Monday, July 7, 2014

AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU | AMEERUL HAMIZAN SHAMSUDIN


ALLAHYARHAM AMEERUL HAMIZAN BIN SHAMSUDIN

 Sahabat,
Perkenalan kita terlalu singkat,
Aku datang sebagai staff baru,
Kau pula adalah staff lama,
Dipejabatlah kita mula berkawan.
 

Sahabat,
Permulaan perkenalan,
Kau menyapa aku dahulu, Membuka ukhuwah,
Tanpa disangka, Kau dan Aku ada persamaan.

 
Sahabat,
Masih aku ingat,
Gelak tawa Kau, Keluh Sendu,
Dan kadang juga tangis Kau,
Semua kini jadi memori.

 
Sahabat,
Banyak perkara menjadi cerita,
Aku berkongsi ini, Kau berkongsi itu,
Kau nasihati Aku, Aku nasihati Kau,
Begitulah akrabnya Kau antara dan Aku.

 
Sahabat,
Sejak mula kau sakit,
Tampak jelas derita Kau,
Dapat aku rasakan betapa peritnya,
Sakit yang ditanggung.

 
Sahabat,
Masih aku ingat,
Tatkala Kau bertandang ke rumah Aku,
Sikap malu Kau dan rakan,
Menjadi keletah.
Namun itulah yang pertama,
Juga yang terakhir.

 
Sahabat,
Kali terakhir Aku bersua muka Kau,
Kau lemah tidak bermaya di pejabat,
Kali terakhir aku berbual dengan Kau,
Kau nyatakan kau masih tidak sihat,
Kini Kau tiada lagi bersama.


Sahabat,
Rindu rasa hati untuk bersua lagi,
Tinggal hanya kenangan menjadi pengubat,
Kini Kau sudah ke Alam Sana,
Hanya do'a ikhlas buatmu dapat Aku kirimi.

 
Sahabat,
Sangka ku, Allah berikan kekuatan agar Kau sembuh,
Ternyata Allah lebih sayangkan Kau,
Dia telah dahulu menjemput Kau ke sisi-Nya
Semoga rahmat-Nya bersama denganmu sahabatku.

Sahabat,
Aku iringkan Kau dengan Surah Al-Fatihah,
Juga Surah Al-Ikhlas buat Kau,
Yang kini menjadi makanan Kau di Alam Sana,
Semoga Allah meletakkan Kau bersama dengan mereka yang soleh.


Assalamu'alaikum Wa Rahmatullahi Ta'ala Wa Barakatuh, Sahabatku.



Titipan buat sahabatku,

Allahyarham Ameerul Hamizan Shamsudin
Sikamat, Negeri Sembilan
20 Oktober 1995 - 06 Julai 2014
+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""

Saturday, July 5, 2014

AL-FATIHAH - ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI





Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, telah meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam sekitar 1.30 pagi tadi kerana komplikasi paru-paru.
 
Allahyarhamah disahkan mengidap masalah paru-paru yang serius semenjak dua tahun lalu dan sejak itu, Allahyarhamah berulang alik mendapatkan rawatan di hospital.

Datuk DJ Dave bersama rakan artis, Nancy Foo (belakang kiri) dan Datuk Khatijah Ibrahim (belakang kanan) ketika menziarahi Allahyarhamah semasa hayatnya. FOTO-Yayasan Artis 1 Malaysia



Keadaan Allahyarhamah yang baru menyambut hari kelahiran pada 2 Julai lalu, dikatakan semakin kritikal semenjak beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
 
Al-Fatihah buat Allahyarhamah, semoga ALLAH kurniakan rahmat ke atas rohnya. Amiiiin..




BELASUNGKAWA ALLAHYARHAMAH DATUK SHARIFAH AINI


Sumber : Utusan Melayu (M) Bhd.





Tuesday, July 1, 2014

RAMADHAN PERTAMA 2014



Ahad lepas, 29 Jun 2014 merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Kebetulan, hari itu aku cuti sebab hari Ahad. Perancangan awal, aku nak ke rumah Ibu untuk berbuka sama-sama. Mula la timbul perasaan nak masak-masak kat rumah Ibu.

Walaupun berkobar-kobar semangat puasa pertama, pagi-pagi tu lebur tak sahur. Puncanya, Transformers 4. Kisahnya Sabtu lepas, Shaipol (housemate) aku tempah tiket wayang filem Transformers 4 tu kat TGV Wangsa Walk. Tayangan pukul 12.05am. Jadinya, pagi-pagi tu aku, Shaipol dengan dia pun pergi lah ke Wangsa Walk. Tengok punya tengok, sekali filem tu durasi hampir 3jam. Makanya, sampai rumah pun pukul 3 lebih pagi.

Sampai je dekat rumah, aku terus capai air masak dan teguk. Habis je teguk air, aku nampak katil dalam bilik. Apa lagi, terus terbongkang la jawabnya.

Celik-celik je mata, tengok jam dekat Ipad dah pukul 10.15am. Aku pun duduk kejap. Aku kejutkan dia dari tidur, tapi dia cuma balas "haaaa...". Memang al-mukaram betul dia ni. Aku bangun untuk basuh muka dan tengok-tengok apa yang aku boleh buat. Tiba-tiba mata aku ter-fokus ke TV yang dah rosak sebab meletup. Apa lagi, mood pun rosak lah jadinya. Kaki aku pun terus melangkah masuk ke dalam bilik dan sambung tidur.

Sudahnya, bangun-bangun je dari tidur tengok jam dah pukul 2.40pm. Maka hancurlah perancangan untuk masak-masak kat rumah Ibu. Aku pun terus kejutkan dia bangun dan paksa dia untuk bersiap. Tapi jawapan dia memang membuatkan aku geram, "gi la mandi dulu nanti orang mandi". Siap punya siap, dah pukul 3.30pm. Dengan TV yang rosak sekali aku bawa untuk di baiki, aku dan dia pun bergerak ke rumah Ibu.

Sampai je kat rumah Ibu, aku nampak Mak Tam's Family dengan Mak Yang's Family ada sekali. Aku terus terjah dapur. Perrrgghhhhh!! Mak Tam dengan Ibu tengah masak Asam Pedas Ikan. Dapat bayangkan tak betapa berkeroncongnya perut aku masa tu. Lepas bersalaman dengan semuanya, aku ajak dia untuk keluar membeli juadah berbuka. Pesan ayah, "Bang, ko tengok dulu apa yang dimasak. Nanti berlebih membazir pulak".

Aku pun capai helmet, terus naik motor dengan dia. Persinggahan pertama, gerai air tembikai depan Pangsapuri Meru Ehsan. Seterusnya, aku ke gerai Mak Long depan perhentian bas Pekan Meru. Kat gerai Mak Long, aku beli 10 gulung Popia Basah (dapat percuma 1) RM6.00 dengan 7 gulung Popia Goreng Sira RM3.00. Kemudian, aku cari pulak gerai jual Buah Tembikai. Betul-betul depan Masjid Asy-Syarif Meru, ada satu gerai tembikai. Aku beli separuh biji tembikai dengan harga RM6.00. Lepas beli je juadah-juadah tu, aku pun terus balik rumah untuk hantar dulu makanan-makanan tu.

Lepas hantar je makanan, aku ajak dia keluar balik jalan-jalan naik motor. Destinasi ke Bukit Kapar, aku bawa dia tinjau perkampungan kawasan saudara-mara aku yang memang ramai kat sana. Jalan punya jalan, sampailah pukul 7.00pm. Aku pun balik untuk siap sedia nak berbuka.

Antara juadah hari pertama berbuka yang dihidangkan oleh Ayah, Ibu, Mak Tam & Mak Yang adalah:-

Mee Goreng

Nasi Putih  & Asam Pedas Ikan Tenggiri

Sambal Sotong Kering

Daging Masak Hitam

Cucur Ikan Bilis

Popia Basah

Popia Sira

Sate Ayam & Daging

Roti John

Bubur Jagung

Alhamdulillah, memang kekenyangan lah cerita dia kalau banyak macam tu juadah yang ada. Tambahan pula, berbuka dengan yang tersayang di sekeliling. Lagi bertambah lah bahagia yang ada. Apa pun, ada 28 hari lagi untuk di lalui dalam bulan Ramadhan ni. InsyaAllah, semoga Allah melindungi perjalanan aku, dia, seluruh keluarga aku dan sahabat aku sekalian dalam menempuhi Ramadhan yang mulia ini. Amiiiin.....


+
+
+
+
+
+
""EpOoL De DrAgONiZeR""