SEJARAWAN

Senarai negarawan dan sejarawan yang menjadi individu penting dalam pembentukan dan pentadbiran negara Malaysia : -







Perdana Menteri Malaysia Pertama
(31 Ogos 1957 – 22 September 1970)
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj



Info Lain :


i- Presiden UMNO Kedua

ii- Pengerusi Parti Perikatan Pertama

iii- Dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan Malaysia"

iv- Berjasa dalam menuntut kemerdekaan negara bersama pasukannya dari Kerajaan British

v- Mengumumkan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

vi- Terlibat dalam penubuhan Persidangan Organisasi Islam (OIC) pada 1969

vii- Mangkat pada 6 Disember 1990 di usia 87 tahun akibat gering usia dan dimakamkan di Makam Di-Raja Langgar, Alor Star






 ---------------------------------------------------------------------------------







Perdana Menteri Malaysia Kedua
(23 September 1970 - 14 Januari 1976)  
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Bin Datuk Haji Hussein




Info Lain :


i- Presiden UMNO Ketiga

ii- Pengerusi Parti Perikatan / Barisan Nasional Kedua

iii- Dikenali sebagai "Bapa Pembangunan Malaysia"

iv- Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

v- Bapa kepada Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Mohd Najib

vi- Meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di usia 54 tahun akibat Leukemia ketika dirawat di London

vii- Jenazah beliau disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur





 
------------------------------------------------------







 Perdana Menteri Malaysia Ketiga
(15 Januari 1976 - 16 Julai 1981) 
Allahyarham Tun Haji Hussien Bin Datuk Haji Onn



Info Lain :


i- Presiden UMNO Keempat


ii- Pengerusi Barisan Nasional Ketiga


iii- Bertanggungjawab meneruskan legasi pemerintahan Tun Abdul Razak dalam menjayakan DEB


iv- Dikenali sebagai "Bapa Perpaduan"


v- Memperkenalkan Skim Amanah Saham, konsep Rukun Tetangga dan berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara


vi- Bapa kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin


vii- Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dirawat di San Francisco pada 29 Mei 1990 dan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur




------------------------------------------------------



 Perdana Menteri Malaysia Keempat
(17 Julai 1981 - 31 Oktober 2003)
Tun Dr. Haji Mahathir Bin Mohamed




Info Lain :


i- Presiden Kelima UMNO & Pengerusi Barisan Nasional keempat


ii- Merupakan Perdana Menteri paling lama memerintah dalam rekod negara selama 22 tahun


iii- Mesra dengan panggilan 'Dr. M' atau 'Che Det'


iv- Digelar sebagai "Bapa Permodenan" kerana jasa beliau dalam memodenkan pembangunan, pentadbiran dan ekonomi negara


v- Melancarkan 'Wawasan 2020' dan Dasar Pandang Ke Timur


vi- Digeruni Amerika Syarikat dan Israel kerana sifatnya yang lantang bersuara dalam ucapan dan hebat mengkritik negara penjenayah itu


vii- Memperlihat banyak projek mega diwujudkan sehingga terbinanya Putrajaya & Cyberjaya, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, KLIA, MSC dan meletakkan Malaysia sebagai negara meningkat maju


viii- Selain ketokohan beliau yang amat disegani, beliau turut dihimpit dengan beberapa krisis & kontroversi. Antaranya :-





a) Memansuhkan kuasa VETO Di-Raja pada 1983 yang membolehkan kerabat Di-Raja didakwa di mahkamah jika disabit kesalahan jenayah

b) Meminda kuasa Yang D-Pertuan Agong dalam memberi persetujuan 'Bil' (perkara undang-undang) yang mana 'Bil' boleh dipersetujui hanya dengan kelulusan Parlimen pada 1991


c) Mencampuri urusan badan kehakiman dengan 'Krisis Pemecatan Tun Salleh Abbas & 3 Barisan Peguam' pada 1988


d) Memecat Timbalan Perdana Menterinya, Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim pada 1998 atas tuduhan Liwat. 1998 merupakan tahun paling besar negara dilanda gelombang reformasi dalam zaman moden oleh penyokong-penyokong yang membantah pemecatan tersebut. Berikutan itu juga, Parti KeAdiLan Rakyat pimpinan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah tertubuh.


e) Perseteruan yang berlarutan dengan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia, Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat kerana perbezaan ideologi politik


f) Frasa 'Melayu Mudah Lupa' yang dipuitiskan oleh beliau pada Perhimpunan Agong UMNO 2001 yang menimbulkan pelbagai spekulasi oleh rakyat




xi) Mengumumkan persaraannya pada Perhimpunan Agong UMNO 2002 yang mengejutkan semua pihak, dan secara rasminya melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan kerajaan sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003



---------------------------------------------------------- 



Perdana Menteri Malaysia Kelima
(1 November 2003 - 03 April 2009)
Tun Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi



Info Lain :



i- Presiden Keenam UMNO & Pengerusi Barisan Nasional kelima


ii- Merupakan Perdana Menteri yang mempunyai latar belakang keIslaman yang cukup disegani masyarakat


iii- Mesra dengan panggilan 'Pak Lah'


iv- Digelar sebagai "Bapa Pembangunan Modal Insan" kerana jasa beliau dalam mewujudkan pemahaman mengenai Islam Hadhari


v- Mencapai kemenangan terbesar dalam Pilihan Raya Umum 2004 dengan majoriti 198 kerusi daripada keseluruhan 220 kerusi, pertama kali dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional


vi- Pilihan Raya Umum 2008 pula menyaksikan rekod paling buruk dalam sejarah Barisan Nasional setelah kalah dan hilang 2/3 kerusi, menyebabkan 4 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang


vii- Beliau juga tidak lekang dari didatangi kontroversi. Antaranya :-


a) Menyemak semula kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilepaskan dari tahanan penjara pada 2004.

b) Dilabel sebagai Perdana Menteri yang tidak konsisten dalam membuat keputusan tegas atas masalah kebebasan media asing memasuki negara, kebebasan penulis-penulis blog mengkritik dan menghasut, pembubaran parlimen pada Februari 2008 yang digelar 'auto-spin' oleh pembangkang


c) Dituduh mengamalkan sikap kronisme dan bersifat kekeluargaan dalam pentadbiran politik selain mengaut keuntungan dari projek-projek kerajaan yang di-subkontrak menerusi syarikat anak lelakinya


d) Bertegang urat dengan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran beliau, dan berlarutan selama beberapa tahun sehingga beliau meletak jawatan pada 2009.



Viii - Mengumumkan persaraannya pada Pemilihan Agong UMNO 2009, dan secara rasminya melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan kerajaan sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009




-----------------------------------------------------------



Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Pertama
(27 Februari 1949 - Mac 1958)
Mendiang Tun Dato' Seri Tan Cheng Lock



Info Lain :





i- Bertanggungjawab menubuhkan MCA pada 1949 bersama beberapa pimpinan tertinggi kaum cina Tanah Melayu dan dilantik menjadi presiden pertama

ii- Bekerjasama dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Mendiang Tun V. T. Sambanthan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

iii- Menjadi tonggak pemimpin yang memperjuangkan kepentingan orang cina di Tanah Melayu

iv- Bersama dalam menubuhkan Parti Perikatan selepas kemerdekaan menjadikan MCA salah satu parti asas

v- Kalah dalam pemilihan parti pada 1958 yang menyaksikan perletakan jawatan beliau sebagai presiden digantikan oleh Mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu

vi- Meninggal dunia pada 16 Disember 1960 di usia 77 tahun akibat sakit jantung ketika dirawat di Hospital Besar Melaka




------------------------------------------------------




Presiden Kongres India Malaysia (MIC) Kelima
(1955 - 1973)
Mendiang Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan



Info Lain :



i- Merupakan presiden pertama yang memegang portfolio menteri dalam pentadbiran kerajaan selepas kemerdekaan

ii- Bertanggungjawab membawa masuk MIC menyertai Parti Perikatan pada 1955, dan bekerjasama dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Mendiang Tun Tan Cheng Lock menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

iii- Ketokohan beliau dalam memperjuangkan hak-hak orang india di Tanah Melayu amat membanggakan dan dikenang sebagai seorang negarawan

iv- Meletak jawatan pada 1973 sebagai Presiden MIC dan Menteri Perpaduan Negara atas faktor kesihatan

vi- Meninggal dunia pada 18 Mei 1979 di usia 60 tahun akibat sakit jantung



-----------------------------------------------------------


Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Pertama
(11 Mei1946 - 25 Ogos 1951)
Allahyarham Dato' Haji Onn Bin Dato' Haji Jaafar



Info Lain :



i- Merupakan pengasas UMNO dan menjadi Presiden pertama selepas penubuhannya pada 1946

ii- Berjasa besar dalam mempertahankan hak-hak orang melayu di zaman pemerintahan British, Jepun dan Komunis bersama beberapa tokoh melayu yang lain

iii- Pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Johor sebelum meletak jawatan bagi memfokuskan perjuangannya dalam UMNO pada 1949

iv- Meletak jawatan dalam UMNO pada 1951 kerana kecewa cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan melayu ditolak dalam mesyuarat

vi- Menubuhkan parti baru untuk meneruskan cita-citanya dalam politik berbilang kaum dan tuntutan kemerdekaan iaitu Parti Kemerdekaan Malaya pada Ogos 1951 dan meninggalkannya pada 1954

v- Kemudian membentuk Parti Negara pada 1955 dengan syarat baru iaitu menyekat keahlian bukan melayu namun masih gagal mendapat tempat di hati orang melayu

vi- Pada 1959 selepas kemerdekaan, beliau bertanding dalam Pilihanraya Persekutuan dan memenangi satu kerusi di Kuala Terengganu atas tiket Parti Islam Se-Malaya

vii- Beliau merupakan bapa kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia Ketiga, AllahyarhamTun Haji Hussien, menjadikan beliau datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Hishamuddin

viii- Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 19 Januari 1962 di usia 67 tahun dan dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru




-----------------------------------------------------------------------



Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kedua
(10 Januari 1931 - 12 Februari 2015)
Allahyarham Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat 



Info Lain :



i- Beliau memegang jawatan Mursyidul Am PAS menggantikan Allahyarham Tuan Guru Haji Mohd Yusuf Rawa

ii- Berjasa besar dalam memartabatkan Agama Islam di Malaysia

iii- Paling lama menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan bermula 22 Oktober 1990 sebelum meletak jawatan pada 6 Mei 2013 berikutan masalah kesihatan

iv- Telah disenaraikan antara 90 tokoh Islam termasyhur di dunia dalam sebuah buku bertajuk 'The 500 Most Influential Muslims'

vi- Antara pemimpin terulung yang mengamalkan gaya hidup sederhana walaupun menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran politik dan negeri

v- Mempunyai sejarah perbalahan politik antara PAS - UMNO sejak lebih 2 dekad lamanya

vi- Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan pada 12 Februari 2015 disebabkan kanser prostat tahap 4 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Pulau Melaka





-----------------------------------------------------------------------




Presiden Parti Islam Se-Malaysia Keenam
(13 Mac 1937 - 23 Jun 2002)
Allahyarham Dato' Haji Fadzil Bin Mohd Noor



Info Lain :



i- Beliau dilantik menjadi presiden PAS keenam menggantikan Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa yang menghadapi masalah kesihatan pada 1989

ii- Dilantik menjadi Ketua Pembangkang pada 1999 menggantikan Saudara Lim Kit Siang yang kalah dalam Pilihanraya Umum 1999

iii- Beliau pernah dipecat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia selepas bertanding Pilihanraya Umum 1977 sebelum dilantik semula atas arahan mahkamah, namun meletakkan jawatan pada 1978 bagi menumpukan karier politiknya

iv- Pernah dilantik menjadi presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1974 setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

vi- Antara individu penting dalam penubuhan Barisan Alternatif (BA) pada 1999 sehingga berjaya menawan Kelantan dan Terengganu sebagai kubu kuat parti pembangkang

v- Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 akibat masalah jantung diusia 65 tahun dan disemadikan di Madrasah Darul Ulum Pokok Sena Kedah





-----------------------------------------------------------------------