Monday, December 5, 2011

OMBAK RINDU - MERUNTUN JIWA

OMBAK RINDU


Rabu, 07 Disember 2011, aku berkesempatan menonton filem yang di adaptasi dari sebuah novel, bertajuk Ombak Rindu arahan Osman Ali.

Filem Ombak Rindu ini dijayakan oleh :

Maya Karin sebagai Izzah




Aaron Aziz sebagai Aaris




Lisa Surihani sebagai Mila


Bront Palarae sebagai Mael





Kamarul Yusof sebagai Pakcik Taha



 Delimawati sebagai Makcik Yam


Azizah Mahzan sebagai Datuk Suffiah


Zaidi Omar sebagai Pak Dollah


Normah Damanhuri sebagai Mak Jah


Julia Ziegler sebagai Wafia




Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan Sufiah Cemerlang telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.
Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

------------+------------

Aku tonton cerita ni 3 kali kat pawagam. Campur dengan DVD original yang aku beli kat Jaya Jusco Wangsa Maju, dah 5 kali. Campur lagi tonton dengan Ayie kat rumah Afiq, dah 6 kali *dgn gigih*..
Sejujurnya, aku tak bosan walau pun banyak kali menonton filem ni. Sebabnya, cerita Ombak Rindu ni memang ada kena mengena dengan hidup aku *bak kata Adik Ipul-Zuhairy*..
Apa pun, aku enjoy sangat...
**Tak boleh blah r.. Ad sorang mamat tu kn, ckp xkn nanges pny r tgk Ombak Rindu.. Last-last, tersob-sob juo nan meleleh si aer mato... Hahahaha...

 ** P/S : Ad sesuatu yg ak prasan masa ending citer tuh.. Cuba tgk Haris pakai baju warna apa, Mila baju warna apa & Izzah warna apa bajunya.. ((ending citer ni xsama r dgn keshah idop ak)).. KikiKikiKiki... ***(Sob-Sob-Sob)..





""EpOoL De DrAgONiZeR""