Wednesday, January 21, 2015

KE KOREA LAH KITA - HARI KELIMA





16 JANUARI 2015


Hari ni hari terakhir kitorang kat Korea. Mood kitorang gloomy je sebab masing masing tak puas jalan jalan kat Korea. So, memang wajib ada second trip ke Korea lepas ni.

7.45 pagi - Kitorang bangun awal sebab nak pastikan takde barang yang tinggal dalam bilik. Lagipun Omar ada baca forecast katanya salji akan turun pagi Jumaat tu. Tapi bila selak je tingkap bilik kitorang, hujan renyai aje yang ada, salji takde. Maybe hujan tu turun sebab sedih kitorang nak balik Malaysia dah. HuHuHuHuHu.

9.30 pagi - Beg semua kitorang bawak turun bawah, ready nak check out dah. Sambil tunggu pekerja guesthouse tu sampai, kitorang lepak sarapan dulu untuk last time-nya kat Korea. Yang tak boleh blah nya, belum pun kitorang sampai Malaysia lagi, dah discuss mana nak pergi lepas tu. HAHAHAHAHA. Havoc sangat perangai.

Bila sampai kje pekerja guesthouse tu, kitorang pun terus check out. So, it's time to say GOODBYE to Seoul Tower Family Guesthouse yang kitorang stay for few days kat sana.

10.20 pagi - Kitorang jalan ke Stesen Sookmyung Women's University untuk last time-nya then ambik tren ke airport. Tapi sebelum kitorang pergi kat AREX Line, Naz nak shopping lagi kat Namdaemun Market (turun kat Stesen Heohyeon). Ada barang lagi yang tak cukup katanya. So, aku ngan Omar pun tunggu Naz kat Stesen Seoul sementara dia pergi shopping tu.

Sambil tunggu Naz habis shopping, aku ngan Omar duduk kat ruang menunggu Line 4. Tetiba pulak Omar gigil kesejukan. Aku pun belikan lah dia air kopi panas kat vending machine. Lebih kurang 35 minit jugak kitorang tunggu Naz.

11.25 pagi - Bila Naz sampai je, kitorang bertiga pun terus jalan ke AREX Line yang bertingkat-tingkat kat bawah tanah tu. Jarak dari Line 4 nak ke AREX Line tu lebih kurang 7 minit jugak berjalan. Naz pulak menyinggah kejap kat Baskin Robbin Seoul Station, usha usha jenis kek yang outlet sana jual. Ye la, Naz kan trainer kat Baskin Robbin Malaysia.

Bila tren sampai je, kitorang terus naik ambik tempat duduk. Perjalanan dari Stesen Seoul ke Incheon International Airport lebih kurang sejam. So ada masa untuk kitorang lelap kejap dalam tren.

AREX Line

1.10 tengahari - Bila tren sampai kat Stesen Incheon International Airport, kitorang terus keluar pergi kat Airport area. Sebabnya Omar masih tak puas hati selagi tak dapat tengok Hello Kitty Cafe. Actually ada satu lagi outlet kafe tu kat Incheon Airport.

Betul betul masa kitorang tengah jalan kat susur dari Stesen AREX ke terminal Airport, aku perasan macam ada salji tengah turun kat luar. Aku pun terus bagitau kat Omar ngan Naz. Diorang punya la tak percaya. Sekali bila dah confirm memang salji yang turun, kitorang pun apa lagi, cepat cepat lari keluar nak main salji. Kesian kitorang. Punya la excited sampai lompat lompat kat luar area airport tu.

Bila dah puas main salji, kitorang pun terus masuk dalam terminal sebab masing masing dah kesejukan. Masa tu kitorang betul betul rasa bertuah at last dapat merasa salji yang ori turun kat tangan ngan muka. HEHEHEHEHE.

Sebelum kitorang check in boarding, kitorang return balik kad T-Money kitorang kat 7-Eleven dalam terminal tu sebab still ada duit. At least boleh la top up sikit duit lebih kitorang masa nak tukar RM balik nanti. HuHuHuHu.

2.40 petang - Kitorang da start beratur nak check-in. Masa tu baru la nampak rupanya memang ramai sangat orang Malaysia datang bercuti kat Seoul. 

Boarding Gate kat Incheon Airport
Settled check-in, kitorang tunggu Omar submit tax refund form pulak kat tax kaunter. Sebabnya dia ada beli minyak wangi yang kena cukai. Cuma kitorang yang traveler ni tak perlu bayar cukai tu, so diorang akan refund balik duit kita.

Bila dah settled bab tax refund Omar, kitorang tiga orang pun terus carik Hello Kitty Cafe tu. Ingatkan dia nak beli la kopi Hello Kitty tu ke, lepak minum situ ke, sekali Omar ngan Naz just ber-selfie je kat situ. Memang hampeh betul la. HUHUHUHUHU.

Hello Kitty Cafe kat dalam Terminal Incheon Airport

Yang best-nya kat Incheon Airport ni, kitorang tak payah susah susah nak jalan kaki untuk sampai ke gate kitorang kat Gate 105. Cuma kena naik Intra Airport Transit je dari main terminal ke sana.

3.10 petang - Sementara nak tunggu Gate Boarding bukak, kitorang isi perut jap kat Lotteria Fast Food area Food Court. Aku order Set Shrimp Burger $WON5,400 (RM16.00) sebab rasanya tu je yang confirm halal aku boleh makan. 

Set Shrimp

4.00 petang - Time untuk kitorang pergi beratur kat depan gate. Masa tu aku betul betul sedih sebab nak tinggalkan Korea. Aku cakap kat Omar, kitorang mesti kena datang lagi kat situ nanti. 

Bila masuk je flight, aku ngan Omar terus carik seat kitorang. Omar ngan Naz awal awal lagi dah makan ubat selsema sebab nak tidur masa 6 jam atas flight tu.

Tepat je 4.30 petang, flight Airbus A330-300 tu pun gerak tinggalkan Incheon International Airport. So, berakhirlah joutney kitorang kat Seoul, Korea.

Bye-Bye Seoul, Korea

10.10 malam (Waktu Malaysia) - Alhamdulillah, flight kitorang selamat mendarat kat Kuala Lumpur International Airport (KLiA2).

Settled je urusan immigration, kitorang terus keluar ambik bas shuttle KLiA2 ~ KL Sentral (RM10).

So, bila dah sampai KL Sentral, takde orang lain yang kitorang susahkan selain Shai untuk ambik kitorang balik Setapak. Thanks Shai.

Bila dah sampai rumah, kitorang pun tutup la buku travel Korea kitorang. Memang BEST sangat. Kitorang ENJOY sangat.



========================================================================
Link :-

Hari Keempat

Hari Ketiga

Hari Kedua 

Hari Pertama

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -

KE KOREA LAH KITA - HARI KEEMPAT





15 JANUARI 2015


7.30 pagi - Kitorang bangun awal hari ni. Omar terus bukak tingkap tengok kot kot ada salji, tapi kesian kitorang sebab takde pun. HUHUHUHU. 5 hari kitorang tunggu salji turun, tapi tak turun turun. Cuma hujan renyai je pagi tu. Angin dia tak payah cakap la, memang sejuk gila. Menggigil kitorang nak mandi. Nasib baik ada water heater.

Bila kitorang dah siap, kitorang terus turun gi dapur nak breakfast. Pagi pagi kat Korea kitorang makan roti Gardenia cecah rendang ready made bawak dari Malaysia memang heaven sangat. Minum pulak air Milo panas time sejuk sejuk tu, lagi la syiok. HEHEHEHE.

8.30 pagi - Settled breakfast, kitorang terus gerak gi stesen subway Sookmyung Women's University. Pagi tu kitorang plan nak pergi balik Namdaemun Market sebab nak beli brooch kat dalam E-Lengdang Building. Kitorang kena pergi E-Lengdang tu waktu siang sebab diorang bukak kedai sampai pukul 5.00 petang je.

9.15 pagi - Sampai kat Stesen Hoehyeon, kitorang terus keluar dari stesen then masuk dalam E-Lengdang tu. Kat situ ada satu Ahjuma yang famous dalam blog Korea Travel jual brooch, so kitorang pun gigih la carik Ahjuma tu, based kat gambar yang Omar capture screen dalam handphone.

Ni la E-Lengdang Building kat Namdaemun Market
Ni antara pilihan brooch yang ada kat situ

10.30 pagi - Settled je memborong brooch, kitorang plan nak ke Hangang River pulak. So kitorang patah balik pergi kat Stesen Heohyeon then turun kat Stesen Dongdaemun History & Culture Park. Dari Line 4, kitorang tukar ke Line 5 then terus ke Stesen Yeouinaru. Sampai je situ, kitorang keluar kat Exit 3, terus nampak Hangang Park ngan Hangang River sebelah kiri. Memang cantik kawasan dia.

Ni la Han River. Tapi siang takde apa apa, malam yang best banyak lampu
Then ada monster kat Han River ni. Diorang punya mitos monster. Bunyik bising gila binatang ni. HEHEHE
Menara 63 Building, menghadap Han River

11.25 pagi - Kitorang ingat nak naik cruise kat Han River, tapi bila fikir-fikir balik view macam kurang best sebab berkabus je. So kitorang cancel plan tu. Nampak pulak Lotteria (restoran fast food ala McDonalds), kitorang pun serbu. Kat situ kitorang order set burger, lepak lepak makan jap habiskan masa.

Dah kenyang, kitorang pun gerak dari situ. Next destination kitorang, Lotte World Theme Park.

12.20 pagi - Kitorang jalan balik ke Stesen Yeouinaru, ambik tren patah balik ke Stesen Dongdaemun History & Culture Park. Bila sampai je, kitorang tak terus keluar tapi tukar pulak dari Line 5 ke Line 2 terus ke Stesen Jamsil.

Bila dah sampai Stesen Jamsil, kitorang tak jumpa jalan keluar. Carik punya carik, rupanya jalan dari stesen tu terus bersambung dengan Lotte Shopping Mall. Kitorang pun keluar ikut Exit 4 terus ke dalam mall. Boleh kata ala ala Sunway Pyramid dengan Sunway Lagoon la.

1.10 petang - Kitorang pun terus carik kaunter tiket. Harga masuk Lotte World tu $WON40,000 (RM124), tapi sebab kitorang ada kupon 20% diskaun dalam buku travel yang kitorang ambik kat Tourist Guide, so kitorang cuma bayar $WON32,000 (RM99.20) je.

Omar ngan Naz punya la excited nak main kat Lotte World tu. Tapi aku........??????????? HAHAHAHA. Aku kalau bab theme park ni kurang sikit, sebab failed bab permainan yang gayat-gayat ni.

Lotte World - Indoor Park
Bungee Drop ni permainan first Omar ngan Naz main

Gyro Drop ni Omar sorang je yang naik. Aku ngan Naz tengok je dari bawah sebab tinggi gila
Gyro Spin ni pun aku tak main sebab pening kepala
Rumah hantu 3D ni aku masuk 2 kali. Tak best sangat pun. First masuk sorang, second tu temankan Naz ngan Omar

7.30 malam - Kitorang still kat situ lagi lepak lepak. Lepas layan permainan outdoor, kitorang masuk indoor pulak. Ada la 2 ~ 3 permainan yang kitorang main kat dalam. Then kitorang dapat tau ada perarakan pride malam tu bertajuk Let's Dream. So kitorang pun tunggu nak tengok. Tapi Naz berpecah kejap dari kitorang sebab nak pergi Hard Rock Cafe carik barang.

Let's Dream Pride kat Indoor Lotte World
Let's Dream Pride
Let's Dream Pride
Istana Dream World - Let's Dream Pride
Tanglung Terbang - Let's Dream Pride

Pride tu habis lebih kurang pukul 8.40 malam. Memang best sangat, tak rasa rugi bayar tiket masuk. So, aku ngan Omar pun keluar dari Lotte World Theme Park tu tunggu Naz balik dari Hard Rock Cafe. Kitorang masing-masing puas hati la hari tu.

9.00 malam - Dari Stesen Jamsil (Line 2), kitorang turun kat Stesen Sadang untuk tukar ke Line 4. So dari situ kitorang terus la pergi Stesen Sookmyung Women's University kat guesthouse kitorang.

Malam tu sebelum kitorang dinner macam biasa kat dapur, kitorang kemas dulu barang-barang kitorang sebab besok dah last day kitorang kat Korea. Sumpah aku betul-betul sedih. Rasa tak puas jalan-jalan kat Korea 4 hari.

Lepas makan, aku termenung sorang sorang dalam bilik sebab esok nak balik Malaysia dah. Rasa macam sekejap sangat. Terfikir jugak nak datang second time. HUHUHUHUHU. Tengok lah kalau ada rezeki, InsyaAllah.




 

=================================================================================

Link :-





========================================================================

KE KOREA LAH KITA - HARI KETIGA








14 JANUARI 2015


9.15 pagi - Hari ni kitorang bangun lambat. Masing masing ter-over tidur. Maybe sebab coffee yang kitorang minum kot kat KFC semalam. Kitorang pun terus cepat cepat mandi & siap siap. Jadi, bila plan nak ke Seoraksan dah cancel, kitorang pun tumpu ke Seoul Tower dengan Ikan Bakar Dongdaemun Market. Lepas tu malam nanti boleh shopping kat Namdaemun Market beli souvenir.

10.30 pagi - Kitorang gerak dari Stesen Sookmyung Women's University (Line 4) terus ke Stesen Myeongdong dan ambik exit 3. Kitorang kena pergi arah Pasific Hotel, then jalan kaki naik bukit ikut tepi lorong kedai untuk sampai ke Stesen Cable Car Namsan. Memang letih.

11.10 pagi - Kitorang sampai jugak kat Stesen Cable Car Namsan tu. Bila masuk je dalam, kitorang tengok harga tiket dah naik. Kalau return-way tiket, harga dia $WON8,000.00, tiket pergi pulak harga dia $WON6,000.00. So kitorang decide beli tiket pergi je, then balik kitorang turun ikut tangga.

Ni gambar kitorang masa kat sana.


Kereta Kabel Namsan



1.30 petang - Habis je kitorang jelajah Namsan Tower yang popular dengan 'Lock of Love' tu, kitorang pun turun balik, tapi ikut tangga je. Tak naik Cable Car. Tinggi kot, lenguh kaki.

2.00 petang - Kitorang gerak balik ke Stesen Myeongdong, then kitorang decide nak ke Cangdeokgung Palace. So kitorang kena berhenti kat Stesen Changmuro, then transfer  ke Line 3. Dari situ, kitorang gerak ke Stesen Jongno 3(Sam)-Ga keluar kat exit 2. Dari stesen tu, kitorang kena jalan kaki dalam 5 minit jugak la ikut tepi jalan Donhwamun-ro.

2.35 petang - Bila sampai je, kitorang pun kena beli tiket $WON3,000.00 untuk masuk. Tiket yang kitorang beli ni untuk kawasan Istana dengan rumah rumah tentera je, tak termasuk tiket Secret Garden.

Istana Cheongdakgung



Singgahsana Maharaja dalam Istana tu








3.40 petang - Dah habis menjelajah kawasan Di-Raja tu, baru la masing masing terasa lapar. So, masa untuk makan Ikan Bakar Dongdaemun. HEHEHEHEHEHE. Lepas kitorang keluar dari palace tu, kitorang jalan balik ke Stesen Jongno 3(Sam)-Ga naik tren then tukar kat Stesen Changmuro ambik Line 4. Dari Line 4, kitorang pergi ke Stesen Dongdaemun untuk ke Dongdaemun Market tu.

4.10 petang - Kitorang berjalan ke arah Dongdaemun Gate, then nampak JW Marriott Hotel. Bangunan Dongdaemun Market tu kat sebelah belakang hotel tu. Dah sampai kat situ, kitorang terus carik kedai Ikan Bakar (berdasarkan map kat tangan yang kitorang dapat dari blog). Bila dah jumpa, apa lagi, shoruuu time.


Set makanan kat kedai Ikan Bakar Dongdaemun tu berharga $WON8,000.00.

Ni la Ahjuma taukeh kedai tu. Suami dia kat sebelah. Dua dua peramah.
5.30 petang - Kedudukan kedai Ikan Bakar tu belakang Dongdaemun Market je. Kitorang yang kekenyangan, slow slow jalan masuk ke Dongdaemun Market tu.  Kebanyakan kedai kat situ jual kain ela, kelengkapan pakaian ngan fabrik. Kebanyakan peniaga meniaga secara borong. So kitorang just tengok tengok je kat dalam tu.
 Lepas tu, kitorang ke seberang jalan, ada satu lagi bangunan market. Dalam tu, kebanyakannya barang makanan dengan fabrik siap pakai. So, kitorang just cuci mata je la jalan jalan, tak beli apa pun.
6.40 petang - Plan kitorang lepas ni nak ke Namdaemun Market sekali lagi. Tapi sebelum tu, si Omar ni nak sangat carik Hello Kitty Café. So kitorang pun pergi ke Stesen Dongdaemun balik ambik Line 1 then kitorang berhenti kat Stesen City Hall. Dari City Hall, kitorang tukar Line 2 pergi ke Stesen Hongik University. Kat situ lah terletaknya Hello Kitty Café.
Bila dah sampai kat area Bandar Hongdae tu, hampir sejam kitorang carik café tu tak jumpa jumpa. Last last bila dah fed-up, aku pun carik orang untuk tanya. Sekali orang tu bagitau, café tu dah tutup sebab renovation. Omar pun kecewa. HAHAHAHAHA. Kesian dia.
 photo hellokittycafeseoulhongdae.jpg
Ni la Hello Kitty Café yang Omar carik, tapi cuma tinggal kenangan je

8.10 malam - Kitorang pun jalan jalan je la kat area Hongdae tu. Kebanyakan kedai kat situ semua jual barang barang stylo macam specs mata, baju, sweater, macam macam lagi la. Tapi harga dia memang mahal. So, macam biasa, just cuci cuci mata je. HEHEHE.

Bandar Hongdae waktu malam
8.30 malam - Kitorang patah balik ke Stesen Hongik University, tapi naik Line AREX terus ke Stesen Seoul. Then kitorang keluar dari Line AREX tu terus ambik Line 4 dari Stesen Seoul ke Stesen Hoeyeon (Namdaemun Market). So kitorang pun terus carik kedai yang boleh kitorang spend untuk shopping.

Antara kedai yang jual souvenir kat Namdaemun Market


Nampak tak Ahjuma kat hujung tu, kat dia la kitorang shopping souvenir. Peramah betul Ahjuma tu, siap tau cakap Bahasa Malaysia, "cannot discount...rugi".

Banyak makanan steamboat ala ala Seoul Garden kat sini. Aku teringin nak makan tapi Omar tak bagi sebab takut tak halal. HUHUHUHU



10.10 malam - Habis je duit kitorang shopping, kitorang terus balik. Perut pun dah lapar, tak sabar nak makan Maggi Asam Laksa yang kitorang bawak dari Malaysia. So, dari Stesen Hoeyeon (Line 4), kitorang cuma kena lalu 2 stesen je nak ke Sookmyung Women's University. Tiba-tiba Omar ada pulak satu idea gila. Kitorang turun kat Stesen Seoul, then jalan kaki je dari situ sampai rumah. Sebab kata dia, dekat je sebenarnya #dekat ke??. So, kitorang pun ikut la idea 'bernas' dia tu.

Bila kitorang keluar dari stesen tu, kitorang kena la pandai pandai carik arah nak ke Jalan Hangang-daero 84-gil tempat guesthouse kitorang tu. Dengan confident-nya kitorang pun jalan la ikut signboard jalanraya. Sekali dah jalan kaki, baru la kitorang tau rupanya jauh jugak. Siap tanya orang kat sana, mintak tunjuk arah nak ke Sookmyung Women's University Station sebab rasa macam dah sesat. HAHAHAHAHAHA. Kelakar gak masa tu.

10.45 malam - Alhamdulillah sampai jugak kitorang kat guesthouse tu. So apa lagi, kitorang cepat cepat salin baju semua, terus 'serang' dapur untuk makan. Maklumlah musim sejuk, cepat lapar. HEHEHEHEHE. Bila dah kenyang, boleh terus tidur. Letih kot seharian berjalan.

So, kitorang akan sambung besok untuk jalan jalan lagi.

 

========================================================================
Link :-

Hari Kelima

Hari Keempat

Hari Kedua 

Hari Pertama

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -


KE KOREA LAH KITA - HARI KEDUA






13 JANUARI 2015


7.15 pagi - Pagi ni kiorang bangun tepat pada masanya. So, kitorang pun cepat cepat siap sebab tak nak lambat. Rancangan kitorang hari ni nak pergi Nami Island dengan Dongdaemun Market, lepas tu nak pergi balik Cheonggyecheon Stream sebab tak puas semalam tak dapat tengok lampu-lampu tu.

7.55 pagi - Kitorang cepat cepat keluar dari guesthouse terus pergi Stesen Sookmyung Women's University, naik tren Line 4 ke Stesen Seoul. Lepas tu dari situ, kitorang menapak tukar tren Line 1 nak ke Stesen Cheongnyangni. Sebab ikut info, dari Stesen Cheongnyangni tu la kitorang kena ambik tren ITX Line pulak. Memang jauh perjalanan kitorang hari ni.

Makanya nak dijadikan cerita, terjadi lah satu peristiwa yang takkan aku lupa sampai bila bila. Bila kitorang sampai je kat Line 1, aku bagitau kat Omar dengan Naz nak turun ke stesen bawah tu pakai escalator. Tapi diorang kata salah, kena turun ikut tangga depan. Aku pun usha la kejap escalator tu turun arah mana, tapi bila aku toleh depan balik, diorang dah ghaib. Aku pun cepat cepat turun ikut tangga depan tu. Tapi bila sampai je kat bawah, diorang dah takde. Masa tu otak aku jadi kosong sekosong-kosongnya. Aku tengok kiri, tengok kanan. Tak tau nak buat apa. Lepas tu satu tren sampai kat stesen tu. Aku tak tau nak naik ke tak. Aku berdiri kat situ jadi batu kejap. Lepas tu aku keluarkan Tab aku, cuba carik wifi dan terus whatsapp diorang. Tapi malangnya, whatsapp tu tak delivered pun. Masa tu hanya ALLAH yang tau hati aku. Ye la, sorang sorang, sesat kat negara orang. Nak call, tak boleh, nak mesej tak boleh.

Kat sini la aku kena tinggal sorang-sorang. Buntu kata kau.

Nasib baik aku ingat nama stesen yang kitorang kena pergi tu. Bila tren berikutnya sampai, aku terus naik. Dalam tren tu, kepala aku jadi panas, bulu tengkuk naik, seram sejuk sebab hilang arah, sesat sorang sorang kat Korea. Sampai je kat Stesen Cheongnyangni, aku turun. Masa tu longlai je aku langkah keluar, dengan harapan dapat la jumpa diorang balik. Masa tengah carik carik tu, tiba tiba dari jauh aku nampak seseorang yang aku rasa macam kenal je. Bila aku fokus memang betul Omar. Aku pun apa lagi, terus lari kat dia. Masa tu, ALLAH je yang tau betapa bertuah ngan bersyukur nya aku sebab dapat jumpa diorang balik. Memang ALLAH tolong aku la masa tu. Lepas tu apa lagi, kena la bebel ngan diorang. HAHAHAHAHA.

8.55 pagi - Kitorang cepat cepat berlari keluar dari stesen tu untuk beli tiket ITX Line. Tapi kat situ kitorang hadapi masalah sebab takde kaunter service tiket. Kat situ je kitorang habis kan masa lebih 30 minit berfikir cara nak beli tiket. Last last ada Ahjushi bagitau kitorang yang tiket ke Stesen Gapyeong tu kena beli kat mesin. So, kitorang pun buat buat la faham macam mana nak guna mesin tiket tu. Sayangnya, tren ke Gapyeong dah gerak pukul 9.30 pagi. Kitorang cuma lambat tak sampai 10 minit pun. Makanya, kena la tunggu tren berikutnya pukul 11.30 pagi pulak.

Actually, kat Stesen Cheongnyangni tu ada shopping mall, Lotte Department Store. So kitorang pun decide nak lepak je situ dulu sementara tunggu pukul 11.30. Bila mall tu bukak je, kitorang masuk la usha usha kedai kat dalam. Last last kitorang layan Krispy Kreme.

Layan Krispy Kreme kejap sebelum tren sampai

11.30 pagi - Tren ITX tu sampai je, kitorang terus naik. Ikut info, dalam 40 minit perjalanan untuk kitorang sampai ke Stesen Gapyeong tu. Actually, ada dua tren yang korang boleh pilih, satu ekspress, satu lagi Metro biasa. Bezanya, tempat duduk dalam tren ekspres lebih selesa la disbanding dengan Metro.


Keadaan dalam Tren Ekspress ITX Line

12.40 tengahari - Kitorang pun sampai kat Stesen Gapyeong. Omar kata, kitorang kena ambik teksi dari situ nak ke Jeti Naminara Island tu. Fuhhhh, sekali sampai teksi Hyundai Sonata. Merasa la kitorang naik kereta besar tu. Hehehehehe. Kitorang cuma kena bayar $WON3,000 je (RM10). 


Stesen Gapyeong
Bila dah sampai kat jeti, kitorang pun beli tiket dengan harga $WON8,000 (RM25) return way. Kebetulan ada feri baru nak gerak, cepat cepat kitorang berlari naik feri tu. Memang excited giler sebab nak main salji. Hehehehehe.

Kitorang kat atas feri Naminara

1.00 petang - Kitorang sampai kat Nami Island. Venue of Winter Sonata. Hehehehe. Kat sini, aku tak payah cerita la. Aku share gambar je.

Feri kitorang dah sampai kat Nami Island
Tugu Selamat Datang kat Nami Island
Peta Nami Island yang berbentuk bulan sabit separuh
Taman taman kat Nami Island ni penuh ngan salji beku. Walaupun air lecak, habis beku jugak
Patung Orang Salji kat Nami
 Kat sana pun ada Ladang Ostrich.
Kat sini ada restoran Malaysia makanan melayu. Nampak tak tulisan Nasi Goreng. Bangga kejap sebab jumpa tulisan melayu. Hehehehe
Berselfie dengan Nasi Goncang Nami Island

Ni la kitorang makan kat Nami Island. Nama dia Nasi Goncang. Serius sedap
Termenung kejap sambil nikmati winter kat Nami Island sebelum balik

3.40 petang - Kitorang keluar dari Nami Island tu. Tapi masa tu, kitorang ada ubah plan. Kalau ikut plan asal, lepas Nami Island, kitorang akan ke Dongdaemun Market bershopping lepas tu ke Cheonggyecheon Stream. Dan esok pulak ke Mount Sorak dengan Ittaewon. Tapi bila fikir balik kos ke Mount Sorak tu agak tinggi, so kitorang cancel je. Makanya, lepas ni kitorang terus ke Ittaewon tempat ramai orang Islam.

4.10 petang - Dari Stesen Gapyeong, kitorang naik Metro je untuk ke Ittaewon. So, memang banyak stesen kitorang transfer. First, dari ITX Line, kitorang turun kat Stesen Sangbong terus carik Line 7. Dari situ, kitorang naik tren pergi ke Stesen Gunja untuk tukar Line 5 pulak pergi ke Stesen Gongdeok. Dan dari Gongdeok tu kitorang ambik Line 6 terus berhenti kat Stesen Ittaewon. Huhuhuhuhu. Menjelajah kitorang hari tu, bukan main panjang lagi perjalanan.

Gapyeong (ITX Line) >> Stesen Sangbong
Sangbong (Line 7)      >> Stesen Gunja
Gunja (Line 5)            >> Stesen Gongdeok
Gongdeok (Line 6)     >> Stesen Ittaewon

6.20 petang - Bila kitorang sampai je kat Ittaewon, Naz pergi kat money changer nak tukar duit #katanya. So, kat situ pun kitorang sesat. Sebab tak nampak langsung tanda tanda masjid yang kitorang carik tu. Lepas dah jalan ke hulu ke hilir, last last jumpa peta tepi jalan. Kitorang pun ikut la petunjuk tu. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya. Letih berjalan dari stesen tren tu nak ke arah masjid sebab naik bukit.


Masjid Utama Ittaewon

7.25 malam - Rezeki kitorang sebab tepat tepat je sampai kat Masjid Ittaewon tu, masuk waktu Isyak. So, kitorang pun ambik wudu' terus solat jemaah sama sama. Alhamdulillah.

8.10 malam - Kitorang makan kat satu restoran western food yang halal. Kitorang masing masing order set burger. Sambil makan tu, aku kira kira la duit baki yang tinggal dalam wallet. Terkejut jugak la sebab banyak dah habis tapi tak tau ke mana habisnya. Termenung jugak aku. Tapi bila ingat ingat balik, memang tukaran duit Won-Ringgit tinggi. So, dari situ la aku belajar jimat dan buat kira kira sebelum beli barang kat Korea. (Tu belum lagi beli souvenir nak bawak balik Malaysia.........pishanggggggg).

11.10 malam - Bila kitorang sampai je kat Stesen Sookmyung Women's University, kitorang singgah kejap kat KFC. Saja nak lepak minum coffee panas. Lepak lepak kejap dalam 20 minit, lepas tu kitorang pun balik guesthouse tidur. Esok ada lagi.

Done hari kedua kat Korea.



=================================================================================
Link :-

Hari Kelima

Hari Keempat

Hari Ketiga 

Hari Pertama

=================================================================================



- Epool The Dragonizer -
+
+
+
+
+
- Daitei Epool Ri-Kafuren -