Saturday, May 24, 2014

EPISOD BARU X-MEN 2014 - DAYS OF FUTURE PAST

 

 

 

SINOPSIS 


Cerita bermula dalam latar masa depan pada zaman Dystopian, dimana robot yang dikenali sebagai Sentinels secara besar-besaran menghapuskan mutan dan manusia yang memberi keturunan mutan. Sekumpulan mutan berjaya mengelak dari Sentinels dengan bantuan Kitty Pryde, mutan yang berkebolehan mengawal kuasa-sedar seseorang kembali ke masa lampau untuk menyampaikan amaran. Kumpulan Pryde tersebut bertemu untuk bersidang bersama Storm, Wolverine, Profesor Xavier dan Magneto di China. 

Pryde sedang mengawal kuasa sedar Wolverine untuk menghantarnya ke tahun 1973


 Pryde menghantar kesedaran Wolverine kembali ke tahun 1973 untuk menghalang Mystique daripada membunuh Bolivar Trask, pencipta Sentinels. Ini kerana berikutan pembunuhan tersebut, Mystique telah ditangkap dan DNA beliau digunakan oleh Syarikat Trask untuk mencipta Sentinels yang hampir-kebal kerana kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dengan apa jua kuasa mutan. Xavier dan Magneto menasihati Wolverine untuk mencari kedua-dua 'diri' mereka sewaktu zaman muda untuk bantuan.Wolverine bangun pada tahun 1973 dan bergerak ke X-Mansion, di mana dia bertemu Beast dan Xavier. Beast mendedahkan bahawa Institut Xavier tersebut telah ditutup selepas kebanyakan guru dan pelajar telah dideraf untuk Perang Vietnam. Xavier yang tertekan telah menyalahgunakan serum yang dicipta Beast bagi membolehkan dia berjalan, menyebabkan kuasa telepatinya hilang sama sekali. Wolverine menjelaskan misinya dan memujuk Xavier untuk membantu membebaskan Magneto dari sel penjara di bawah Pentagon, di mana dia dipenjara atas dakwaan membunuh Presiden John F. Kennedy. Mereka berjaya dengan bantuan Peter Maximoff, mutan dengan kelajuan luarbiasa.Di Washington DC, Trask gagal melobi Dewan Kongres untuk program Robot Sentinelnya. Sementara itu, di Saigon, Mystique menghalang William Stryker daripada menguntukkan sekumpulan GI mutan untuk penyelidikan Trask. Mystique menyiasat pejabat Trask dan mendapati dia telah menangkap dan menjalankan eksperimen keatas mutan. Xavier, Magneto, Beast, dan Wolverine terbang ke Paris untuk memintas Mystique. Di Paris, Mystique menyamar sebagai Jeneral Vietnam untuk menyusup ke dalam pertemuan antara Trask dengan pihak tentera Vietnam, yang cuba untuk menjual teknologi Sentinelnya kepada negara-negara komunis. Xavier, Magneto, Beast, dan Wolverine tiba tepat pada waktunya ketika Mystique dalam cubaan untuk membunuh Trask. Untuk memastikan DNA Mystique tidak dapat digunakan untuk Sentinels, Magneto cuba untuk membunuhnya, tetapi dia melarikan diri ke luar tingkap. Pergaduhan mereka berterusan hingga ke jalan-jalan dan di hadapan orang ramai.



Magneto menarik Mystique menggunakan kuasa magnetnya di kawasan orang ramai.



Walaupun Trask terselamat, dunia terkejut dengan kewujudan mutan. Presiden Richard Nixon meluluskan program Sentinel Trask dan mengatur pelancarannya. Saintis Trask berjaya mengambil sampel darah Mystique dari jalan setelah dia cedera. Sementara itu, Magneto memintas binaan prototaip Sentinels dalam transit dan mengelui bingkai berasaskan polimer mereka dengan besi keluli, untuk memudahkan dia mengawal robot-robot tersebut. Di rumah agam X-Mansion, Xavier berhenti mengambil serum dan perlahan-lahan mendapat semula kuasa telepatinya, manakala keupayaan untuk berjalannya hilang serta merta. Melalui Wolverine, Xavier bercakap kepada diri beliau di masa hadapan dan memberi inspirasi untuk berjuang demi keamanan manusia dan mutan sekali lagi. Dia menggunakan Cerebro menjejaki Mystique, yang menuju ke Washington. 

Majlis pelancaran Sentinels oleh Presiden Richard Nixon, bersama Bolivar Trask



Presiden Nixon memperkenalkan prototaip Sentinel di Rumah Putih sementara Xavier, Wolverine, dan Beast mencari Mystique. Magneto mengawal Sentinels dan menyerang orang ramai, kemudian mengangkat-letak stadium di sekeliling Rumah Putih sebagai benteng. Nixon dan Trask dibawa ke sebuah bilik keselamatan khas, disertai oleh Kabinet, pegawai Perkhidmatan Rahsia, dan Mystique pula menyamar sebagai anggota Perkhidmatan Rahsia. Wolverine dan Beast cuba untuk menghentikan Magneto, tetapi dia mengarahkan satu Sentinel melawan mereka dan melemparkan Wolverine ke dalam Sungai Potomac. 

Magneto (muda) sewaktu menyerang bilik keselamatan khas Rumah Putih. Di belakang kelihatan Presiden Nixon dan Kabinetnya.
 


Pada masa hadapan, tentera Sentinels menyerang semua baki mutan, meninggalkan hanya Xavier, Pryde, Wolverine, dan Magneto yang cedera hidup. Balik ke tahun 1973, Magneto menarik keluar bilik keselamatan khas daripada Rumah Putih dan, semasa mengisytiharkan ketuanan mutan, dia bersedia untuk membunuh Nixon. Mystique, menyamar sebagai Nixon dan meminta Magneto menghentikan perbuatannya. Xavier memujuk Mystique agar tidak membunuh Trask dan membolehkan beliau dan Magneto melarikan diri. Mutan diiktiraf bagi menyelamatkan nyawa Presiden, yang membawa kepada pembatalan program Sentinel itu. Trask ditangkap kerana cuba untuk menjual rahsia tentera Amerika.Wolverine bangun di masa hadapan dan mendapati Iceman, Rogue, Colossus, Pryde, Beast, Storm, Jean Grey, Cyclops, dan Xavier hidup. Kembali pada tahun 1973, Mystique, menyamar Stryker, mengambil hak penjagaan keatas Wolverine selepas dia diselamatkan dan dikeluarkan dari sungai.Dalam kejadian selepas kredit, ditunjukkan pelbagai lapisan orang berkumpul di padang pasir menyembah En Sabah Nur, yang menggunakan telekinesis untuk membina piramid sementara Four Horsemen melihat dari arah berdekatan.


""EpOoL De DrAgONiZeR""