Pada 2013, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan sebuah projek mega bagi membina satu laluan Tren Rel Ringan (LRT) dari Bandar Utama hingga ke Johan Setia (Klang). Kini, projek tersebut telah pun diluluskan dalam Bajet 2016.
Pembinaan laluan tersebut dijangka bermula pada suku pertama tahun 2016 dengan jangkaan tarikh siap pada suku pertama tahun 2020. Laluan tersebut dijadual memulakan operasi pada 31 Ogos 2020, akan menghubungkan Bandar Utama, Damansara dan Johan Setia, Klang.
Gambar Rajah Petunjuk Laluan Pengangkutan Rel di Lembah Klang |
Sebanyak 25 stesen dirancang, dengan cadangan sub-jarak 2 kilometer setiap stesen. Terdapat 1 stesen bawah tanah di laluan ini, dengan 24 yang lain adalah stesen bertingkat, dan daripada jumlah itu, 10 stesen dijangka mempunyai kemudahan Park-And-Ride (Sistem Parkir Bertingkat).
Laluan LRT3 akan menampilkan beberapa Stesen Bersepadu Integrasi berbayar yang bersambung dengan beberapa laluan integrasi yang lain. Stesen pertukaran integrasi yang dirancang adalah Stesen Bandar Utama - MRT SBK Bandar Utama (250 meter jarak), Stesen Glenmarie - LRT KJ Glenmarie (100 meter jarak), Stesen Klang - KTM Klang (450 meter jarak) dan dua stesen (SIRIM dan Stadium Shah Alam) di laluan BRT KL-Klang (Dalam Pembinaan).
Laluan LRT3 akan menampilkan beberapa Stesen Bersepadu Integrasi berbayar yang bersambung dengan beberapa laluan integrasi yang lain. Stesen pertukaran integrasi yang dirancang adalah Stesen Bandar Utama - MRT SBK Bandar Utama (250 meter jarak), Stesen Glenmarie - LRT KJ Glenmarie (100 meter jarak), Stesen Klang - KTM Klang (450 meter jarak) dan dua stesen (SIRIM dan Stadium Shah Alam) di laluan BRT KL-Klang (Dalam Pembinaan).
S01 | Bandar Utama | |||||||
S02 | Damansara Utama | 9 | ||||||
S03 | Tropicana | |||||||
S04 | Lien Hoe | |||||||
S05 | Dataran Prima | |||||||
Lembah Subang | ||||||||
Ara Damansara | ||||||||
S06 | Persada PLUS | |||||||
S07 | Glenmarie | |||||||
5 | ||||||||
S08 | Temasya Glenmarie | |||||||
S09 | HICOM-Glenmarie | |||||||
S10 | Stadium Shah Alam | |||||||
S11 | Persiaran Hisamuddin | |||||||
S12 | Section 14 | |||||||
S13 | SIRIM | |||||||
S14 | UiTM | |||||||
S15 | i-City | |||||||
S16 | Bukit Raja | |||||||
S17 | Kawasan 17 | |||||||
S18 | Jalan Meru | |||||||
S19 | Klang | 2 | ||||||
S20 | Taman Selatan | |||||||
S21 | Sri Andalas | |||||||
S22 | TESCO Bukit Tinggi | |||||||
S23 | AEON Bukit Tinggi | |||||||
S24 | Bandar Botanik | |||||||
Johan Setia Depot | ||||||||
S25 | Johan Setia |
Laluan LRT3 dijangka menjadi pengangkutan pilihan bagi kira-kira dua juta penduduk di Lembah Klang, membawa kira-kira 70,000 penumpang setiap hari dengan masa perjalanan awal-ke-akhir selama 51 minit. Ujian larian pertama akan bermula selepas projek itu selesai pada suku tahun pertama tahun 2020.
LRT 3 menghubungkan 2 pusat membeli belah, iaitu TESCO Bukit Tinggi dan AEON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
LRT 3 akan dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk Kawalan Komunikasi Berasaskan Keretapi (CBTC), Kawalan Keretapi Automatik (ATC), Sistem Paparan Maklumat Penumpang (PID), Sistem Perlindungan Kebakaran dan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV).
LRT3 akan mempunyai kelajuan operasi maksimum 70 km/j (17% lebih cepat daripada Laluan Kelana Jaya) dengan kapasiti membawa 12,240 penumpang sejam sehala.