Saturday, October 20, 2012

SURPRISE FOR MY BIRTHDAY


Bertarikh pada 18hb Oktober yang lepas, aku telah dikejutkan dengan sesuatu yang langsung tidak aku duga. Rakan-rakanku telah membuat satu kejutan sempena hari lahir aku yang bakal tiba beberapa hari lagi.

Bermula dengan taktik menggunakan KE sebagai umpan membuat aku keluar dari rumah, segala-galanya diatur dengan sangat baik tanpa aku sedari.

KE yang datang dari Ipoh pada hari tersebut, telah meminta aku untuk mengambilnya di KL Sentral. Maka, tepat jam 7.30malam, aku pun memandu ke arah stesen tersebut. Setelah mengambilnya, aku memandu pulang tanpa sebarang syak (dengan lakonan KE yang sangat baik).

Sesampainya aku dirumah, aku mencari Omar untuk memberitahu kehadiran KE. Agak kehairanan melihat Syahir berada dirumah, namun aku masih tidak mengesyaki sesuatu kerana mengagak keberadaan dia hanya untuk lepak bersama.

Tiba-tiba, Omar menarik aku seperti ingin membisikkan sesuatu didapur. Lalu, "Happy Birthday To You....Happy Birthday To You....Happy Birthday To Epol....Happy Birthday To You.........".

Atie, Ijoy, Fozi, Ayie, Naz, Fizi, Akier, Syahir, KE dan dua lagi rakan Ijoy masing-masing mengiringi kek sambil menyanyi lagu Happy Birthday kepada aku.

Fikiran aku terhenti seketika, kerana setelah empat tahun, ini kali kedua aku mendapat kejutan. Aku sangat terkejut dan terkedu. Sangat terharu.

TERIMA KASIH, kalian sahabat-sahabatku.


Terkejut dan Terkedu...

Bersama Syed Syahir...

Memotong Kek yang dihadiahkan oleh Ijoy...

 Selain kek yang dibuat sendiri oleh Ijoy, aku juga mendapat hadiah dari Fozi dan KE.

Hadiah yang sangat cantik dari Fozi...

Hadiah yang sangat comel dari KE...
Sebenarnya, disebalik pelan mereka dalam mengatur kejutan tersebut, ada beberapa perkara yang hampir aku rosakkan tanpa aku sedar. Hahahahaha...!!!...

i- Sebelum bergerak mengambil KE di Stesen KL Sentral, aku bercadang menunggu Omar pulang untuk pergi bersama, namun ditolak. Alasan balik lewat. (Sudah dalam perjalanan pulang untuk menyiapkan persediaan pelan).

ii- Setelah Omar menolak, aku bercadang mahu mengambil Fizi, Akier dan Syahir di Masjid Jamek kerana boleh menemani aku ke KL Sentral. Namun turut ditolak mereka dengan alasan sudah menaiki LRT. (Mereka berada dalam kereta Atie, yang mengambil mereka pulang).

iii- Dalam kereta, KE meminta aku untuk berhenti dimana-mana pam minyak dengan alasan tidak tahan mahu membuang air besar. (Sebenarnya melengahkan masa, kerana Atie belum sampai ke rumah aku, dan persediaan di rumah yang belum lengkap).

Namun, semuanya berjalan lancar dan sangat baik. Aku hampir menangis....!!!!!....

Sekali lagi, TERIMA KASIH, sahabat-sahabatku.. Kalian yang terhebat!!!!!!


""EpOoL De DrAgONiZeR""

UMUR MENGINJAK LAGI

Setelah beberapa bulan, aku tinggal di Setapak, barulah aku tersedar bahawa, aku telah melangkah ke alam yang lebih matang.

Kadangkala, aku termenung sendirian, merenung dimanakah sebenarnya aku berdiri, kerana aku seakan sukar untuk percaya bahawa aku kini sudah menginjak umur 24 tahun.


Terlalu cepat masa ini berlalu. Sesekali pejam dan celik, telah banyak rupanya benda yang berlaku di sekeliling aku. Benarlah kata orang tua, "kita tak akan sedar kita semakin tua sehinggalah kita ini tua". Bukanlah maksudku mengatakan yang aku sudah tua, cuma agak sukar untuk aku menyedari terlalu cepat masa berlalu. Namun itulah hakikat kehidupan kita sebagai insan bergelar manusia.

Semakin tinggi umur kita, semakin banyak ranjau dan dugaan yang akan ditempuhi. Hanya kuat mahupun lemah untuk kita hadapinya menjadi kayu pengukur sejauh mana kematangan kita itu. Begitu jua dengan diriku, yang semakin hari semakin berliku jalan-jalan yang dilalui, demi menuju kejayaan hidup.

Namun, aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana sentiasa membekalkan kekuatan kepadaku terutamanya kala berada dalam kepayahan mencari penyelesaian masalah diri juga kerjaya. Walau apa jua yang berlaku, aku akan tetapkan hatiku pada Yang Satu.

Bersyukur Kepada-Mu Ya Allah
Aku berazam untuk terus maju dalam hidup aku. Semakin umur aku beranjak naik, semakin perlu aku memastikan hidupku terus terjamin dengan kualiti diri yang membanggakan.

Aku akan sentiasa mengingati kata-kata ibuku, "Ibu takkan hidup untuk seribu tahun. Jadi kaulah yang akan atur hidup kau. Kalau ya sekalipun seribu tahun Ibu hidup, Ibu hanya dapat menumpang gembira je". Insya-Allah Bu, anakmu akan sentiasa sematkan pesananmu itu dalam jiwaku.

Sayang Ibu...


""EpOoL De DrAgONiZeR""