Thursday, March 19, 2015

GURAU - SURPRISE HARI JADI



Saleem baru berkahwin dan tinggal bersama isterinya, Sari Ayu. Saleem ada satu tabiat suka makan telur rebus. Tak tahu lah kenapa, mungkin sedap agaknya. Tapi sejak mereka kahwin, tabiat Saleem tu dah berkurang sikit sebab Sari Ayu selalu masak sedap. Tapi bila dah lama tu, Saleem tiba-tiba teringin pulak nak pekena telur rebus. 

So, ceritanya bulan lepas balik dari kerja, kereta Saleem rosak. Saleem call bini dia dan bagitau dia balik lambat sikit sebab terpaksa berjalan balik. Disebabkan lapar sangat, masa tengah berjalan tu, Saleem singgah kedai makan. Di order-nya telur rebus. Apa lagi, Saleem pun mencekik la nasi dengan telur rebus. Lepas dah habis makan nasi tu, di order-nya lagi buat ratah pulak. Sebelum balik, Saleem mintak bungkus pulak, buat makan sambil berjalan balik. Saleem kekenyangan yang amat, al-maklumlah balas dendam sebab lama tak makan telur rebus. 

Sampai rumah Saleem bukak je pintu, bini dia cakap, "Abang, ada 'surprise'........." sambil sengih-sengih dia tutup mata Saleem dan ikat dengan kain hitam, kemudian pimpin Saleem ke meja makan. Saleem pun duduk. Sari Ayu siap pesan jangan try nak bukak ikatan. Masa tu Saleem rasa nak ke toilet sebab perut dia dah start buat hal, tapi malas nak spoil-kan 'surprise' bini dia. Makanya Saleem pun tahan je la dulu.. 


Tiba-tiba handphone Sari Ayu berbunyi, dia angkat dan pergi jauh dari meja. Saleem agak, mesti sampai ke dapur bini dia pergi. Peluang tu Saleem ambil, terus kentut sebab dari tadi lagi dia tahan. Baunya boleh tahan pekung la, sebab makan banyak telur rebus kan.. Dah sekali, tiba-tiba lagi sekali Saleem sembur, siap angkat sebelah punggung lagi dia lepaskan satu das! PRUTTTTTTTTT! Bau memang tak ingat, Saleem sendiri pun tak tahan. 

"Lama pulak bini aku ni, aku tak sabar nak tau apa surprise dia...", rungut Saleem dalam hati. Tiba-tiba Saleem rasa nak kentut lagi, terus dia bangun, tonggeng dan PROTTTTTTTTT!!.. "Fuhh lega, bau macam bangkai.....!!!", Saleem ketawa. Dekat 2-3 minit baru bau tu hilang. Lepas tu bini dia pun datang. Mintak maaf Abang sebab lambat", kata Sari Ayu. 

Tiba-tiba Sari Ayu jerit "SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABANG!!" Saleem lupa hari ini birthday dia. Isteri Saleem suruh Saleem buka kain penutup mata, Saleem pun buka. Mulut Saleem terus terlopong.. ALAMAK!!! Saleem tengok merah padam muka bapa & mak mertua dia, adik-adik ipar dia yang duduk keliling meja makan. Bos dengan jiran sebelah rumah dia pun ada????! Saleem nak cover malu punya pasal, Saleem pun buat buat la tanya bapa mertua dia, "dah lama ke bapak sampai?". Selamba je bapa mertua dia jawab, "dah lama dah........sebelum kentut pertama lagi!!".
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Sunday, March 8, 2015

AL-FATIHAH : HARUN SALIM BACHIK DALAM KENANGAN


ALLAHYARHAM HARUN SALIM BACHIK

Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata Harun disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang.
Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.
Anak Harun, Hakeem Sofi Al-Rashyid, 14, berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.
Hakeem Sofi berkata, dia menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu.
"Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayah mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas berkenaan," katanya yang ditemui di rumah mayat Hospital Parit Buntar.
Hakeem Sofi berkata, ayahnya menghidap asma sejak kecil dan semakin serius dan kerap sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, ketika di Pulau Pinang ayahnya tidak menunjukkan tanda diserang sakit itu.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat hospital berkenaan dan turut kelihatan sahabat arwah yang juga penyanyi, Datuk Hattan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudathul Sakinah, Batu Muda, Gombak, keesokan harinya.
Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado. Selain itu, Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.
Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.


INFO LAIN MENGENAI ALLAHYARHAM

Nyanyian - Album Belilah dengan lagu popular Banjir.
Filem - Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2.
Drama - SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.


SUMBER   :   BERITA HARIAN
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, February 28, 2015

KOPERAL SIRUL AZHAR UMAR - KAMBING HITAM - KEMATIAN ALTANTUYA SHAARIBU



Mendiang Altantuya Shaaribuu

Kes pembunuhan Altantuya Shaaribu kembali hangat diperbincangkan apabila salah seorang tertuduh yang telah dijatuhi hukuman mati, Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Australia, mengeluarkan kenyataan kepada pihak media untuk membongkar rahsia di sebalik pembunuhan tersebut.

Sirul telah bertindak melarikan diri ke Australia beberapa bulan sebelum Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu memutuskan hukuman mati ke atasnya bersama seorang lagi tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya.

Koperal Sirul Azhar Umar

Dalam pendedahannya dari Australia, Sirul mengaku membunuh model dari Mongolia itu, tetapi menegaskan yang dia melakukannya atas arahan pihak tertentu dan menyifatkan dirinya sebagai kambing hitam. Pendedahan terbaru Sirul ini menarik perhatian yang cukup besar sehingga pihak media bergegas meminta komen dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pernah dikaitkan dengan kes tersebut. Najib yang enggan mengulas lanjut hanya menyifatkan apa yang dikatakan oleh Sirul sebagai 'mengarut'. Jawapan ini terus memanaskan lagi suasana dan telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi terhadap kes berprofil tinggi ini.

Walaupun Malaysia telah dikhabarkan memohon ekstradisi ke atas Sirul, Kerajaan Australia bagaimanapun sehingga kini masih tidak mahu melepaskan pesalah terbabit kerana undang-undang negara kanggaroo tersebut membenarkan orang-orang yang dihukum mati untuk berlindung di negaranya. Di samping misteri bagaimana Sirul boleh bolos ke Australia jika tiada bantuan serta perancangan yang rapi dan teliti, Kerajaan Malaysia dilihat tersepit dengan perjanjian ekstradisi yang ditandatanganinya sendiri.

#Masih Menunggu Update Terbaru Mengenai Sirul di Australia.......






***sumber : My Khilafah ( BIL:SN418 )
+
+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Wednesday, February 25, 2015

KINGSMAN : THE SECRET SERVICE - TERBAIK



Aku baru je lepas tengok citer Kingsman : The Secret Service kat TGV Wangsa Walk. Aku beli tiket online pukul 19:15, tapi sampai lewat sebab terkejar kejar lepas balik keje.

First first, aku rasa macam biase biase je citer dia. Tapi bila sorang kawan office aku Abg Ilyas recommend suh aku tengok, aku pun gigih la pi tengok.

Serious aku cakap, citer dia langsung tak bosan baq ang. Dari start citer, sampai la habis, takde pun part bosan, seronok je aku ikut flow jalan citer dia. 

Citer dia ni pasal satu organisasi rahsia Kingsman, ala ala James Bond 007 la. Diorang banyak involve untuk selamat kan dunia. Actually dalam Kingsman ni ada beberapa wakil agen seluruh dunia yang dipanggil Lancelot. Lancelot utama dia si Galahad, mentor hero citer nih, Eggsy.

Part paling best sekali, masa Merlin letupkan mikro cip tuh, havoc giler baq ang....siap ada muzik okestra lagi.. #Hahahahaha.

Jom aku share sket sinopsis citer tu :-





Sewaktu misi di Timur Tengah, agen rahsia, Harry Hart, aka "Galahad," gagal menyelamatkan salah seorang rakan agen. Kerana merasa bersalah, beliau sendiri menyampaikan pingat keberanian kepada balu agen tersebut dan anaknya, Gary "Eggsy" Unwin, dan mengatakan jika mereka memerlukan bantuan, mereka hanya perlu menghubungi nombor telefon di belakang pingat dan menyampaikan mesej berkod.

Tujuh belas tahun kemudian, saintis iklim James Arnold diculik oleh penyerang yang tidak dikenali, yang diketuai oleh Gazelle, pembunuh dengan kaki palsu bilah, dan majikannya, seorang jutawan internet Richmond Valentine. Salah seorang rakan Hart, yang digelar "Lancelot" cuba untuk menyelamatkan saintis tersebut, tetapi gagal. Valentine, yang terkenal dengan sifat dermawannya, terus bertemu dengan beberapa ketua negara dan orang kenamaan, sebahagian daripada mereka hilang selepas itu. Beliau juga mengumumkan promosi giveaway kad SIM, dengan memberi akses telefon selular dan internet percuma.

Di London, Eggsy yang kini semakin dewasa menjadi anak muda yang menganggur, hidup dengan ibunya, adik tiri yang masih bayi dan bapa tiri yang sangat teruk. Walaupun dia seorang yang pintar dan berkebolehan, dia meninggalkan latihan Tentera Marin Di -Raja dan hidup tanpa arah tujuan. Selepas ditangkap kerana mencuri kereta, Eggsy menghubungi nombor pada bahagian belakang pingat. Hart yang membantu membebaskannya memberitahu Eggsy tentang kewujudan Kingsmen, sebuah agensi perisikan rahsia yang mana kedua-dua dia dan arwah ayah Eggsy bekerja. Berikutan kematian seorang Lancelot, Kingsmen kini mempunyai kekosongan untuk agen baru, dan Eggsy bersetuju untuk turut serta. Beliau menyertai kumpulan calon-calon lain, termasuk seorang wanita yang bernama Roxy. Latihan diawasi oleh "Merlin" seorang Pegawai Kanan Kingsman. Calon-calon yang gagal dikeluarkan satu demi satu sehingga Eggsy dan Roxy muncul sebagai dua finalis. Walau bagaimanapun, Eggsy gagal ujian terakhir, dan Roxy menjadi Lancelot baru.

Pada masa yang sama, Kingsmen telah menyiasat Valentine berkaitan dengan kehilangan VIP. Hart cuba menjejaki saintis James Arnold dan memaksa beliau mendedahkan rahsia mengenai Valentine. Cip yang diimplan dalam kepala Arnold kemudiannya meletup, membunuh beliau dan mencederakan Hart. Namun itu tidak menghalangnya, Hart kemudian menyamar pula sebagai jutawan terkenal dan mengatur makan malam bersama Valentine, dan menjelaskan pandangan beliau; manusia adalah serupa dengan virus, pemanasan global adalah bersamaan Bumi demam, dan Valentine bercadang untuk melakukan sesuatu tentang masalah itu sebelum virus tersebut membunuh ''Tuan Rumah''.

Hart kemudiannya menjejaki Valentine di sebuah gereja kumpulan kebencian di Kentucky di mana Valentine dan Gazelle sedang menjalankan ujian. Mereka melancarkan isyarat kepada kad SIM, menyebabkan semua orang di dalam gereja, termasuk Hart, menjadi ganas tanpa kawalan. Satu pergaduhan besar meletus dan pembunuhan turut berlaku, namun Hart sahaja yang terselamat, manakala Eggsy, Merlin dan Arthur "Pemimpin Kingsmen" memantau melalui pautan video. Valentine kemudiannya menghampiri Hart, dan memberitahu rancangannya untuk menyiarkan isyarat ke seluruh dunia, dengan menggunakan rangkaian satelit untuk menghapuskan secara besar-besaran seluruh umat manusia, seterusnya menyelamatkan Bumi daripada kerosakan yang lebih teruk. Hanya segelintir yang Valentine telah anggap sebagai layak hidup - iaitu mereka yang berpihak kepadanya dan mereka mendapat mikrocip perlindungan yang tertanam di kepala mereka sahaja akan terlepas. Setelah mendedahkan rancangannya, Valentine membunuh Hart.

Eggsy kembali ke ibu pejabat Kingsmen, di mana dia mendapati bahawa Arthur adalah salah satu rangkaian Valentine. Setelah menggagalkan percubaan Arthur untuk membunuhnya dengan membunuh pemimpin Kingsmen itu, Eggsy bekerjasama dengan Roxy dan Merlin. Roxy menggunakan Belon Udara Ber-Altitud Tinggi ke permukaan stratosfera, untuk memusnahkan satelit rangkaian Valentine dengan peluru berpandu, manakala Eggsy dan Merlin meneruskan serangan ke atas Valentine di Pergunungan Bunker. Roxy meletupkan satelit, manakala Eggsy menentang pasukan keselamatan Valentine, manakala Merlin meletupkan cip keselamatan dan membunuh semua orang yang juga sebahagian daripada rancangan Valentine. Eggsy kemudian berlawan dan mengalahkan Gazelle sebelum membunuh Valentine dan menyelamatkan dunia. Dalam satu kejadian di pertengahan kredit, Eggsy, kini merupakan Kingsman penuh, mendapatkan ibunya dan menawarkan rumah yang lebih bagus dan peluang untuk melepaskan diri daripada bapa tiri beliau yang teruk itu.






EGGSY (Kiri) dengan HART 'GALAHAD' (Kanan)

COLIN FIRTH sebagai HARRY HART 'GALAHAD'

TARON EGERTON sebagai GARY 'EGGSY' UNWIN

SAMUEL L JACKSON sebagai RICHMOND VALENTINE

MICHAEL CAINE sebagai CHESTER KING 'ARTHUR'

MARK STRONG sebagai MERLIN

SOPHIE COOKSON sebagai ROXY

SOFIA BOUTELLA sebagai GAZELLE


Senang citer, korang memang kena tengok ah citer nih.. Confirm korang layan punye..!! Tapi citer nih 18++ tau.. Aku rasa sebab masa dorang gaduh tuh, potong real punya.. #Hahahahahaha.

Adiosssssssss & enjoy korang punya movie...

*** info : wikipedia


+
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""