PELAWAK veteran terkenal, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, atau lebih dikenali sebagai Mr Os meninggal dunia sebentar tadi.
Berita sedih tersebut dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Gombak bagi menjalani urusan pengebumian.
“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah,” tulisnya.
Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.
"Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.
"Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.
"Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi," katanya.
Arwah Os ketika dirawat di Hospital Selayang. |
Sebelum ini, pelawak veteran tersebut pernah dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan dibenarkan pulang selepas itu.
******* Sumber :- Sinar Harian Online (08-04-2016)
No comments:
Post a Comment