Thursday, August 11, 2016

Pak Piee Meninggal Dunia

BALIK PULAU - Pelakon dan pelawak komedi, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Piee meninggal dunia di kediaman anak perempuannya di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Berita mengenai kematian beliau disahkan oleh rakan karibnya, Omar M Hashim atau Omara kepada media sebentar tadi.

Omara berkata, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.

"Anak Allahyarham beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya kepada media.