rasa malu setelah terbaca artikel tersebut. Malu sebagai seorang Islam, malu sebagai seorang lelaki, malu sebagai seorang remaja juga sebagai seorang anak. Ini kerana mereka yang terlibat merupakan seorang Islam, lelaki, remaja dan juga seorang ayah dan suami. Tidakkah ini jelik??

Saya berharap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya bagi membendung gejala yang kotor tersebut walau di Kota Bharu, mahupun dimana sahaja.

""EpOoL De DrAgONiZeR""

Tuesday, January 11, 2011

ISU INTERLOK : Airmata Sasterawan Negara


Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain ketika ditemuramah

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?


ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.

SOALAN : Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?

ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.

SOALAN : Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?

ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

SOALAN : Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?

ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.

SOALAN : Datuk masih menulis?

ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.




Thursday, September 9, 2010