Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS logo.svg

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) merupakan sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia. Ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Parti ini dipimpin oleh Presiden (dahulu dikenali sebagai Yang Di-Pertua Agong) manakala jawatan tertinggi dalam parti adalah Al-Mursyidul Am.

Sejarah PAS dalam politik Malaysia, mula menjadi pembangkang sejak ditubuhkan untuk menentang usul-usul yang dibawa oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang menerajui kepimpinan Tanah Melayu, malah pengasas PAS sendiri merupakan golongan 'ulamak dan 'alim yang keluar dari UMNO sebelum kemerdekaan.

PAS juga pernah bergabung dengan UMNO dalam Parti Perikatan (kini Barisan Nasional) pada tahun 1969 selepas darurat demi menyelamatkan kerusi ahli parlimen Melayu dalam Dewan Rakyat selepas Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN) menang besar pada Pilihan Raya Umum 1969, namun PAS ditendang keluar oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional pada 1978 disebabkan percanggahan ideologi.

Berikut merupakan senarai Mursyidul Am & Presiden PAS :-



MURSYIDUL AM PAS :-                                                                                                                       

Jawatan Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi dalam parti yang bertindak sebagai Penasihat kepada Presiden dan seluruh jemaah perlembagaan parti.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI YUSOF BIN HAJI ABDULLAH AR-RAWI
( 1987 ~ 1995 )
Allahyarham dilahirkan pada 8 Mei 1922 di Lebuh Acheh Penang dan
meninggal dunia pada 28 April 2000 akibat sakit tua
========================================================================
ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL 'AZIZ BIN HAJI NIK MAT
( 1995 ~ 2015 )
Allahyarham dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Pulau Melaka Kelantan dan
meninggal dunia pada 12 Februari 2015 akibat kanser prostat

========================================================================

TUAN GURU DATO' DR. HAJI HARON BIN DIN
( 2015 ~ kini )
Dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Kangar Perlis
Tuan Guru menyandang jawatan Pemangku Mursyidul Am


PRESIDEN PAS :-                                                                                                                                   


(1)
ALLAHYARHAM TUAN HAJI AHMAD FUAD BIN HASSAN
( 1951 ~ 1953 )
- tiada maklumat -
========================================================================
(2)
ALLAHYARHAM DATO' DR. HAJI ABBAS BIN ALIAS
( 1953 ~ 1956 )
Allahyarham dilahirkan pada 1914 di Banting Selangor dan meinggal dunia
pada 9 Ogos 2004 di usia 90 tahun
========================================================================
(3)
ALLAHYARHAM TUAN DR. HAJI BURHANUDDIN BIN MUHAMMAD NUR AL-HELMY
( 1956 ~ 1969 )
Allahyarham dilahirkan pada 1911 di Gopeng Perak dan meninggal dunia
pada 6 November 1969 sewaktu dalam tahanan ISA akibat lelah
========================================================================
(4)
ALLAHYARHAM TAN SRI DATO' DR. HAJI MOHD ASRI BIN HAJI MUDA
( 1969 ~ 1982 )
Allahyarham dilahirkan pada 10 Oktober 1923 di Kota Bahru Kelantan dan
meninggal dunia pada 28 Ogos 1992 akibat sakit jantung
========================================================================
(5)
ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI YUSOF BIN HAJI ABDULLAH AR-RAWI
( 1982 ~ 1989 )
Allahyarham dilahirkan pada 8 Mei 1922 di Lebuh Acheh Penang dan
meninggal dunia pada 28 April 2000 akibat sakit tua
========================================================================
(6)
ALLAHYARHAM DATO' HAJI FADZIL BIN MOHD NOOR
( 1989 ~ 2002 )
Allahyarham dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Alor Setar Kedah dan
meninggal dunia pada 23 Julai 2002 akibat masalah jantung
========================================================================
(7)
DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN AWANG
( 2002 ~ kini )
Dato' Seri dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Marang Terengganu
========================================================================
+
+
+
+
+
Daitei Epool Ri-Kafuren
( Epool The Dragonizer )




No comments: